Khamis, 29 Mac 2012

SOLAT DIMANA MANA SAJA..

Terasa kerdil diri aku bila tengok diorang.Tepi jalan pun boleh solat..bagus betul geng2 superbike ni.Tapi disini memang pemandangan biasa macam ni..kita boleh tengok orang bersolat ditaman atau mana2 tempat bersantai.Orang2 disini..masuk je waktu diorang solat terus walaupun masatu sedang bersantai dengan family di tepi2 laut atau taman2 riadah.Selalunya aku tengok diorang siap2 bawa air dalam botol dan sejadah.Alangkah indahnya Islam dan alangkah seronoknya kalau dapat lihat pemandangan yang sama di Malaysia..insyaallah .

Isnin, 26 Mac 2012

HULUR TANGAN JE...

Salah satu pemandangan biasa di Qatar.Sini banyak mesin ATM yang letak di tepi jalan.Setakat ni tak pernah lagi dengar kes ragut dan rompak tapi kemudahan camni ok juga kalau diperbanyakkan di Malaysia.Orang tak payah keluar...ambil duit dari dalam kereta je.Tapi risiko mesin ATM nak kena 'angkut' memang sangat2 tinggi ler..yang dalam bangunan dan berpintu pun diangkut,inikan pulak yang terbiar je diluar.Meh layan orang malas nak bergerak ni..he..he..Kejadian tak jauh dari tempat mengisi minyak kereta...


Buka cermin tingkap..hulur tangan.


 Masukkan kad bank/atm.Tekan2 pastu tunggu jap


Taraaa dah keluar duit shopping harini.dalam masa 2 jam..khalassss.jom sayang cepat gerak.tangan ni tak sabar2 dah nak ngabiskan...ahahaha

Ahad, 25 Mac 2012

sedap wehhhh...

Mengunyah tanpa rasa bersalah..makan satu...ish sedap pulak.terambil satu lagi.wahhh nikmatnya...satu lagilah..last dah ni.satuuuu je.mulut kata taknak tapi tu lah..tangan ni degil betul.ambil juga lagi...ish..ish..kena cepat2 sorok ni.tak pasal2 naik lagi berkilo kilo badan ni.huwaaaa aku tak tahan godaan.sedapnya peneram/ telinga keling ni...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Khamis, 22 Mac 2012

JOM SARAPAN....ROTI SARDIN

Khamis rupa2nya harini..aku ingatkan hari rabu.Selesai seterika baju sekolah along..baru sedar hari khamis selepas along tegur."mama..arini thursday le..along pakai baju PE.mama salah baju"..itulah..kadang2 hari pun boleh lupa.arini sarapan roti sardin.Ringkas dan kenyang sampai tengah hari..


 BAHAN2
Sardin
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
cili kering-kisar
cili api-kisar
bawang besar - potong bulat
garam,gula
sedikit air asam jawa.

-Tumis bahan kisar sampai pecah minyak..masukkan ikan sardin..sedikit kuah/sos sardin..bawang besar,air asam jawa dan bahan2 perasa.masak sampai agak kering.sejukkan masukkan dalam roti.
-Roti nipiskan dulu..masukkan inti sardin.Hujung roti boleh lekatkan dengan air +sikit tepung.Hujung gulungan tekan2 sikit takut inti terkeluar.Golekkan dalam telur..breadcrum dan goreng.Breadcrum aku guna yang mix..campuran breadcrumb,cheese,parsli dan bahan2 perasa.

Rabu, 21 Mac 2012

TUTUP MATA JE LAH...

Baru2 ni aku ada ternampak blog femes yang kaw kaw ngutuk Premium beautiful ni..Habis semua fakta dikeluarkan.Bagi diri aku..aku lebih percaya bukti didepan mata dari cakap2 dan tulisan yang mana faktanya boleh dicopy dari mana2 sumber rujukan.Prinsip aku..cuba dulu baru tahu.Bagi aku terpulanglah pada individu..aku dah nekad,beli juga satu set premium beautiful ni.Dah order dengan member...insyaallah beberapa minggu lagi sampai.Bagi aku..semua produk ada kebaikan dan keburukannya..bergantung kepada diri masing2.Kalau rasa nak mencuba dan sanggup tanggung risiko..teruskan je niat hati.Macam aku..bukti kengkawan yang pakai banyak lebih ke arah positif..so aku pun nekad beli.Alhamdulillah setakat ini masih berkemampuan untuk membeli.Harap2 berkesan kerana apa yang aku lihat bukti depan mata(kawan2 rapat) memang ada perubahan.Tawakkal je.Tutup mata jelah hulur duit.Takpe lah sesekali untuk manja manjakan diri sendiri.Orang perempuan surirumah sepenuh masa macam aku ni..dunianya lebih banyak dalam rumah..sesekali nak juga manja2 dan mewahkan diri sendiri.Bukan untuk sesape pun..untuk suami juga pun..


Selasa, 20 Mac 2012

ABAH BERAKSI...

Ikutkan perancangan nak jalan kaki pergi kedai..tapi tak jadi la pulak sebab angin kuat dan sejuk.Adam pun dah mula selesema..hmm melepak dalam rumah ajelah jawabnya.Kalau rajin..malam nanti ikut hubby pergi gym..boleh juga melepak sambil minum2 di al waha club.Sekarang ni hubby aku sibuk dengan perlawanan bola sepak liga malaysia qatar.Perlawanan ni antara pasukan2 rakyat malaysia yang tinggal di Qatar.Aku ngan anak2 jadi penyokong di tepi...Perlawanan ni berlangsung dalam sebulan lebih juga kot.Masa perlawanan baru2 ni..konon2 nak ambil gambar lerr..sampai je di padang baru sedar yang bateri kamera dah habis.Cammanalah aku boleh tak tengok awal2..last2 ambil gambar guna handphone je.Untuk perlawanan akan datang..kenalah pastikan betul2 kamera tu baterinya penuh.Dah makin meningkat usia ni..makin pelupa lah pulak..he..he..Oleh sebab guna handphone jerr..malu pulak rasa nak ambil gambar.Lain kali aku letakkan gambar yang lebih berkualiti...


 Hubby tersayang sedang beraksi.


 Habis berlawan..berbauler dengan minyak urut.Game kalini..muscle paha hubby pecah.Tapi biasalah..esok2 main lagi..he..he..


 Budak tembam yang menahan angin yang bertiup kuat.Semua tegur apasal adam makin debab.Mana tak debabnya ..nasi berapa kali sehari..tengah2 malam nak tido pun minta nasi..


 Ada yang ambil kesempatan jual untuk sarapan.Macam2 ada..nasi lemak..nasi kerabu..nasi minyak..kek..kuih muih dan air


Penonton tepi padang..

Isnin, 19 Mac 2012

SEMUDAH A..B..C...

Kuasa yang Maha Esa..cuaca boleh berubah dalam sekelip mata.Kalau ikutkan sekarang ni dah sepatutnya masuk musim panas..tapi perkara sebaliknya yang berlaku.Minggu lepas..hari khamis, cuaca dah mula ke arah musim panas.Siang dah mencecah 36 celcius..tetapi tiba2 semalam cuaca jatuh merudum.Bayangkan dari 36 celcius kepada 10 celcius pagi semalam.Terkejut juga..tapi kuasa Allah..siapa yang tahu.Sekarang ni pun..angin kuat..sandstorm dan sejuk.Hubby aku balik keje semalam bagitau rasa pening sebab sandstorm terlalu kuat.Berbalik pada tajuk entry..semudah a..b..c.. sebab bahan yang diperlukan cuma dua sahaja.Crabstick/jejari ketam dan minyak.Crabstick sini agak kasar pastu boleh tarik selai2 dengan sangat2 mudah.

 Basuh pastu biarkan kering/lap .Pisah2kan crabstik.


Panaskan minyak dalam kuali pastu goreng.Nampak garing..boleh angkat dan toskan.Ada sesetengah orang isi bahan tambah sebagai perasa tapi aku biar kosong je sebab crabstick dah cukup lengkap dengan pelbagai rasa.

Ahad, 18 Mac 2012

TIPS UNTUK SUKATAN...

Salah satu info yang sangat2 berguna untuk orang yang baru nak belajar memasak seperti aku.Masa menggoogle tadi..aku terjumpa info tentang sukatan ni dari Izan fotopages.Aku copy paste ke sini untuk rujukan bersama..


SUMBER : IZAN

Sukatan untuk bahan-bahan dari cup/cawan ke gram/liter. Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

MOOD..PENAT.

Tuan punya blog sibuk arini.Rasa 24 jam nak pegang batang mop..hu..hu..sandstorm yang teruk arini.Bak kata kawan aku dalam facebook..arini mop adalah kawan rapat kita.Cerrr tengok gambar di bawah..cukup menerangkan segala galanya..


Baru semalam aku basuh..arini dah berinci inci tebalnya debu tu.Mujur aku rumah atas..orang rumah bawah..habis penuh dalam rumah.Paling tak best..masuk ikut celah tingkap dan aircond.Batuk2 habis datang balik. 


Dah tak rupa kasut..

Khamis, 15 Mac 2012

BEG FREE....



Company bermurah hati...bagi beg balik kampung untuk semua staff.ok juga dapat beg sebab dah tak lama nak balik kampung.Tiap2 kali balik malaysia..beg mesti rosak.ada je patah sana sini.kat airport diorang main campak2 je beg.Maknanya tiap2 tahun mesti beli beg baru.Dulu company bagi laptop untuk semua staff..frame digital ada 2 dapat...semua dalam almari.tak guna2 lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Rabu, 14 Mac 2012

USHA TIKET..

Syok..syok..dan saaangattt syok.Kitorang dah mula membelek harga tiket.Oleh kerana kitorang balik bukan masa cuti sekolah/cuti summer so harga tiket boleh tahan ler.Tak terlalu mahal berbanding sape2 balik bulan julai dan ogos.Tiap2 tahun kitorang naik Qatarairways je.Walaupun qatarairways yang paling mahal tiketnya...tapi jadi pilihan kitorang sebab perjalanan sehala je..takde transit mana2.Kalau guna flight lain..terpaksa transit pastu kalau delay..hadoiii sakit kepala nak angkut barang2 dengan anak2.Ini harga yang kitorang dah usha..uwaa melayang duit.Takpe demi rinduuu...duit boleh dicari tapi ibu bapa tiada ganti...


KARI SOTONG..

Berdebar dada bila baca berita mengenai adik dirang.YaAllah sampainya hati manusia..budak sekecil itupun dibunuh kejam.Hairan betul aku..masa melakukan pembunuhan..diorang takde perasaan apa2 ke?Aku yang tengok ayam kena sembelih pun kesian..inikan pula manusia.Inilah dunia akhir zaman..segalanya makin hilang dari hati dan naluri sebagai manusia.Boleh disamakan dengan haiwan manusia2 kejam ni.Moga2 kita dijauhkan dari perkara2 buruk sebegini,,insyaallah.Baru2 ni aku ada masak kari sotong.Sini sotong kebanyakkannya diimport dari arab saudi.Tapi masih segar masa dibeli.Harganya bergantung kepada keadaan cuaca juga.Kalau cuaca kurang elok(sandstorm atau winter) biasanya harga melonjak jadi mahal.Sekarang ni ok lah harganya..tapi masih mahal berbanding Malaysia.Jom layan cara simple aku masak...


KARI SOTONG

BAHAN2

1/2 kilo sotong

1 peket kecil rempah kari ikan atau 2 sb

santan
2 biji bawang merah-mayang/tumbuk
2 ulas bawang putih-mayang/tumbuk
1 cm halia-mayang/tumbuk

1 sudu besar kerisik

1 kulit kayu manis
2 Buah pelaga
1 bunga lawang
Air asam jawa/asam keping

Garam dan perasa

sebiji tomato-belah 4
kentang

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dalam periuk,tumis bahan2 mayang/tumbuk dan kayu manis,bunga lawang serta buah pelaga sehingga layu dan harum .
2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air. Bila bawang dah layu dan keluar bau wangi , masukkan rempah kari serta air asam jawa/asam keping. kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.Gunakan api perlahan.
3) Kemudian masukkan ubi kentang, santan dan kerisik.kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih dan kentang empuk.Masukkan garam dan perasa.Last sekali masukkan sotong dan tomato yang telah dibelah 4 .Biar mendidih kejap..tutup api.Sotong jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong tu keras/liat  .

Isnin, 12 Mac 2012

LEMPENG ...RINDU MAKKK.

Baru sudah bersarapan lempeng cicah sambal udang.Arini layan menu wajib aku masa kecik2 dulu.Masa aku kecil dulu..nilah sarapan tiap2 pagi.Awal bulan abah dah dapat duit hasil sawit,barulah merasa sarapan yang mahal sikit.Simple tapi berebut rebut kitorang adik beradik makan.Kitorang tak panggil lempeng tapi tempek atau peknga.Peknga tu ringkasan dari tempek dalam belanga.Terus tetiba rindu pada mak dan family dikampung.Aku ngan hubby je yang makan..anak2 tak layan.Budak2 zaman sekarang..lebih kenal lempeng omputih(pancake) dari lempeng orang melayu.Resepinya sangat2 senang.Budak2 pun boleh buat kot..Tepung gandum campur air dan sedikit garam.Aku tambah telur sebiji.Makanan berkhasiat dan jimat belanja..he..he..udang tu sebab nak habiskan stok.




Yang ini pulak pemberian kawan aku.Dia buat sendiri ikan pekasam.Sini takde ikan sungai so belasah ikan laut je.Biasa diorang guna ikan talapia atau sherry.Aku ni peminat ikan pekasam tapi nak buat malas sikit sebab di rumah ni,aku sorang je yang makan.Jap lagi boleh goreng..hilang diet wehhh.Ikan pekasam ni boleh buat aku makan nasi bertambah.Tak payah lauk lain dah..Goreng pastu gaul dengan nasi..leleh dah air liur.

Khamis, 8 Mac 2012

LAYAN MOVIE....

Tengah tengok Lawak Ke Der? di Malaymoviesfull. Baru tengok separuh tapi sakit perut dah ketawa.Nabil pun awal2 dah kelakar.Jap lagi layan Adnan sempit 2 di ohumedia pulak.Sambil2 tu update blog jap...Tayang jap ek yg aku beli di al waha club..


 Carrot cake..boleh tahan sedapnya.Blueberry cheesecake..sedappp.tiramisu..kurengg sikit sebab sangat2 manis.

Manisan arab..lupa pulak nama.Nanti aku update semula nama tapi memang peberet aku.Sangat sedap pastu dari rasa..macam guna tepung semolina/suji.Nanti nak cuba buat sendiri..

NASI TOMATO...

Entry tertunggak lagi.Nasi tomato ni aku buat minggu lepas.Belek2 folder..baru perasan yang Gambar ni belum dipublish lagi.Masukkan awal sikit entry harini sebab jap lagi nak bersilat buat nasi kerabu.Malam tadi pergi beli lauk2..jumpa ikan kembong yang sangat2 fresh.Terus teringat nak buat nasi kerabu..kena awal sikit mula masak sebab rencah2 nasi kerabu ni agak leceh sikit nak buat.Jom zass resepi dari dapur sinar kehidupan ni..tapi resepi asalnya dari mat gebu aku kurangkan tomato sebab anak2 bujang aku takleh nampak 'sampah' dalam nasi diorang.Habis diorang kutip buang...


 BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit toskan-aku guna beras biasa
  • 5 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 camca besar minyak sapi
  • 2 camca besar minyak masak- saya tambah
  • 2 1/2 camca besar sos tomato
  • 1 kiub ayam "maggi"
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kismis dan kacang peas untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih- Yatie letak 2 je
  • 3 biji buah pelaga- Yatie letak 2 je
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 inci halia, diketuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu.
  2. Tambah sos tomato dan kacau rata.
  3. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap.
  4. Alih beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa..
  5. Bila nasi masak, tabur kismis atasnya, bila nasi elok kering dan masak, gemburkan dengan chopstick.
  6. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng...

Ni sarapan aku pagi ni..low fat brown bread.Dalam tu isi telur dadar..sayur dengan sos.Hubby aku buat kuah dal dan paratha..

Rabu, 7 Mac 2012

BILA SANDSTORM..........

Pokok2 bunga habis layu dan mati.Tambah2 bila sandstorm campur angin kuat dan musim sejuk.





Kereta2 semua habis bersalut debu.dah macam tepung gomak gayanyer..

Selasa, 6 Mac 2012

MAKAN MAKAN DI THAI CHI.........

Ni sambungan cerita hari jumaat masa kitorang keluar jenjalan aritu (masa aku beli Fridge magnet).Sampai2 je di Villagio..memang terkejut giler sebab sangat2 sesak.Parking berapa kali pusing..baru dapat(sini parking free).Alhamdulillah selesai bab parking.Masuk2 kat dalam pulak..Adoiii bersesak orang kat dalam.Selalunya sinilah shopping complex yang best jalan2 sebab besar dan tak serabut.Hmmm baru teringat yang aritu awal bulan..cuti dan orang baru gaji.Nasiblah..redah juga walaupun orang ramai.Tempat pertama yang dituju adalah makan..Lagi sekali geleng kepala..

Panjangnyalah orang beratur.Semua fastfood sama je situasinya.. 


Sekejap je..lagi bertambah tambah umat manusia.Tempat duduk langsung takde kosong.Ramai yang berdiri dengan makanan.

Perut kitorang dah lapar..nak makan cammanalah ni.Sini fast food je yang kategori murah(makan burger 4 beranak dalam QR60-RM 50++.Dah takde pilihan..kitorang pergi Restauran bertentangan fastfood.Sini semua harganya hmmm..TGI friday kitorang tak nak masuk dah..tak sedap langsung.Mula2 masuk Pizza Express tapi tak jadi sebab rasa nak makan nasi.Kitorang berpindah ke sebelah..Restauran Thai Chi.Sini memang khas makanan2 Thailand.Sesekali boleh ler masuk..selalu bankrup cik abang..he..he..


 Duduk je..sementara tunggu order dia bagi free keropok  ngan dua jenis sambal.Sedapp..


 Ni dia kata pedas.Tapi bagi aku..takler pedas sangat.Cili api dan bahan2 lain goreng dulu pastu tumbuk dan tumis.


 Yang ni cilinya ada rasa pedas dan manis.Tapi dua2 sos memang best dan sedappp


Cekik darah..jus mangga saiz cawan biasa je.QR20-RM17-18.Sibbaik sedap.Ni along punya 


 Ekspresso..aku ngan laki aku order.Cawan cinonet..3 kali minum habis.Pekat giler sampai malamnya aku takleh tido.Cawan halus ni harganya QR15-RM13


 Oyster Beef..Yang ni tak ingat pula harganya.Rasanya dalam QR40++.Simple je bahan2 tapi sedap dan daging lembut giler..


 Tomyam ayam..Harga QR38-RM36.Dalam ni semata mata ada cendawan dengan ayam je.Tapi kuah memang sedap.


Nasi putih..sebekas QR10.Kalau kuat makan..sebekas sorang je.Kalau nak diet..boleh kongsi dua.


2 jenis lauk jer makan..Semua dalam QR 150++.Kitorang bertiga je makan..adam taknak.Makanan cukup2 je.Sape2 anak2 ramai korang ganda gandakanlah sendiri.Oklah tu harganya... sebab sini sara hidup mahal...

ACAR TIMUN MASAK..

Melayan tekak yang tetiba rasa nak makan acar timun masak.Acar ni aku gandingkan dengan nasi minyak dan ayam masak merah.Resepi dari yani myresipi.Dalam kepala ni tengah rancang nak buat acar buah pulak.Buah baru ada 3 jenis..esok cari lagi sikit pastu boleh jalankan projek.Wahhh tekak..bila balik malaysia takdelah pulak ngada2 nak makan macam2.Zasss layan resepi yani yang mabeles ni


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi

Cara-cara

  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api

Isnin, 5 Mac 2012

FRIDGE MAGNET

Inilah hasil yang dapat masa merayap petang jumaat aritu.Sini susah betul nak jumpa fm..tapi masa pergi Villagio baru2 ni..ada pulak buka gerai khas jual barang cenderamata termasuk FM ni..Jom layannn.Nanti nak cari lagi..ni semua untuk diri sendiri dan untuk kengkawan di Malaysia..

 Inilah antara yang dibeli..


  Yang ni aku dah lama beli..


 FM yang aku suka sangat bentuknye..


Simple tapi nice..


Pilihan anak2 aku.Diorang suka keta ngan moto tu..


Camel ada satu jenis je.Bila2 kuar merayap..aku nak cari lagi...

KUIH LAPIS...

Sekejap je masa berlalu.Dalam tak sedar..dah 5 tahun aku berada di negara padang pasir ni.Alhamdulillah dah boleh membiasakan diri dengan cara hidup dan suasana disini.Untuk balik terus Malaysia..tak pasti lagi bila.Suami aku disini pekerja tetap..ikut suka dia bila nak berhenti.Tapi setakat ni memang belum ada perancangan lagi untuk tinggalkan negara Qatar ni.Mungkin rezeki masih disini.Hmmm 5 tahun disini..tahun ni agak pelik sikit cuacanya.Kebiasaannya pertengahan bulan 2,cuaca mula bertukar ke musim panas tapi tahun ni sebaliknya.Masuk je Mac..cuaca bertambah sejuk la pulak.Hari ni..pagi tadi 13 celcius.Masa penghujung bulan 2 aritu..dah bertukar panas sikit dalam 18 celcius..bunga2 pokok kurma pun dah mula keluar.Pastu tetiba sandstorm kuat..terus cuaca jatuh balik.Dunia akhir zaman..macam2 boleh jadi kan...Panjang pulak melalut.Kuih lapis ni kuih kegemaran kat rumah aku.Aku buat seloyang kecik je sebab kat rumah ni 4 mulut je.Kali ni aku ambil resepi dari Kak An..periuk tanah.Sedap dan yang best boleh tarik selapis demi selapis.

BAHAN2
1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

Ahad, 4 Mac 2012

Buah...ooooo Buah...

Macam biasa..rumah aku ni,memang dalam peti sentiasa penuh dengan buah dan jus2 buah yang pelbagai.Minggu ni banyak kepada buah plum...plum hitam..merah dengan kuning.kiwi dan epal hijau wajib untuk aku.Ada gak oren yang besar gedabak.Jom makan buahh..tapi import punya ler kan.Nanti balik malaysia..nak melantak buah2 tempatan sepuas hati dan terutamanya durian.Balik sabah..nak suruh hubby beli buah terap...sedapnyalah.

Published with Blogger-droid v2.0.3

Sabtu, 3 Mac 2012

AL DHAKIRA CLUB..

Lari dari kebiasaan.Selalu sabtu aku tak de masa nak masuk entry sebab keluar merayap dari pagi sampai malam tapi arini terpaksa duduk dalam rumah je sebab hubby kena pergi kerja.Tapi petang sampai tengah malam semalam dah puas merayap.Banyak juga yang dibeli dan yang penting aku dapat sambar beberapa fridge magnet untuk diberikan pada kengkawan.Nanti aku tunjukkan FM yang dah berjaya aku usha dan beli semalam.Nak citer pasal Satu lagi club house di community aku.Aritu dah citer tentang al waha dan al nakheel..so ari ni giliran aldhakira pulak.Ni club house peberet aku.Sini ada restauran yang hidangannya banyak berasaskan nasi..harga pun murah.Selain restauran,ada gelanggang badminton..kedai gunting rambut dan swimming pool.


Ni suasana dalam restauran..ala2 hotel.


Yang merah tu..chicken wing.Ada rasa masam..pedas dan manis.


Nasi goreng biasa.Banyak..nak kongsi dua orang pun boleh


Peberet aku..cappucino



Satu set Ayam panggang separuh.Peberet along


Popia sayur..besar giler.Ini aku punya..sedap wehh.sos dia pun best


Chicken beriani.Banyak nasi ni..2 orang makan pun boleh.Dalam tu ayam punyalah banyak..sama banyak dengan nasi.Sangat2 kena dengan selera aku.Kalau suka pedas..bagitau awal2..diorang akan potong cili api dan masukkan dalam nasi.Murah je..9 rial.Duit malaysia Dalam RM5.


Budak kuat makan..tapi badan cekeding je.Belasah set burger dulu..tak sempat mama dia nak ambil gambar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...