Selasa, 28 Februari 2012

SOTONG TEMPURA/GORENG TEPUNG

Hari ni terlanggar pantang sikit.Ikutkan aku dah stop dari makan kelapa/santan tapi disebabkan tekak ni teringin sangat2 nak makan dangai..nipulah sikit arini.Pagi2 aku buat dangai dan dah selamat masuk perut.Takpe..jap lagi exercise jap..he..he..gambo dangai tu..jap lagi aku masukkan.Sebut tentang exercise..aku sekarang tiap2 pagi buat senam seni 1 malaysia tu..tengok di youtube je.Simple tapi sooommputtt dan berpeluh juga.Berbalik tajuk kat atas tu..dah banyak resepi aku cuba tapi last2 ni yang terbaik di tekak family aku.Anak2 ngan hubby suka sangat.Sikecik adam tu..suka makan tepung je.Sotong dia buang.Jom layan resepi sempoi ni.Tapi minta maaflah..takde sukatan.Lagi satu..aku males nak tumbuk/kisar bawang putih..aku guna pes yang macam gambar dibawah ni je...

Ni kerja adam ler..habis koyak kertas tu..


SOTONG TEMPURA/GORENG TEPUNG

BAHAN2
-Tepung gandum
-bawang putih(kisar atau tumbuk halus)-aku guna paste
-sedikit baking powder
-sedikit lada sulah
-kiub ayam-tumbuk halus

*sotong-bersihkan dan potong kecil.keringkan dgn tisu dapur.
*telur

-Campurkan semua bahan kecuali telur dan sotong.Gaulkan sebati.Aku suka buat banyak2.letak dalam plastik berzip tu..goncang kuat pastu kalau lebih,simpan dalam peti ais.
-Panaskan minyak dalam kuali.pukul telur dalam mangkuk.Ambil sotong pastu celup dalam telur...seterusnya masukkan dalam tepung.Aku buat proses yang sama dua kali supaya salutan tu tebal.Goreng dalam minyak sederhana panas.Jangan goreng lama nanti sotong tu keras/liat.

Ahad, 26 Februari 2012

EPAL HIJAU...

Antara buah yang aku cuba untuk minat..apa salahnya memaksa diri makan untuk kesihatan kan..kan..kan..Selain buah..aku dah mula untuk katakan tidak pada santan dan mula makan sayur serta lauk2 yang di steam atau rebus....doakan semoga aku berjaya dan mampu bertahan..he..he..

Ini maklumat yang aku dapat hasil dari google..
SUMBER..HPM

- Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka

*SO APA SALAHNYA SAMA2 KITA AMALKAN UNTUK KESIHATAN....

OMEGA 3

Dah lama aku berhajat nak cari supplemen.Almaklumlah..umur makin meningkat,so kenalah jaga apa yang patut.Semalam pergi farmasi...dalam kepala antara dua samaada nak ambil EPO atau omega 3.Last2 doktor suggest ambil omega 3 dulu sebab EPO lebih sesuai pompuan yang berusia 40 keatas.Bila tanya yang mana ok..dia bagi yang jenama wassen.dalam peket tu ada 60 kapsul.Maknanya utk 2 bulan.Cuba dulu..kalau ok,aku terus je ngan yang ini.Selain Omega 3..Dah setahun aku minum collagen..alhamdulillah banyak perubahan

Published with Blogger-droid v2.0.3

Jumaat, 24 Februari 2012

MERANTAU LUAR NEGARA...SALAH KE???

Wahhh tajuk..nak luah perasaan jap sebenarnya.Adalah hamba Allah yang sound kata orang yang kerja diluar negara ni..tak kenang budi.Apa salahnya kerja negara sendiri..duduk negara orang bertahun tahun buat apa.Jadi kuli di negara orang.Siap bagi peribahasa orang dulu2..hujan emas di negara orang..hujan batu dinegara sendiri..pastu korang sambung lah sendiri yee.Tersentap juga aku bila ada yang kata camtu.Bagi aku..rezeki ada dimana mana.duduk negara orang kalau hidup keluarga lebih terjamin apa salahnya kan??Laki aku takdenya jadi kuli batak kat tempat orang ni..diorang jaga cukup serba serbi.Memang betul di negara sendiri lebih baik..tapi kalau hidup pun cukup makan je???sara hidup lebih mahal dari gaji.Di sini rumah..elektrik..air..telefon..sekolah..perubatan semua free.Gaji tiap2 tahun naik.Bonus 2-3 bln gaji.Macam2 elaun..anak2 pun kitorang boleh belikan apa dia nak.Duit pun boleh kirim untuk kesenangan mak bapak kitorang di kampung.Bukan selama lamanya kitorang nak duduk sini..dah cukup simpanan kitorang akan balik juga malaysia.Fuhhhh lega jap..manusia ni..kadang2 bila bercakap langsung tak fikir perasaan orang.Aku rasa..kalau "dia" tu dapat offer datang sini..mesti  terima punya.Adoiii camni punya orang pun adoooo ke..

LAYAN DRAMA2 MELAYU....

Sejak dua menjak ni..aku suka betul layan drama2 melayu.kalau sebelum ni aku hantu korea..sekarang dah beralih arah.Aku hari2 tengok movie atau drama di dua blog ni..diorang memang laju giler upload drama2 bersiri.Kalau di ohumedia..drama baru habis di tv ,2 atau 3 jam pastu dah ada dekat blog dia.Tapi kualiti gambar..aku lagi suka di Malaymoviesfull..tapi dua2 best dan penyelamat kepada peminat cerita2 melayu yang tinggal di luar negara.Oh ya..citer2 korea aku suka usha di Dramacrazy

Ni salah satu yang aku layan tapi sekarang aku dah kurang berminat..entahlah makin tak menarik perhatian aku.Rasa macam nak tengok part akhir je nanti..

Aku tak layan lagi buat masa ni.Rasanya tak tengok sangat kot.Aku kureng dengan hero tu,Shah jazle..lakonan drama dia sebelum2 ni memang..adoii.takde ke hero lain kat malaysia???nengok nama dia je..terus aku tak berminat nak layan.


Citer ni aku layan setiap episod..hero dia mantop.Beto ngan johan memang best.Heroin dia pun layannn.Setiap episod makin menarikkk..

Drama2 lain pun banyak aku layan.kang panjang pulak entry.Semua yang aku tulis ni pandangan sendiri ye..masing2 ada minat dan selera tersendiri.

Khamis, 23 Februari 2012

BAPAK BOREK ANAK RINTIK...

Selingan di petang hari..saja gedik2 nak masukkan menda kesayangan bapak ngan anak.Hubby aku pemain game PS3 tegar.Mana tidaknya..balik je keja,lepas mandi ngan sembahyang..terus tercongok depan tv ngadap PS3.Dia main game bola online.Siapler sampai tengah malam.Nasib baik dirumah ni tv ada dua.Anak2 ngadap tv dalam bilik along.Dah hobi dia..lantaklah.Daripada hubby merayap luar rumah..baik dia ada depan mata aku..he..he..Aku ni jenis tak kisah...ikut sukalah dia nak buat apa..janji boleh hilangkan penat dan stress.Sekarang 3 perkara la yang memang betul2 dia minat.Game PS3 ni..gym ngan main bola.Esok dia ada perlawanan Liga Malaysia Qatar.Team laki aku ni..antara yang terhandal la di qatar ni..he..he..Dulu dia minat mancing pastu bila kulit golappp..terus tak nak pergi.Lagi satu sebab kurang kesabaran kot..hik..hik..Kat umah ni peralatan memancing banyak..mesin pun ada 3 ke 4 tak silap aku.Hmmm nak suruh dia jual atau bagi jelah pada yang berminat.

 Ni yang terbaru beli..yg sebelum ni dah rosak.Menunjukkan betapa tegarnya main game.


 Dah abahnya kuat main game..anaknya apa lagi.Abah keja dia belasah main game komputer..malam dia main PSP pulak.Tapi pelajaran tetap tak lupa.Alhamdulillah pelajaran dia makin meningkat.Yang kecik baru nak masuk 3 tahun pun dah pandai main game.Selalu berebut komputer dengan along.Paling tak tahan handphone aku jadi mangsa..hadoiii.Nasiblah sebab di rumah ni aku sorang je pompuan.
1 cd psp ni je harga QR69..(duit mesia dalam 60 lebih).Anak punya pasal..sesekali layan je lah..

KURMA TELUR..

Hari ni awal sikit aku masukkan entry..tapi Malaysia dah nak tengah hari pun.Qatar lewat 5 jam..Dah 2 minggu aku berpuasa (kecuali hari jumaat dan sabtu).Habis je sahur..ngadap komputer jap sementara tunggu azan pastu terus siapkan sarapan.Bila banyak hari berpuasa ni..sahur memang kurang berselera untuk makan.Nasi memang langsung tak boleh masuk..tadi aku sahur dengan sekeping roti je.Alhamdulillah aku tetap boleh bertahan sampai waktu berbuka puasa.Aku ada minum cocoa collagen..perut rasa tak lapar sangat dan kurang rasa mengantuk.Aku dah minum cocoa collagen ni dalam setahun..untuk aku memang berkesan.Berbalik pada tajuk utama semula..telur antara penyelamat bagi aku untuk hujung2 minggu.Kitorang keluar beli barang dapur seminggu sekali..so kadang2 hari khamis atau jumaat,barang basah memang licin.Nasib baiklah telur ada.Macam2 boleh buat..kurma..gulai/kari..sambal..masak kicap..masak taucu dan paling malas goreng dadar atau kosong je.Biasanya aku buat kurma sebab peberet family terutama yang paling kecik.Adam hantu kurma..menambah nambah nasi kalau ada menu ni...



Bahan:-
  • 4 biji telur-rebus pastu kopek kulit.
  • 1 batang serai-ketuk
  • 2 ulas bawang merah -mayang
  • 1 ulas bawang putih-mayang
  • 2 cm halia-mayang memanjang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar rempah kurma-bancuh dengah sedikit air
  • santan
  • cili merah & hijau - dibelah x putus(aku x isi sbb anak2 x mkn pedas)
  • 2 biji kentang - kupas dan belah 4
  • 2 biji bawang besar - belah 4 setiap 1
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula dan perasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
-Panaskan minyak, tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia yang dimayang serta kayu manis, lawang dan pelaga. Kacau hingga naik bau.
-Masukkan pula pes kurma (rempah dicampur air) dan serai.Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.Proses ni biar lama sikit supaya rempah betul2 masak.
-Masukkan telur dan kentang..gaul rata
-Pastu masukkan santan, garam,gula,perasa,bawang besar dan cili. Masak hingga nampak berminyak dan kuah agak pekat. 

Rabu, 22 Februari 2012

KALAU DIA MASIH ADA....

Hari ni genap umur aruah abang aku 41 tahun..kitorang berbeza 10 tahun.Tapi dalam 6 orang adik beradik..aku paling rapat dengan aruah abang.Dulu2..21 dia akan ucap birthday pada aku pastu keesokkannya..aku pulak call dia ucap selamat harijadi.Syok campur kelakar..he..he..masa zaman kecik2..kitorang sambut sekali je.Sekejap je masa berlalu..dah hampir 5 tahun dia pergi.Aku rindu sangat2 saat2 bersama aruah abang..tapi segalanya takkan berlaku lagi.Hanya al Fatihah mampu aku hadiahkan sempena tarikh yang kini hanya menjadi kenangan.

MAMA..ALONG TAKDE DUIT...

Petang semalam along bagi mama kad birthday yang dia buat sendiri dari kertas A4.Walaupun tak seberapa...tapi aku terharu gilerrr.Sape2 yang dah jadi mak..mesti faham perasaan aku ni.Tak dapat digambarkan perasaan gembira walaupun hanya sekeping kertas.Terima kasih sayang mama.Yang buat aku amat2 terharu sampai nak menitik air mata..bila dengar dia cakap.."mama..along takde duit.Nanti along dah besar macam abah,along kerja dapat duit banyak2 pastu along beli hadiah untuk mama ye".Hmmm..anak mama sayang..bukan hadiah yang mama harapkan.Sebenarnya 3 minggu lepas masa sembang2 ngan along..dia tanya birthday mama bila.Aku bagitaulah tarikhnya.Tak sangka dia ingat.Mama sayang anak2 mama....


Simple tapi amat bernilai bagi mama.Pssttt..cuma umur tu termuda setahun.Nak bagitau along salah tulis..tak sampai hati pulak.So mama diam2 jelah.


Ni dia kepilkan dalam kad tu.Ada tulisan..tapi kecil je dia tulis.... 


 Ini yang ditulis...inilah hadiah yang cukup bernilai buat mama.

Selasa, 21 Februari 2012

BERTAMBAH LAGI SATU ANGKA...

Alahai..tambah lagi umur.Arini genap umur aku 31 tahun.Alhamdulillah aku masih lagi bernafas...dapat tengok orang2 tersayang.Rasanya takde kot yang lebih2 aku nak harapkan sempena harijadi ni.Rasanya serba serbi dah ada.Beruntung hubby dapat bini macam aku..jarang minta yg bukan2.he..he...jangan muntah pulak..apa salahnya sesekali puji diri sendiri.kan...kan..baru ni ada hubby suruh pilih barang kemas tapi aku manalah pandai pasal emas2 ni.Lagi satu..aku memang tak minat pakai barang kemas.Lalu kedai emas...buat tak nampak je.Hubby tanya nak hadiah apa...aku tak kisah.kalau Bagi.. aku ambil je...tak ade hadiah pun ok..janji dia ingat tarikh birthday aku.Phone ni pun..hubby aku baru je belikan.untuk hubby tersayang...thank's sebab selalu manjakan isteri mengada ngada dan manja ni.tapi dalam gembira..ada terselit duka..esok birthday aruah abg aku yang ke 41.Dulu masa dia ada...arini mesti call wish birthday aku pastu esok..aku pulak call dia.Rindu tapi takkan berjumpa lagi.Happy birthday to me..korang doakan semoga aku jadi isteri dan ibu yang mithali..ameeen

Published with Blogger-droid v2.0.3

Isnin, 20 Februari 2012

MASAK LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA

Tersentuh hati aku baca blog kak badaria tadi..Begitu banyak dugaan  yang menimpa.Kalaulah aku..hmmm aku sendiri tak pasti boleh menghadapinya atau tidak.Kadang2 betul juga ungkapan kata2 bila susah semua menghilang termasuklah saudara tapi bila senang..yang lama tak bertanya khabar pun boleh muncul.Tapi tak semualah orang yang sebegitu...cuma benda begitu lumrah berlaku pada zaman sekarang ni.Semoga Allah terus memberi kekuatan pada Kak badaria.Jom berbalik pada tajuk utama...sebenarnya aku ni dah lama teringin sangat nak makan kerabu umbut kelapa.Baru2 ni masa pergi Lulu Gharaffa..terjumpalah umbut ni.Tak pasti pula aku diimport dari negara mana.Aku beli ler seketul..balik rumah bila nak siang/potong..allamak agak keras dan tua sikit.Kalau buat kerabu memang kurang sesuailerr..so aku ubah kepada menu masak lemak putih.Aku pernah makan tapi tak pernah buat.Nak call mak..kredit phone pula tak mencukupi.Last2 google jerr.Ternampaklah resepi di Blog memasak terfemes ni..Abg mat gebu..Alhamdulillah soodappp.Hubby yang tak pernah makan pun boleh terima tekaknya dengan masak lemak putih ni.Tima kasih bebanyak pada che mat gebu...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg umbut kelapa, disagat nipis dan rendam (aggaran sahaja)
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 - 3 batang serai, dititik
1200 ml santan cair
300 ml pati santan
2 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
sedikit ikan bilis-aku tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan umbut tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 udang kering, bawang besar, bawang putih, lada hitam dan serai. Kacau rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan masak lagi hingga umbut lembut. Tambah santan pekat,ikan bilis, garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan untuk 2 - 3 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masih atau ikan goreng...


Inilah umbutnya.Nampak comel je tapi bila dah dibelah...agak kecewa la juga.nasibbaik masih boleh diselamatkan.Balik ni..nak suruh mak korbankan pokok kelapa sebatang bagi aku lepas hajat..he..he..pokok penuh keliling rumah.Aku gengkan masak lemak putih umbut kelapa ni dengan sambal tumis ikan bilis(laki aku wajib ada menu pedas) dan ayam goreng kunyit.

Ahad, 19 Februari 2012

MAKAN MAKAN.......

Antara hidangan yang disediakan jiran aku semasa dia buat makan2 baru2 ni sempena birthday anaknya.Tuan rumah ni orang sarawak..so makanan yang dihidangkan ada ciri2 sarawak lerrr..Layann gambar2 je arini.Tuan punya blog takde idea nak merapu sebab kepala ting tong sikit.Jap lagi nak sambung tido jap..zzzzzzzzzzz

Yang dalam bekas bertutup tu nasi putih.Ada sambal udang..ayam goreng..acar timun masak..acar mentah


 Bekas bertudung kaca tu bubur pedas.Makanan negeri sarawak.


Gambar dekat sikit..ayam ngan udang

Ada cheese kek..kek lapis..kek kismis(sedap giler..aku siap order dgn tuan rumah) dan donat(peberet budak2)

*Ada banyak lagi gambar kuih2 yang dibawa tetamu tapi segan pulak nak ambil gambar.Yang aku ambil diataspun..masa orang yang datang belum ramai lagi.Ambil gambar guna phone je..

Sabtu, 18 Februari 2012

KEK KUKUS SUSU

Selamat berhari minggu.Seperti biasa..aktiviti aku harini merayap cuci mata dan merabakkan poket suami.Sebelum keluar..aku masukkan dulu kek yang dah selamat pun dimakan.Baru2 ni aku ada usha blog ini dan sangat2 tergoda dengan kek yang ditayang.Bahan2 dan cara2nya pun sangat2 simple.Kebetulan bahan2 semua ada..aku terus masuk dapur dan godek.Maka terhasil lah kek untuk makan petang.Resepi asal dari myresipi.Resepi asal warna putih..oleh sebab nampak kurang menarik,aku gatal2 tambah warna merah sikit.Resepi dari blog masam  manis pulak ada manik berwarna..aku takde stok,so tak letak.Hubby aku dah suruh bersiap siap nak keluar.Oklah aku nak pergi bersiap sebelum kena ceramah free...



Resepi asal : myresipi
Diolah oleh :blog masam manis

BAHAN2
250 g butter ~ suhu bilik
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air ~ ita gantikan 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
1/2 cawan manik gula berwarna ~ X isi

Panaskan kukusan
Sediakan loyang berukuran 9 inc
Oles loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper

Dalam bekas mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga kembang dan memutih
Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan telur sebijik demi sebijik ~ pastikan telur telah bergaul sempurna baru masukkan satu lagi telur
Tambahkan esen vanila dan pukul adunan hingga rata
Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
Tutup mixer
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, kaup balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit hingga 1 jam
Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.

Jumaat, 17 Februari 2012

MASAK LEMAK CILI API LABU...

Makan debu harini..sandstorm dan angin kuat.Biasanya kalau macamni ..tak lama lagi nak masuk musim panas.Habis je angin2 kuat ni..slow2 cuaca bertukar ke panas.Alamatnya..memerap dalam rumah pastu buka aircond kuat2.Menu makan tengah hari..Masak lemak cili api labu.Sesetengah orang tak boleh makan sebab angin tapi aku alhamdulillah takde masalah dengan makanan berangin ni.Petua mak aku senang je..masukkan sikit lada hitam.


BAHAN2
Labu kuning-buang kulit..potong kecil.
Cili api ikut kepedasan masing2-tumbuk
sedikit air
sedikit lada hitam - tumbuk
bawang merah - tumbuk
serai - titik/ketuk
kunyit hidup/serbuk
sedikit ikan bilis
santan
garam dan perasa

-Tumbuk halus bahan2 atau kalau malas boleh blend.masukkan dalam periuk dengan sedikit air dan serai yang dah dititik.Masukkan labu pastu panaskan.Biar jap sampai labu empuk tapi jangan sampai terlebih empuk sebab nanti hancur.masukkan santan..ikan bilis,kunyit dan bahan2 perasa.biar sampai mendidih.Gunakan api perlahan sebab takut santan berkepala nanti.Dah mendidih..tutup api pastu makan ler dengan nasi putih.Berpeluh jap..

SARAPAN..

Sarapan sempoi aku pagi ni..roti telur sekeping(potong 2),sosej,scramble egg dan salad+timun+mayonis+lada hitam..kenyang sampai tengah hari..

SANTAI2 DEPAN TV...

Melepak depan tv jap.Hubby aku pergi padang sebab harini ada perlawanan bola Liga Malaysia Qatar.Perlawanan bola untuk rakyat2 Malaysia yang tinggal di Qatar.Liga ni dalam sebulan juga berlangsung sebab diorang lawan setiap hari jumaat.Harini hubby aku ada satu perlawanan je..aku tak ikut sebab angin kuat dan sandstorm sekarang ni..takut sakit pulak anak2 aku nanti.Tengah keboringan dan takde keja nak buat..so aku layannnn....


Kuih gunting yang aku beli dari member Sarawak..Sodap betul mengunyah 


Mengunyah sambil tengok cerita ni..seksi wehhh pengacara ni tapi cun gilerr.Mamat tu pereka fesyen.Cerita pasal fesyen..model2 pun seksi tapi cun2.Awek arab nihhhh..

Khamis, 16 Februari 2012

DALAM DILEMA

Mak aku semakin teruk kesihatannya.Ikutkan perancangan..aku sekeluarga nak balik malaysia bulan jun ni.Adik bongsu aku berkemungkinan kahwin jun ni.Tapi adik aku beritahu yang mak nak bangun pun perlu dipapah sehari dua ni.Makan langsung tak lalu.Aku ada bincang dgn husband yang aku nak balik dengan anak2 dulu untuk tengok mak.Aku dalam dilema sama ada nak balik dengan kadar segera atau tunggu jun.Hmmm kalau balik dulu..hubby aku memang kesianla sikit sebab takde orang jaga keperluan dia tapi hati aku kuat ingatkan mak diMalaysia.Aku taknak menyesal macam dengan aruah abang dulu.Asyik tangguh je nak berjumpa..last2 aku cuma dapat jumpa jenazah dia.Sampai sekarang sesalan tu masih ada walaupun dah hampir 5 tahun abang tinggalkan kitorang.Kena bincang semula dengan hubby...rasa hati berat kearah nak balik sendiri dulu dengan anak2.Ya Allah peliharalah ibuku dan berikanlah aku kekuatan.

Published with Blogger-droid v2.0.3

MAKAN2 DI AL NAKHEEL CLUB

Jom jamu mata dengan gambar2 makanan yang kitorang order di AL Nakheel Club masa hari cuti sempena sports day aritu.Sebelum ni aku pernah bagitau Di dalam tempat tinggal aku(community) ada 3 tempat makan.Aritu dah cerita tentang Al Waha Club..kalini tentang Club house yang menyediakan makanan ala barat pulak..tapi terus terang..makanannya kureeenggg bagi tekak aku.Nasib baik harga murah.


Seafood Salad.Outtt...udang dia guna yg frozen.Sama juga sotong dan fish fillet.Avokado pahit..salad pun yg tuooo.pahit nyerrr.Tobattt tak order dah



Hawaian pizza..boleh tahan tapi crust dia..aku buat lembut dan sedap lagi kot.Ini along punya..selalu pizza dia boleh habiskan.Kali ni separuh je.Maknanya kurengg la tu..


Lamb ni hidangan penyelamat.Ni satu je yang sedap.Warna kuning tu ..kentang putar.Ni laki aku punya.


Ni aku punya..grilled chicken.Separuh je aku boleh telan.Ayamnya terlebih masak sampai keras dan takde sos.Kering gilerr..dia cuma bagi sos cili biasa.


Menu2 yang diorder.Lentil sup..sedappp.Laki aku ada juga order spagethi untuk dia.. 


Banyak giler spagheti tapi korang tengok reaksi muka hubby aku..so paham2 jelah dia punya rasa.Hanya 1/3 dimakan.


Sonyumm jelah..Paksa je diri untuk menelan.


 Budak kecik yg mengamuk sebab nak main playground di luar restoren.Kitorang tak bagi sebab ramai remaja arab ngan mat saleh kat luar.Diorang ni kasar sikit..takut juga tak pasal2 buat hal ngan bebudak ni.


*Kesimpulannya..ini mungkin kali terakhir aku masuk Club House ni.Walaupun murah..aku rela ajak hubby aku pergi pizza hut.Nasib baik dapat customer macam kitorang yang jenis tak cakap banyak.Tak sedap..kitorang tinggal camtu jerr..membazir..membazir...



Rabu, 15 Februari 2012

BISTIK AYAM

Menu tertunggak..bistik ayam ni aku masak pada hari isnin.Semalam satu hari aku cuti memasak.My hubby bagi cuti satu hari..Semalam Qatar cuti sempena Sports day.Aku tak pergi jenjalan manapun cuma makan2 di Club dalam Community ni je.Pagi2 aku order nasi dagang dari kawan (siap buat delivery pagi2) pastu tengah harinya(nak masuk petang juga lerrr) hubby aku ajak makan di Club.Kenyang sampai malam sebab terrrrlebih makan.Next entry aku masukkan apa yang kitorang melantak dekat Club.Berbalik pada bistik ayam ni..boleh masuk list menu lepas ni.Ok pada tekak kitorang.Aku nampak resepi ni di blog kak nor secubit garam.Terus ambil resepi dan buat sebab di rumah ni memang stok ayam sentiasa ada dalam peti.Sampai buntu dah nak masak apa dengan ayam.Mehhh layan resepi ni..


BISTIK AYAM

Resepi:ovenkecil
Sumber:kak nor

Bahan-bahan perap :1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
3-4 sudu besar sos lada hitam (aku ganti sos tiram campur lada hitam ditumbuk)
2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang bulat
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
2 biji cili hijau - dihiris
3 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air (250 ml)
2 biji buah tomato - dibelah 4
Sedikit kacang pis (optional)-x isi
Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)-x de
Garam dan gula secukup rasa


Cara2 memasak:
-Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
-Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
-Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar  hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
-Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
-Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
-Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
-Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.

OHHH MY HUBBYKU...

Berat atau senaman yang terlebih???

Isnin, 13 Februari 2012

TERGODA JUGA...

Kejap je masa berlalu..arini dah hampir pertengahan bulan februari.Pejam celik..pejam celik..hujung tahun.Esok Qatar cuti..bukan sempena valentines day yerr tapi setiap 14 februari Qatar jadikan sebagai hari sport day.Memang tiap2 tahun akan cuti.Rasanya tak pergi mana2 kot sebab ari sabtu baru je merayap ngabiskan duit dan cuci2 mata.Haaa cerita pasal jenjalan ni..meh nak story tentang satu Produk ni.Kalau korang nak tau..aku ngan hubby banyak persamaan perangai.Salah satunya kitorang ni mudah tergoda membeli dan tak pandai tawar menawar.Jenis..hmmm ok..beli dan ambil.itulah kelemahan kitorang.Baru2 ni masa jalan2 di city center..ada mamat lubnan ni tahan pastu cerita tentang produk dia.Aku malas layan tapi hubby ikut diorang ke kedai.Mamat tu punyalah bersungguh sungguh promote sampai tergoda juga kitorang membeli.Jaminan 20 hari barang dikembalikan dan dapat balik gantirugi kalau tak berkesan.Terbang 4oo lebih...


Inilah barang2nya.100% takde bahan kimia.Produk dari lubnan.Pencuci muka (qr100)..cream dan minyak wangi.Yang putih tu paling mahal..200.Yang tinggi tu minyak wangi..best sangat .Pakai malam..esoknya bau wangi masih kekal.Bagus untuk suami isteri..he..he..minyak wangi tu 150

 
Yang ni dia bagi free.

Yang warna gelap pencuci muka.untuk hubby aku sebab ada bintik2 hitam..faktor tempat kerja yg ada chemical dan berminyak.Hubby aku sangat puas hati sebab memang berkesan.Yang putih tu cream untuk muka.Aku pakai juga sebab boleh hilangkan lingkaran hitam bawah mata.Yang putih tu bau dia macam campuran habbatus sauda dgn bawang putih.

Inilah info pasal owner produk ni.Mana tau pasni boleh muka licin macam orang lubnan kan..he..he..

Sabtu, 11 Februari 2012

MY HUBBY....

Ngeh..ngeh..takde keja.Saja je menayang 'minuman' wajib laki aku sejak dua menjak ni.Sekarang hubby aku dalam proses menaikkan berat badan dan membina badan.Dia ni jenis badan teramat amat susah nak naik.Makanlah banyak mana pun..badan maintain cekeding juga.Berlainan dengan aku..makan sikit tapi kejap je naik..sakitnyalah hati.Alhamdulillah sejak minum susu khas untuk berat badan..naik juga akhirnya berat laki aku.Dari 58 kg..sekarang dah naik 10 kg tapi dalam proses menaikkan lagi.


Ini yang hubby aku minum sekarang untuk berat dan muscle. 


Ini yang mula2 hubby aku minum untuk menaikkan berat badan.

Jumaat, 10 Februari 2012

IKAN BILIS GORENG CILI API..

Salam Jumaat...lambat masuk entry arini sebab tadi busy sikit.Biasalah kalau hari cuti camni..hubby aku tak keja..along pulak tak sekolah.Tayang lauk ala ala darurat je sebab di rumah ni takde langsung stok barang2 basah.Hari jumaat aku memang malas nak keluar..jadi masak je lah apa yang ada.Belek punya belek..haaa dapat idea.Masak yang ringkas je lah.Ikan bilis campur kentang goreng cili api dengan masak kurma telur(peberet sikecik).Kecil2 dulu mak aku selalu masak ikan bilis style camni..yerlaa..aku dulu orang susah.Jumpa ayam sebulan sekali pun dah syukur.Bila masak macamni je..rasa nak menitik air mata teringat mak abah di kampung.Rindu Allah je yang Maha mengetahui...Resepi aku tak letak lengkap sebab aku main campak2 sesuka hati je.Rasanya ramai tahu cara masak masakan ringkas ni..

IKAN BILIS GORENG CILI API

Segenggam Ikan bilis
1 biji Cili merah
5 cili api
1/2 biji bawang besar-hiris kasar
1 asam keping
garam
kentang (optional)
Limau nipis-kalau suka

-Potong kentang pastu goreng kejap dalam minyak.nampak empuk..angkat dan ketepikan.
-Dalam kuali tadi..goreng kejap cili api,cili merah dan bawang besar.Angkat dan ketepikan
-Goreng pula ikan bilis sehingga garing.toskan
-Tumbuk/kisar cili api,cili merah dan bawang besar.Panaskan minyak dan goreng kejap bahan2 tumbuk/kisar dan asam keping...letakkan sedikit air.Masukkan kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi.Kacau sebati..kalau kurang masin..tambahkan garam.
-Semasa menghidang..boleh perahkan limau kalau suka

Khamis, 9 Februari 2012

AYAM SOS SIAM

Arini takleh celoteh panjang2..terpaksa cepat menaip.Sekejap lagi adam bangun tidur je..komputer ni jadi hak milik dia.Aku terpaksalah mengalah sebab tak sanggup dengar dia melalak.Laptop ada tapi apa entah si adam tekan sampai internet bermasalah di laptop tu.Meh jemput makan ayam sos siam yang aku ambil dari blog kak ummi.Sorrylah gambar tak semenggah sikit.Kelam kabut ngan anak yang mengamuk..aku belasah capai je pinggan.Ambikk kau..pinggan sama warna ngan ayam...



Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
sedikit gula (optional)
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit
sedikit jus lemon/limau (aku tambah)

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...

Selasa, 7 Februari 2012

WAJIB BELI SETIAP MINGGGU..

Barang yang memang setiap minggu mesti ada dalam list barang..Aku shopping barang2 dapur tiap2 hari sabtu sebab cik abang cuti..


Ini buah wajib untuk aku..anak2 ngan suami diorang tak pandang pun..


 Oren tu laki aku punya peberet..kiwi semestinya aku.Jus tu 1 family punya


 Yang ni susu sikecik adam..aku beli tin kecik.Seminggu memang licin..sibbaik dia sorang je minum.Kalau anak ramai..adoii botak kepala abah.

Minyak pun aku beli seminggu sekali.Aku jenis guna minyak sekali je..contoh goreng ikan.Lepas goreng ikan..minyak memang aku buang.Tapi bekas cucur..aku simpan lerr


Laki aku suka dengan menda alah ni..inti dalamnya boleh dipelbagaikan.Alternatif untuk sarapan kalau malesss buat kuih.. 

Dah jadi habit aku..wajib beli manisan.Syok kunyah2 depan tv

Fresh milk memang banyak ni ler kitorang beli tiap2 minggu.Full fat..skimmed milk dan low fat (lupa ambil gambar)Susu banyak sebab laki aku pergi gym..dia banyak minum susu dgn protein 

 Anak2 aku punya.Seminggu licin satu otak.

Kitorang memang hantu buah..he..he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...