Selasa, 31 Januari 2012

MENU ORANG KURANG SIHAT..

Menu orang deman..bubur nasi je.Ringkas tapi..aduhai boleh bertambah la pulak.Bubur nasi tu aku rebus dengan sedikit halia..air(air rebusan ayam..ayam aku rebus jap pastu keluarkan.air tinggal untuk masak nasi.Ayam tu nanti carik2 kan).Dah lembut,masukkan kiub ayam knorr.Dah masak..taburkan ikan bilis kicap dan daun bawang.Resepi asal untuk ikan bilis kicap tu sebenarnya kicap sikit je..tapi aku saja tambah kicap lebih sebab baru umppphhh(tak sedar diri lagi..padahal kicap dah nak habis stok)


IKAN BILIS KICAP


BAHAN2 
  • 2 genggam ikan bilis sederhana @ halus (digoreng sampai garing)
  • 1 labu bawang besar (dihiris ikut suka)
  • 3 biji cili padi (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • kicap manis secukupnya
  • 1-2 biji limau kasturi (diambil jusnya)
CARA-CARA :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper, tumis bawang besar, cili padi dan cili merah hingga wangi. Kemudian masukkan kicap secukupnya. Akhir sekali masukkan jus limau. Tutupkan api, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng rangup tadi. Gaul-gaulkan sebati. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih atau bubur nasi. Sedap dimakan panas-panas

Isnin, 30 Januari 2012

MAMA ...DALAM SYURGA ADA APA?

MAlam tadi,2 beradik bergaduh..Last2 adik ambil remote tv baling kepala along.Kesian along..bengkak kepala dia.Nangis teruk along..mama pergilah pujuk.Teresak esak dia bagitau tak mau kawan adik."mama..adik jahat.nanti along pukul dia".cakap je tu..padahal adik belasah dia teruk2..jarang dia balas sebab sayangkan adik."along...adik tak jahat,tapi naughty sikit je.tak baik pukul adik..nanti berdosa masuk neraka".Along terus tanya..neraka tu apa mama?.Cammanalah nak terangkan dalam ayat mudah untuk budak2 ye.AKu pun bagitau..along,dalam neraka ada fire...hot sangat fire tu.kalau along buat jahat,nanti hari2 along kena fire yang hot tu..sakit sangat2.So..along takleh buat jahat.Kalau along baik nanti along boleh masuk syurga."Mama..syurga tu apa?".."Syurga tu..tempat untuk orang baik2 la along..best kat situ"..Last2 soalan cepumas anak aku keluar."Mama..dalam syurga ada apa?".Cammana aku nak cerita bagi semangat untuk dia berbuat baik .Kalau cerita panjang2 bukan budak baru 7 tahun faham pun.Dengan nafas yang cukup panjang aku lepaskan "Along..dalam syurga tu,syokkk sangat.Along boleh main game,makan yang sedap2,main2 dari pagi sampai malam dengan adik dan along takkan kena marah.Situ semua orang sayang along tau"...Wahhh sengih2 anak aku.Terus jawab nak jadi budak baik dan taknak pukul adik.Terus dia lari keluar bilik pastu ajak adik main.Hmmm selesai satu bab..Mesti ada orang cakap aku ni bagi penerangan salah.Yuppp memang salah tapi itu jelah penerangan yang bebudak kecik paham.Insyaallah bila besar nanti diorang akan tahu sendiri.Yang penting dia seronok jadi baik...

Published with Blogger-droid v2.0.3

UDANG BLACKPEPPER...

Salam pagi isnin.Beberapa hari aku tak dapat nak masukkan entry baru disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan.Harini pun masih selesema dan batuk yang agak teruk.Habis satu family kena penyakit yang sama.Cuaca masih takde perubahan..pagi2 kalau bercakap,ada ler asap keluar.Lepas hantar along sekolah..cepat2 lari masuk rumah.Sejukkkk..Jom layan menu yang best ni..Sejak dua menjak ni..kat umah ni,banyak pula stok udang.Puas ngintai resepi di blog2 orang.Last2 aku terjumpa resepi di blog kak dayang....Wallaaa..tak sedar kejap je licin makan udang ni.Jom cuba...try..test


UDANG BLACKPEPPER




  • 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)

  • 2 ulas bawang putih (dicincang)

  • 1/2 cm halia (dihiris)

  • 1 labu bawang besar (dimayang)

  • 1-2 sk serbuk lada hitam

  • 1-2 sb kicap pekat

  • 1 sb sos tiram

  • 2 sb kicap manis

  • sedikit hirisan daun ketumbar -X isi

  • 4-5 biji cili padi (diketuk)-aku tambah cili merah dan capcicum 

  • 1 sb madu + 50 ml air + 1 sb jus lemon (dibancuhkan)

  • 1 sudu makan sos cili


  •  
    Cara-cara : Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili dan daun ketumbar. Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika perlu.

    Khamis, 26 Januari 2012

    FAJITAS...SENANG DAN SEDAPPP

    Kesihatan kurang mengizinkan sejak dari semalam lagi.Aku memang kalah dengan cuaca sejuk..kalau terlalu sejuk,mulalah datang selesema,pening kepala dan lemah2 satu badan.Tapi demam macam manapun..dapur tetap berasap sebab kesian pulak laki ngan anak2 aku nak makan.Selagi aku berdaya..perut diorang tetap aku akan layan tapi kalau sebaliknya...main hello..hello fast food ajerlah jawabnya.Rumah aku ni memang wajib ada roti tortilla.Senang dan penyelamat dikala emergency.Tortilla ni boleh dipelbagaikan dia punya inti.Ikut selera masing2.Kali ni aku letakkan inti fajitas ayam dalam roti tortilla ni.Resepi aku cedok dari blog Nannie.Sedap dan sudah semestinya resepi ni akan ada ulangannya..



    FAJITAS AYAM

    2 ketul dada ayam
    1 bji limau nipis - aku guna lemon
    1/2 sudu besar gula
    2 sudu besar herba oregano kering
    1/2 sudu besar serbuk cili cayenne
    1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
    1/2 sudu serbuk jintan manis
    2 biji bawang besar
    1 biji cili capsicum merah
    1 biji cili capsicum hijau
    1 biji cili capsicum kuning
    Serbuk lada hitam secukupnya
    Garam secukupnya
    Minyak zaitun/sayur untuk menumis

    CARA MEMASAK
    Potong ketulan dada ayam menjadi kepingan kecil , isi ayam ni diperap bersama serbuk herba oregano , serbuk kayu manis , cili cayenne , gula , garam , serbuk lada hitam dan jus limau nipis . Parut kulit limau nipis dan campur dalam isi ayam tadi kemudian dikacau semua bahan dan perap ayam ni selama 1 jam .

    Kupas semua bawang besar kemudian potong nipis-nipis . Potong semua cili capsicum . Panaskan minyak secukupnya dan masukkan semua isi ayam dan dikacau sampai ayam masak kemudian masukkan semua bawang dan digaul sampai layu dan wangi kemudian masukkan semua cili capsicum dan digoreng sampai masak . Rasa ayam jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila masak boleh la ditutup api dapur dan ketepikan dulu .
     
    *Aku tambahkan juga sedikit timun dan salad.Potong timun dan salad pastu gaulkan dengan sedikit mayonis.Letak dalam roti tortila pastu fajitas ayam diatasnya.Balut roti tortilla.Tortilla jangan lupa panaskan dulu..kalau tak,pecah2 ler roti tu sebab keras.

    Fajitas ayam aku balutkan dalam roti tortila.

    Rabu, 25 Januari 2012

    NYENYAk....


    Nyenyak betul adik ni tido.KUsyen ni tepi tv je..tv terpasang dengan volume yg agak kuat (satu rumah boleh dengar..he..he) pastu aku pulak vakum rumah.Paham2 jelah ..vakum kan kuat bunyinya tapi adam selamber je membuta.Bagus punya budak.Anak aku dua2 sama..bising macam manapun..diorang tetap akan lena tido tapi satu je.Jangan sesekali sentuh diorang.Macam kena kejutan elektrik..diorang akan terus terbangun.
    Published with Blogger-droid v2.0.3

    Selasa, 24 Januari 2012

    JALAN2 LANDMARK...

    Rekod tersejuk untuk tahun ni..pagi tadi suhu mencecah 6 celcius.Ni dah malam..aku dalam rumah menggigil.Lemak banyak tapi tangan sejuk macam ais.Perut memanjang lapar..adoi habislah diet aku.Rasa2nya esok suhu macam jatuh je lagi sebab angin sejuk bertiup kuat je malam ni...seronok betul tarik selimut.Adik menjerit jerit masa aku basuh dia buang air besar tadi..Air paip macam ais,kena je bontot menjeritlah budak kecik tu.Ciannn anak mama.Dalam keadaan sejuk2 pun..aktiviti merayap tetap diteruskan.Macam biasa..kitorang hari sabtu aktiviti wajib adalah jenjalan dan shopping2 ngabiskan duit...Minggu ni duit dihabiskan untuk shopping bebudak ngan abah.Mama baik minggu ni..anak2 kitorang belikan apa yang diorang nak.Along minggu ni dapat kasut ngan baju.Adik pulak mainan ngan baju.Abah???ceehhhh laki aku jeles nengok bini pakai samsung last2 dia pi beli samsung juga.Alahai laling oiii..rasa2nya blackberry tak sampai setengah tahun pakai..he..he..lantaklah kan..penat2 dia kerja,biarlah dia beli sesuka hati yang dia inginkan.Aku tak rasa nak beli apa2 minggu ni..minggu depan???mungkin kot..he..he..(gelak dengan nada jahat untuk ngabiskan duit laki).Sebelum shopping ngabiskan duit..kitorang lepas makan je,meleburkan duit dulu untuk bebudak.Bagus betul shopping mall ni..tempat makan betul2 tepi tempat permainan.Kesian mak bapak..terpaksalah masuk jap untuk anak2.
    Inilah tempatnya...circus land.Macam2 mainan ada 


    Ini yang syoknya..orang bujang takleh masuk.So takdelah sesak sangat 


    Muka bebudak happy dan excited.Tapi jap jelah.Ada anak arab langgar dia kuat2..dua2 beradik bantai menangis..adoiiii 


    Ini sebenar yang paling anak2 aku suka.Mainan bebudak diorang tak layan 


    Sikecik pun mengamuk nak main.terpaksalah abah layan sebab kaki dia tak sampai.Mamat yang jaga kat dalam tu sengih2 tengok adam..yelah..mainan budak2 dia taknak.Tapi adam memang hantu main game ni...anak abahhhh 


     Anak2 aku tak pandang mainan pusing2 camni..pelik tul bebudak ni

     Yang sebelah kanan tu jelah yg diorang pandang



    Ahad, 22 Januari 2012

    MANISNYA TAPI SEEDAPPP...

    Layan Namoura lagi..aku memang suka sangat manisan2 arab ni.Manisan diorang memang boleh dikategorikan sangat...sangat..manis tapi rasanya,walllaahhhh..Dalam tak sedar kejap je habis..pastu mulut tak habis2 cakap nyesal sebab menambahkan lagi berat badan.Harga2 manisan sini..agak mahal jugalah tapi bagi aku,kalau sedap tak kisah berapa harga pun.Selagi masih mampu ..beli.Harga murah tapi rasa hampehhhh,baik takyah beli kan?
    Yang ni dah siap packing.Sekilo harganya QR32.Ada dua jenis...tapi rasa sama je.yang beza,ada kacang kat atas tu 

    Gambar jelas sikit setelah dibuka plastik 


    Yang ni pulak apa motifnya aku letak gambar...he..he..saja je nak bagi korang terliur.Lembab2 sikit manisan ni....

    GRRRR.....SEJUK..SEJUK...9 celcius

    Sepanjang 5 tahun aku tinggal Qatar..tahun ni antara yang tersejuk.Kalau takde hal..jangan haraplah aku nak keluar rumah.Ketar ketar lutut rasa sejuknye.Semalam terpaksa keluar juga sebab nak cari barang2 dapur.Hambikkk kau..angin punyalah kuat (Sibbaik aku ni bam..bam..kalau tak habis ditiup angin lerr jawabnya).Angin kuat satu..dia punya sejuk..fuhhh terasa ke tulang.Anak aku yang kecik,adam bolehke dia menjerit jerit takut sebab angin kuat sangat bertiup.Masa siang suhu dah cecah 13 celcius..itu waktu tengah hari.Malam tadi suhu jatuh 9 celcius.Kalau tahun lepas..bulan januari biasanya dah kurang sejuk.Masa ni patutnya hanya berangin dan suhu lebi kurang malaysia.Memang hairan bin ajaib gaklah sebab tetiba tahun ni sejuk giler.Last2 aku terbaca dalam Facebook...ni status kawan aku yang tinggal di Qatar...

    Qatar Meteorological Department warns:

    People in Qatar and the GUlf region may experience the coldest weather in the past few years with the night temprature dipping below 10'C caused by the cold winds coming all the way from the frozen Siberia...this weather phenomenon is called 'Siberian High; that affects Qatar, entire Gulf region n North Africa..


    Patutlah sejuk semacam jer dan dijangkakan suhu ni akan terus turun dan boleh mencecah 3 ke 4 celcius.Uwaaaa...naik lagi lemak2 aku sebab sejuk2 ni sedap tido dan makannnnn.....

    Jumaat, 20 Januari 2012

    LAYAN DRAMA

    Niat dihati nak masukkan entry masak2..tapi komputer anak2 aku guna.kesiankan sebab terpaksa mengalah.Laptop ada tapi gambar2 dalam komputer...malesss pulak nak upload 2 kali.Sekarang aku gila melayan drama2 online.Best la pulak drama2 dua tiga menjak ni.Aku jadi fanatik ngan gemersik kalbu..vanilla coklat..aishiteru ngan bicara cinta.Gemersik kalbu..mula2 aku tengok sebab aku minat ngan aqasha.Ayu raudhah aku kurenggg sikit.Tapi dah masuk episod 12..aku dah jatuh cinta ngan citer ni.Cuma episod 12 macam tak betul sikit.Kena rogol tapi pakaian lengkap je..pastu takde kusut masai sikitpun.Tak kisahla..yang penting aku tak sabar tunggu episod seterusnya.Vanilla coklat pun best juga...sepadan sangat hero ngan heroinnya.Aishiteru pula..mula2 aku tak minat sebab heroin dia nampak tak natural sangat lakonannya.Nampak sangat dibuat buat tapi masuk episod 2..baru best sebab kurang dah memek muka yg nampak palsu pada heroin tu.Heronya memang best...harap2 lepasni drama2 malaysia makin kababom...


    Published with Blogger-droid v2.0.3

    Khamis, 19 Januari 2012

    SENANG DAN MUDAH


     
    Sarapan pagi..roti telur dengan sosej goreng.Untuk roti telur..aku pukul telur dengan lada sulah..serbuk lada hitam..parsley kering dan sikit serbuk perasa ayam knorr.Yang sosej aku dapat idea dari blog 1001 resepi.Sosej tu rebus dulu pastu siatkan dia punya kulit luar.Golekkan dalam telur.ambil pulak sosej dah bersalut telur tu..masukkan dalam breadcrumb.Aku guna serbuk roti yang dah readymade dicampur mix herb dan cheese.proses ni ulang 2 kali supaya salutan agak tebal.goreng dalam minyak yang sedikit je.Boleh cicah ngan sos...

    Published with Blogger-droid v2.0.3

    Rabu, 18 Januari 2012

    PTE-parents teacher interview

    NAk citer2 sikit tentang sistem persekolahan anak aku.petang semalam kitorang laki bini pergi sekolah along untuk PTI...parents teacher interview.DIsekolah along ni memang diorang ada buat beberapa kali sesi pertemuan ni.TEacher akan bagi surat pastu kita pilihla tarikh yang sesuai untuk jumpa.BIasanya sesi ni hanya 10 minit.walaupun singkat..tapi bagi aku sangat2 bermakna.Semalam memang penuh arrr parents di sekolah.PTI ni diorang buat selepas office hour.Along semalam pukul 6.40 petang.parents akan pergi ke kelas anak masing2..jumpa teacher ikut masa yang ditetapkan.aku semalam lebih dari 10 minit sebab banyak gak nak borak2.Masa jumpa teacher..along dia suruh pergi main..cuma aku ngan hubby jelah ngadap teacher.DIa keluarkan reports untuk term 1 along.pastu dia tunjuk kerja2 sekolah dan cerita tentang prestasi dan perangai along disekolah.apa2 masalah dan pendapat boleh cerita.along seperti aku jangka dia sangat2 kuat matematik.excellent utk report math.kembang kempis kitorang bila cikgu puji..siap bagitau dia minta tolong along ajar budak2 lain.along 7 tahun tapi dah pandai x(darab) yg melibatkan angka ratus.Teacher along utk year 2 sangat peramah dan caring..namanya mrs laura hardy(britain).Kalau di malaysia buat camni..memang sangat2 bagus sebab parents dan teacher boleh berkomunikasi selalu.oh ya..sini pelajaran diorang ke depan sikit.anak aku 7 thn..year 2 math dah belajar darab..sains pasal vertebrata pun dah belajar.Ni agak merisaukan aku takut balik mesia dia cepat bosan.Now aku bimbang bahasa melayu jelah...panjang pulak melalut..sorryyy ye..itupun kalau ada sudi baca lah kan.

    Published with Blogger-droid v2.0.3

    LAYAN SANDWICH....

    Pagi ni makan sandwich je lah ye.Mood buat kuih ke laut sikit sebab malam tadi pergi sekolah along untuk PTI (next entry aku citer pasal PTI ni)..balik nya dah hilang mood nak memasak.Jadi pepagi tadi capai je bahan2 buat sandwich.Idea aku cedok dari blog 1001resepi.Syok blog ni sebab segala jenis resepi ada...pi lah terjah ye.


    

    Mula2..sediakan roti pastu letak telur rebus secukupnya.


    Atas telur rebus tu letak campuran tuna,lada hitam.mayonis (bagus utk ternak lemak),salad dan timun.Aku beli tuna yang dah siap2 campur blackpepper ngan lemon.

    

    Tadi dah tambah mayonis..pastu tanpa bersalahnya,tambah pulak slice cheese.Baguskan sarapan ni..he..he... 


    Nilah rupanya bila dipotong dua.Lepas makan jangan lupa pi jogging atau buat aktiviti senaman untuk buang balik segala kalori dan lemak..

    Khamis, 12 Januari 2012

    LAyan korea...

    Jangan tak percayaaa..qatar pun ada channel korea..aku pulak hantu korea.SYok layan sebab ada subtitle english ngan arab.oh ya ..kitorang di qatar guna satellite.so..tv dari luar qatar pun dapat arr..yang tak senonoh pun ada gak tapi pandai2 la kita block.bahaya wehhh...takut anak2 terbuka dan tertengok pulak.


    Published with Blogger-droid v2.0.3

    Rabu, 11 Januari 2012

    cuba...blogger droid

    Percubaan pertama masukkan entry guna handphone.Masukkan gambar dua beradik khusyuk main game


    Published with Blogger-droid v2.0.3

    Selasa, 10 Januari 2012

    MELEPAK DI ALWAHA CLUB

    Ahaiiii..terlambat sikit masukkan entry.Sepatutnya aku nak masukkan entry ni semalam tapi tak sempat la pulak.Pepagi sampai tengah hari aku bawa adam pi Toodler class.Balik rumah dah 11 lebih..terus kelam kabut memasak ngan kemas2 umah.Sekarang baru ada kesempatan sikit..tadi sibuk di dapur siapkan nasi beriani.Entry kali ni takde masak2..cuma gambar dan cerita semasa aku melepak ngan anak2 di Al waha club(Laki aku takde..dia kerja).Dekat je tempat ni..jalan kaki aje.Di dalam Community aku ni..boleh dikatakan serba lengkap.Di kawasan 'Perkampungan' kitorang ni ada sekolah (dari nursery sampai menengah),2 kedai(ala2 mini market),klinik dan 3 club.Satu al waha club..dalam ni macam2 ada.Gym,kolam renang,restauran,bakery,library,bank dan semua jenis aktivitilah boleh buat disini..tapi yang pentingnya semua kemudahan adalah free .Harga2 makanan memang murah berbanding tempat lain sebab khas untuk kitorang yang tinggal di community ni je.Nak masuk club kena tunjuk kad keahlian dekat security dulu.Yang lecehnya..kat sini takleh ambil gambar.Security memanjang meronda.Tapi aku macam biasa arr..degil.Curi2 gak ambil gambar..ha..ha..Jom layan Gambar2 lepakking aku ngan anak di Alwaha Club

    Memula sampai bawa hero dua orang ni lepak di area bakery dulu.Muka sememeh je dua beradik ni sebab belum mandi.Budak2 ni belasah ambil kek ngan minum manggo juice.Aku ambil roti ngan teh.Kek tu 4 rial je.Kalau duit mesia dalam RM 2 je kot.Roti2 dia pulak semua 1 rial je. 

    lepas sarapan di bakery..terus menuju ke kolam renang.Ni tempat budak2..yang dewasa disebelah (betul2 ngadap restauran..ada ke giler aku nak mandi..he..he)Syok along berendam.sini takyah risau sebab semua kolam renang ada yang jaga.diorang duduk arr tepi kolam tengok kita mandi  

    Budak ni taknak mandi.Takut air mamat ni.Dia jadi pemerhati jelah.Aku pun tak mandi gak..pertama aku takleh berenang..keduanya malu wehh.kolam renang tu tepi restauran pastu bebudak yg jaga kolam renang ramai tak pasal2 jadi model percuma.aritu ada gak minah saleh berenang..selamba berbikini.Adoiii seksa mata memandang 

    Lepas berenang along bawa adik main2 kat playground.Depan sikit dari kolam renang je. 

    Ni la rupanya playground tuhh.. 

     Biar main puas2.dah habis main.....


    Makan time..apahal la pulak mulut budak ni ternganga..ha..ha...Yang baju merah tu anak kawan aku dari sarawak. 

    Budak kebulur campur penat.Along macam biasa..menu omputih.Satu set burger (sorry ngan kualiti gambar sebab ambil curi2 guna handphone) Nampak kolam renang..tepi pokok2 tu

    Sedapnya adik makan..budak ni macam mama dia juga.Tolak kayu ngan batu.Lain semua belasah.Semua pinggan orang dia usha..tak senonoh betullll 

    Ni yg aku order.masakan indonesia rasanya kot.Bami goreng.Dalam pinggan tu ada bami goreng..keropok ngan sate ayam 2 cucuk.Air tu pulak..fuhhh sedap wehhh.Rasanya ada santan..soda..lemon..Kawan aku yg gambar sekerat tu..order menu omputih.

    Selain al waha club..ada dua lagi iaitu Al Dhakira club..ni lebih kurang macam alwaha tapi kecik sikit.Situ nak berenang best sebab tempat tertutup.Aku dulu pi main badminton di situ.haa..sini ada barber shop tapi khas untuk lelaki.Makan situ banyak berasaskan india dan arab.Yang last Al Nakheel.Sini tempatnya kecik dan khas restauran.Situ jual makanan omputih ala2 itali.Situ menunya pizza dan segala jenis pasta.Ok..sambung nanti

    Ahad, 8 Januari 2012

    AYAM GORENG CILI API DAN SIRA LABU

    Selamat berhari minggu buat kengkawan di malaysia.Aku di Qatar..pagi tadi agak sibuk sikit sebab along arini first day sekolah untuk term 2.Laki aku pun kerja..pepagi busy la buat sarapan dan siapkan apa2 yang patut untuk diorang.Sekarang bolehla berehat sikit sebab tinggal adam je.Alhamdulillah adam ni jenis berdikari..semua benda dia buat sendiri.Bangun tido..dia pi buka peti sejuk cari makanan.Pastu dia duduk depan tv,makan sorang2.Dah makan dia main arr sorang2.Bagus betul budak ni sekarang (nak bagi mama dia makin berlemak di badan..sebab tu dia tak buat hal kot..he..he..).Arini aku masukkan resipi ringkas je.Semalam aku cuti memasak..merayap dari pagi sampai malam.Gilerrr jap aku masa jenjalan.Mana taknya semua tempat tengah sale 50%.Rambang mata dan rabak duit laki aku..ha..ha..

    AYAM GORENG CILI API

    Bahan-bahan :
    Ayam - potong ikut suka
    belacan
    1/2 biji bawang besar
    2 cm halia
    2 ulas bawang putih
    1-2 batang cili merah/ hijau
    Cili api - ikut tahap kepedasan masing2
    1 batang serai-ketuk/titik
    1 asam keping
    Garam,gula dan perasa
    1 biji bawang besar-potong bulat
    1 biji tomato - belah 4 atau 6

    cara-cara :

    1. kisar belacan, bawang besar, bawang putih, halia, cili merah/hijau hijau dan cili padi

    2.Panaskan minyak. lumurkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng ayam tapi jangan terlalu garing. kemudian angkat dan asingkan.

    3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau.masukkan sedikit air dan asam keping.masukan semua perasa.

    4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan bawang yang dipotong bulat.Dah nampak semua sebati dan masak..last masukkan tomato.kacau2 jap pastu boleh tutupkan api.Kalau suka berkuah..boleh masukkan sedikit air.Lagi pedas,lagiler best..keluar habis air hidung ngan mata.. syookkkk wooo



    Yang di bawah ni rasanya ramai yang tahu buat kan.Sira labu..peberet aku ni.Sonangg je nak buatnya.Labu buang kulit..bersihkan pastu potong kecil (saiz ikut suka la).Pastu labu rendam jap dalam air kapur.Last masukkan gula dan labu dalam periuk.Masak guna api kecil je.Boleh juga masukkan sikit air dan daun pandan bagi wangi.Ada orang masukkan bunga cengkih tapi aku kurenggg suka so aku tak letak bunga cengkih.

    Rabu, 4 Januari 2012

    FUTSAL DAN PASAR MALAM

    Sekejap je masa berlalu.Pejam celik dah tahun 2012..umur pun makin bertambah.Di qatar pada masa sekarang masih musim sejuk lagi tapi dah tak terlalu sejuk macam bulan lepas.Takde idea aku nak menulis arini..otak agak kosong ,ermmm mungkin sebab tak sarapan lagi kot.Oklah layan gambar2 tak seberapa semasa diadakan perlawanan futsal di kalangan rakyat malaysia yang tinggal di Qatar.Sempena perlawanan tu juga,diadakan pasar malam.Makanan macam2 dijual..bolehla hilang rindu pada pasar malam malaysia.Aku tak beli banyak sangat sebab harga yang dijual..adoiii boleh dikatakan mahal.so terpaksalah agak memilih dan beli yang betul2 rasa nak makan.Rasa...tak berani nak kata lebih2..terpulang pada tekak dan selera masing2 kot.Ramai juga warga2 malaysia yang datang..syok gak sesekali jumpa reramai camni.Laki aku dia macam biasalah..wajib masuk bertanding sebab memang kaki bola.Team my hubby dapat no 2..Pasukan lawan dia lebih muda dan bujang2 lagi.Team laki aku ni,semuanya dah kawin..umurpun semua 30 ke atas.Takpelah no 2 pun..main suka2 je untuk mengeratkan hubungan. banyak juga aku membebel..he..he..oklah jom layan gambar pulak.Aku guna hp dan kamera digital biasa jer...

     Yang tudung hitam tu..kak syam.busy dia sebab ramai serbu gerai.Aku beli kebab ayam (sedap wehhh) dan kue teow yang belum dimasak.Macam2 dia jual.murtabak,laici kang,air soya,mee goreng dan aneka kuih talam.



    Haaa ni gerai kak idah.Gerai yang mula2 sekali makanan licin.Dia memang femes dengan sate.Selain sate,dia jual kue teow dan mee goreng.

     Di tengah2 diorang letak khemah khas untuk sape2 yang nak makan disitu.Makan2 sambil lepak2 dan gossip2.



    Pasar malam tepi gelanggang futsal je.penonton ditepi padang yg terdiri dari rakyat2 malaysia. 


    Perlawanan sedang berlangsung.ni meja urusetia. 

    Ada juga gerai yang jual barang2 malaysia. 

    Macam2 gelagat yang membeli 

    Team laki aku sedang beraksi. 


    Ni lah my laling tercinta.cehhh badan makin tough sejak2 masuk gym ni.takleh jadi..aku kena lawan ni.dia nak gemuk..aku nak kurus.kita tukar ye laling...ha..ha..


    sesekali berjumpa..macam2 nak diceritakan.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...