Khamis, 30 Jun 2011

TART TELUR -resipi 2

Ambil masa untuk mengupdate jap.Menaip entry sambil dengar sinarfm..layan lagu2 yang cukup meninggalkan kenangan.Walaupun banyak radio,aku tetap suka sinarfm.Cuba juga buka radio lain..tapi memang tak boleh ngam dengan lagu2 baru sekarang ni.Tak boleh masuk langsung..entah apa2 punya lirik.Serabut kepala dengar lagu yang merapu meraban.Best lagu2 dulu2 juga..tapi itu atas selera halwa telinga masing2 ler.Kebelakangan ini,alhamdulillah aku berjaya mendisiplinkan diri untuk diet.Nasi dah jarang aku sentuh cuma kadang2 aku termakan juga yang berkalori tinggi tapi bolehla kawal berbanding sebelum ni..makan main tarammm je.Ni salah satu yang sering menjahanamkan diet aku..tapi anak2 suka sangat makan,kenalah juga buat.Kali ni aku cuba resipi dari myresipi yang guna kaedah tak bakar dulu pastri.Rupa2nya jadi juga sama macam kita bakar pastri separuh masak dulu.Aku ikut resipi ni sepenuhnya kecuali susu. Aku gantikan dengan susu segar...

TART TELUR
Sumber : zlinda myresipi
Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )

bahan utk crust :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur
bahan utk filling :
1 cawan susu cair-aku ganti susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air-aku ganti susu segar
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence

Cara-cara

Utk buat crust
-Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
-Masukkan butter. Sebatikan.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Uli hingga menjadi bentuk doh.
*cara aku..pukul telur dan gula sampai kembang.Pastu masukkan bahan2 lain.uli sampai jadi doh.oppss lupa pula..butter tu aku cairkan dulu.

Cara utk buat filling :
-Pukul gula dan telur.Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.

*Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.Bakar dlm oven. Aku guna suhu 170 celcius. Bakar sampai nampak agak2 dah kekuningan orange tuh masak la tuh! 


*Aku taip entry ni pagi tadi.tapi disebabkan masalah nak sign in..dah petang baru dapat publish.Nipun nasib baik baca di fb dan kak madiha guna google crome.Aku cuba guna google crome..alhamdulillah dah o.

ROTI BAWEAN

Ringkas,sedap dan mengenyangkan.So aku maless nak celoteh panjang..layann je resipi dari blog kak madiha.Sape2 nak tengok cara buat langkah demi langkah,bolehla pergi usha di blog kak madiha.Aku buat tergaring sikit..pasni akan cuba buat secantik yang kak madiha punya...

ROTI BAWEAN

Sumber : Kak Rossya, MamaFaMi & Aziz Sattar (Nona TV3)
copy dari : kak madiha
 
Bahan2 Kulit/Pastri (resepi Kak Rosya)
500 gm tepong gandum
200 ml + 2 tbsp air suam
50 ml minyak masak
½ tspn baking powder
½ tspn gula
¼ tspn garam

Bahan2 Inti (resepi Aziz Sattar)
400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit (MaDiHaA belah 4 supaya cepat empuk)
4 biji telur ~ direbus & buang kulit
1 gengam/1 pokok daun sup-hiris halus(aku x isi sbb takde)
½ biji bawang besar ~ potong dadu
1 tspn lada sulah
garam secukup rasa

Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti

Cara2 menyediakan

1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus. Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa. Ketepikan sebentar.

2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli. Campurkan garam & gula & gaul rata. Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas. Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.

3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji. Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.

4. Canai bebola menjadi bentuk bulat sehingga nipis seperti kulit karipap. (JANGAN CANAI TEBAL YER NANTI KULIT SUSAH NAK MASAK KAT BELAH DALAM MASA MENGGORENG!). Taburkan tepong di atas sebiji pinggan yang leper & letakkan doh yang dicanai tadi di dalam pinggan tersebut.Inti dibahagikan kepada 4 bahagian & masukkan 1 bahagian inti di atas doh yg dicanai tadi & ratakan . Canai lagi 1 bahagian bebola membentuk bulat yang sama saiz seperti yang pertama tadi & tangkupkan di atas inti tadi. Kemaskan bahagian tepinya & kelim tepinya seperti anda mengelim karipap. Susun Roti Bawean yang siap dikelim di atas plastik bersih yang sudah ditabur tepong. Ulangi proses yang sama utk semua bebola tadi untuk mendapatkan 4 biji Roti Bawean.
5. Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan. Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan. Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing. JANGAN GUNA API BESAR UNTUK MENGELAKKAN ROTI CEPAT HANGUS & MENTAH DIDALAM. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan.
6. Potong roti kepada 6 bahagian & hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.
 Hodoh sikit rupanya tapi yang penting...rasanya sedappp (untuk tekak family aku ler kan)

Rabu, 29 Jun 2011

RINDU SEMAKIN KUAT..

Bersiaran kembali setelah agak lama menyepi.Aku menyepi disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan.Aku ni memang jenis tak tahan panas..kalau panas memang cepat pening dan demam.Tapi tulah..dalam tak tahan panas,dah 4 tahun aku berada di negara padang pasir ni.Semalam genap 4 tahun aruah abang aku pergi.Rasa macam baru je kitorang bergurau senda.Terngiang ngiang lagi suara dia dan cara dia ketawa.Dia sentiasa gembira dan ketawa walaupun ada masalah.Bila rindukan dia..air mata aku akan mengalir.Rasa tak tertahan sangat2 sebab dialah insan yang paling memahami dan rapat dengan aku.Malam tadi tetiba aku teringatan dia.Aruah abang sangat2 penakut orangnya (sama macam aku lah tu).Masih aku ingat lagi..dulu tandas di luar rumah..ada satu haritu abang tak tahan kot nak membuang,masatu dalam lepas isya' .Biasanya memang dia takkan ke tandas malam2..tapi aritu dah takleh tahan kot.Masa dia dalam tandas, saja je aku ngan abah nak usik..kitorang baling batu kat bumbung tandas tu.Mencicit aruah abang aku lari keluar dari tandas..he..he..memang penakut sangat2.Tidur pun dia buka lampu.Bila teringat aku sedih sangat..macammanalah abang disana dalam keadaan gelap dan seorang diri? Semoga aruah ditempatkan bersama orang yang dikasihi.Satu lagi perangai aruah yang kadang2 menaikkan darah aku ialah dia suka letak katak.Aku ni nampak katak pun dah menjerit.Itu sebab dia suka sangat usik aku.Biasanya dia letak dalam kasut sekolah.Tapi ada satu haritu,aku sedang tido.Buka mata je..katak atas badan aku.Menjerit tak hingat dunia aku masa tu.Macam nak pengsan pun ada.kesian aruah kena marah ngan mak abah.Tapi bukannya dia serik..pastu dia buat lagi.Kadang2 dipegangnya katak pastu nak masukkan dalam baju.Tak cukup tanah aku lari..he..he..geram dan kelakar bila diingat ingatkan balik.Masa kenduri kawin aku..dialah manusia paling sibuk..mengalahkan abah la pula aku tengok..he..he..Itulah aruah abang aku.Lurus bendul,periang,kelakar,anak yang terlalu patuh ngan mak abah,abang yang sangat penyayang,suka kawan dengan orang tua dan suami yang terlebih mithali.Apa yang paling aku kesalkan sekarang..perangai isteri aruah.Dia dah berkahwin lain..aku tak kisahla sebab itu hak dia.Tapi aku kasihankan anak2 dia.Kesian budak2 tu sebab macam takde mak je.Mak sibuk dengan suami je.Dahla suami dia kerja tak tentu..Sekarang ni dia hanya harapkan duit kakak ipar aku.Tapi yang aku geram duit tu adalah duit socco aruah.Setiap bulan duit tu masuk untuk perbelanjaan anak2 aruah tapi duit tu dihabiskan pulak kakak ipar ngan laki baru dia.Anak2 aruah hari2 call nak balik tinggal ngan mak ayah aku.Tapi apakan daya..mak ayah aku dah tak larat dan sering sakit2.Sekarang ni,tiap2 kali cuti sekolah diorang lari balik umah mak ayah aku.kesian budak2 tu..hampesss punya bekas kakak ipar aku.Mesti aruah menangis kalau tahu.Aruah dulu nyamuk gigit anakpun dah marah inikan pula dibiar terabai.Anak sedara dua orang tu..sorang darjah 5 dan sorang lagi darjah 3..boleh bayangkan mak dia biarkan diorang naik bas berdua dari kelantan ke pahang..pompuan pula tu.Ma aku bagitau,buda2 tu kurus kering sekarang ni.Hanginnnn betul aku..Apa yang panjang sangat aku melalut ni..hmmm rindunya aku pada aruah.Terlalu banyak kenangan yang terindah.Hanya doa yang mampu aku kirimkan.

Rabu, 15 Jun 2011

LAYANNNN.....

Saje jer sesuka nak masukkan gambar kelas anak aku.Bulan ni last sekolah pastu mulalah diorang bercuti sampai lepas raya.Bulan 9 ni masuk musim baru pulak.Jap je masa berlalu.Bulan 9 ni along dah masuk year 2.Sepatutnya dia dah year 3 tapi disebabkan dia lahir hujung bulan 9..terpaksa masuk sekolah lewat.Sini untuk mula masuk sekolah mesti lahir sebelum 1 september.Aku masukkan gambar kenangan along year 1.Nilah kelas along..namanya hedgehog.Cikgu dia sah2 la minah saleh sebab sekolah tu british stream.Cikgu along yang seksi pakai skirt pendek tu.Mrs JUDonaldson.Yang pakai tudung tu orang malaysia..dia pembantu cikgu untuk kelas along.Sivik giler muka anak aku masa ni..Perasan tak semua budak kulit lebih kurang je.Dah tak tau dari negara mana2 sebab semua kulit terbakar belaka he..he..he..Sepatutnya ada dua keping gambar.1 posing ala2 sopan macam kat bawah..satu lagi gila2 punya gambar.Gambar yang gila2 sikit tu,aku tak jumpa la pulak.Nantilah aku masukkan kemudian

 Yang kat bawah ni contoh gambar veryyyyy happening punya.Sempoiii giler cikgu dia.Malaysia ada beraniii cikgu nak buat gambar sekolah camni??ha..ha..ha..

MEE BAKSO KUAH SAPI

Minggu ni,aku kurang berkesempatan nak masukkan entry.Adam demam sejak ari sabtu aritu.Puncanya kena panas.Iyelah..dah mama ngan abahnya bawa pi jenjalan tengah tengah hari buta..panas terik pulak tu.Si adam ni pulak jenis tak tahan panas langsung..itu sebab balik malaysia je,dia mesti meragam kalau dalam rumah panas.Kat umah nipun..24 jam on aircond budak kecik ni.Along pulak terbalik sikit..dia tak tahan sejuk.Kadang2 aircond punya pasalpun boleh gaduh dua beradik ni.Iyerlahh..along tak tahan sejuk..dia pilah tutup aircond.Si adik apalagi cepat2 tarik kerusi panjat pastu onkan balik.Selalunya adik yang menang sebab along jenis mengalah..he..he..cian along.Baru2 ni buat bakso.Bagi aku ngan cik abang..sedapppp.Boleh buat dan buat dan buatttt lagiii.Resepi aku ambil dari blog kak ina kl.Aku tak ikut sejibid macam kak ina sebab aku tambah rempah sup.Biasalah,nak masak apa2 kena ikut selera anak tekak sendiri kan.Aku biasa makan bakso member indonesia buat,tapi tak berapa kena dengan tekak sebab rasa macam hanyir2 sikit.Itu sebabnya aku isi rempah sup dan alhamdulillah sedap di tekak aku.Aku buat simple je dan tak isi sayur sebab kat umah ni kurang peminat sayur.
 
BAHAN2
60g sawi - celur dan dipotong (aku x isi) 
60g mee kuning - celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup - x de aku ganti daun bawang

Untuk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu-aku guna kiub
4 ulas bawang putih - cincang-aku  tumbuk
1 sudu makan kicap cair-aku x isi
1 sudu makan batang saderi - cincang
1 sudu makan minyak - utk menumis
1 sudu teh garam
1 sudu makan rempah sup
1 inci halia - tumbuk(aku tambah)
Untuk Bebola Sapi@Bakso
400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan (tak ikut)
Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato - ( tak letak)
kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)
Bahan sampingan
bawang goreng serta sambal kicap.
Cara-cara
Untuk membuat bebola sapi@bakso
Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. 

Untuk membuat kuah
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga harum, masukkan air rebusan/kiub pati lembu,rempah sup, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Yang ini untuk sikecik adam..so kosong je lah yerrr

Untuk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato dan juga kicap manis. Hidangkan.Aku tambah sambal kicap.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Sabtu, 11 Jun 2011

KERABU NANGKA

Esok dah hari sabtu..jap je kan masa berlalu.Tak sabar nak tunggu bulan 8,jumpa insan2 yang amat2 aku rinduu..bukan sedikit rindu yang ditanggung.Setahun sekali je balik kampung dan jumpa diorang.Kalau masa masih bekerja di Malaysia..paling2 koman,dua minggu sekali mesti aku balik kampung..tepon hari2.Ni dah tinggal jauh..dapat balik setahun sekalipun,dah rasa syukur sangat2.tepon seminggu sekali..nak tepon hari2,mmm paham2 jelah kosnya.Anak2 aku liat la pulak diorang nak tido arini.Dah 11 lebih masih main kejar2 dua beradik.Adoiii mama ngantukla anak2 oiii.Esok kita ajak abah pi jalan2 ekkk..tido cepat yeee.Oh ya..berpatah balik pada tajuk diatas.Kerabu ni peberet aku tapi sukatan yang sebetulnya takleh nak bagi sebab aku main agak2 je..sorryyy yee

KERABU NANGKA MUDA

BAHAN2
Nangka muda-buang kulit,potong kecil,direbus empuk
santan
lada hitam-tumbuk halus
ikan kembung-bersih,bakar dan ambil isinya tumbuk halus
beberapa ulas bawang merah-hiris/mayang nipis
halia-hiris halus memanjang
cili api-hiris halus
serai-hiris halus
kerisik
air limau nipis
garam,gula dan perasa

CARA2
-Masukkan lada hitam,ikan yang ditumbuk halus,bawang merah,halia,cili api,serai dan air limau nipis.Gaul sebati
-Masukkan pula nangka muda,santan,kerisik,garam,gula dan perasa.Gaul sebati(aku ramas sikit nangka tu)Boleh hidang
*Lada hitam tu bagus untuk buang angin
*Sesetengah orang selepas rebus..ramas buang air nangka muda tu.Tapi aku lepas rebus letak dalam penapis bagi air kering sikit.Tak ramas sebab nangka sini jenis lembut/lembik
*ikan tu kalau taknak bakar..boleh je rebus.

Khamis, 9 Jun 2011

HAKKA CHEEN LOONG PAU

Musim panas di Qatar semakin menghampiri puncaknya.Malam2 pun panas bukanmain.Aircond dalam bilik buka 19c pun tak terasa kesejukannya.Yang paling aku tak tahan air paip..panas siap berasap.Terpaksalah aku isi air dalam baldi dulu..dah sejuk sikit baru bagi budak2 ni mandi.Kalau bulan puasa ni,paling kesiam laki aku la..kerja dalam panas terik.Bulan puasa memang dah selalu ada member dia yang pitam dan tak berpuasa.Bukan sengaja tak berpuasa tapi cuaca terlalu panas menyebabkan ada antara member laki aku buka puasa pastu ganti balik selepas musim panas habis.Cuaca panas sini tak macam malaysia.Panasnya jenis yang terik(macam duduk tepi api) pastu jenis kering.Kalau di malaysia..panasnya jenis melekit badan dan bila angin akan terasa sedikit sejuk.Sini pulak..kalau angin..fuhhhh lagilah terasa kepanasannya.Pedih kulit2 wehh.Sibbaik laki aku bulan puasa ni kerja sampai pukul 12 tengah hari je.Alhamdulillah kerja negara ni..bulan puasa dia bagi separuh hari je.Gaji macam biasa jugak.Banyak pulak terbebel..oklah layan resepi yang aku ambil dari blog kak madiha.Dah lama buat sebenarnya tapi hari ni baru berkesempatan untuk masukkan dalam blog..aku saja buat nipis.Teringat tahun lepas masa balik kampung,aku jadi ketagih dengan kuih ni.Rasa hari2 nak pergi bakery dalam Giant Putatan.Sedappp sangattt

Source : Aunty Yochana
http://auntyyochana.blogspot.com/2006/08/hakka-cheen-loong-pau.html

Ingredients for the skin:

200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:

Mix all together:

100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

Method:

(1) Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.
(2) Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.
(3) Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.
(4) Leave to proof for another 45 mins.
(5) Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides.

Rabu, 8 Jun 2011

MANUSIA SETAN..

Mula2 aku ingat nak letak manusia binatang sebagai tajuk..tapi bila difikir fikirkan balik..binatang pun ada perasaan sayang.Contoh terdekat kucinglah kan.Bila baru je lepas beranak,cuba korang pergi dekat dan pegang anak2 dia.Sah sah tak lama pastu dia bawa anak2 dia nyorok tempat lain.Kenapa tajuk aku kasar bunyinya????tengok gambar dibawah dah cukup untuk membuktikan ada sesetengah manusia yg memang takde perasaan dan hati perut.Gambar kat bawah ni aku dapat dari member di Facebook.Gambar baby yang baru2 ni menggemparkan seluruh negara..dicampak hidup2 dari tingkat 5.Mula2 tengok gambar ni,menitis air mata aku.Tak sanggup rasanya nak tengok lama2.Ya Allah ..mana hilangnya perasaan orang yang buat ni.Hmmm itulah bila bertuankan nafsu.Umur 13 dah bangga takde dara..bilalah nak kuatkuasakan undang2 terhadap orang yang buang bayi ni.Kalau aku jumpa setan ni (tak layak panggil manusia)..aku akan letakkan dia dengan mayat bayi ni dalam satu bilik.Biar dia berdua je dan aku nak tengok apa perasaan dia lihat keadaan baby yang sangat teruk kecederaannnya.Kalaulah dapat ditangkap setan ni..tunjuk je muka dia disurat khabar dan tv..takyah nak kabur2kan walaupun bawah umur..Kalaulah tak mahu baby ni,apa salahnya letak je depan rumah sesape...insyaallah ramai yang nak.Setannnn punya manusia.

Insyaallah..tiada kesakitan dirasai baby ni.Dia masih belum ada dosa..pasti Allah memeliharanya daripada azab kematian.Al fatihah.

Selasa, 7 Jun 2011

ROTI CANAI TELUR

Panas..panas..panas..debu..debu..mmm ini belum masuk bulan puasa lagi.Aktiviti di musim panas..lepakkking dalam rumah.Makin menggebu lah nampaknya aku yang sememangnya dah gebu ni.Bila nak kurus ni weiiii.Sebut nak kurus..sarapan pagi ni memang ubat yang amat2 mujarab untuk kurus...iyelahh tu su,ubat kurus kemenda kalau melantak banyak..ha..ha..Ambikkk ko..Roti canai pastu ditambah pulak dengan telur.Sarapan yang cukup simple dan mengelakkan pembaziran yang aku jumpa dari blog kak ann periuk tanah.Sape2 yang beli roti canai pastu ada lebih boleh buat resepi ni.Iyelah..roti canai bila dah lama sejuk kan keras ketung semacam je so make overkan dia dengan telur..memang sodap.Roti canai kembali lembut dan lemak tepu di badan akan bertambah dengan jayanya.

ROTI CANAI TELUR
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)

3 keping roti canai
3-5 biji telur -(ikut saiz roti canai)
2-3 labu bawang besar (ikut saiz bawang) -lagi banyak bawang lagi sedap
1 biji cili merah dihiris nipis
garam secukup rasa
minyak secukupnya
CARA2
1. Belah dua bawang besar dan kemudian hiris melintang nipis-nipis. Masukkan ke dalam mangkuk. Pecahkan kesemua telur dan masukkan sedikit garam. masukkan juga cili merah yang dihiris tadi. Kacau dengan garpu hingga berbuih dan sebati.
2. Panaskan kuali. Letakkan 1 sudu teh minyak masak. Gunakan api perlahan. Letakkan sekeping roti canai dan biar panas 1 minit.
3. Terbalikkan roti. Sapukan bancuhan telur hingga sekata. Terbalikkan roti supaya bancuhan telur masak. Sementara tu, sapukan bancuhan telur di bahagian kedua. Terbalikkan lagi dan biar masak. (lagi banyak telur dan bawang lagi sedap). Renjiskan minyak lagi jika perlu.
4. Setelah kedua-dua bahagian roti masak, bolehlah diangkat dan digunting empat persegi kecil sebelum dihidangkan.
Taraaa..dah siap.makan camtu pun ok,tapi aku cicah dengan kuah dhal..

Isnin, 6 Jun 2011

GULAI AYAM + NANGKA MUDA

BAHAN2
Nangka muda- buang kulit,potong kecil dan celur dgn sikit garam. Toskan.
1 ekor ayam
1camca besar kerisik
santan
2 keping asam keping
Garam,gula dan serbuk perasa
BAHAN2 DIKISAR:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit cili kering/1 sudu besar cili kisar-optional
BAHAN2 LAIN:-
1 ulas bawang putih-mayang
2 biji bawang merah-mayang
bunga lawang,cengkih dan pelaga
1 batang kayu manis
2 camca besar serbuk kari ayam/daging
1 keping hirisan lengkuas-ketuk

Cara-cara

-Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan..gaulkan dengan serbuk kari.ketepikan.
-masukkan lebih kurang 2 sudu besar minyak kedalam periuk.Panaskan.Bila minyak dah panas masukkan bawang putih dan merah yang dimayang,bunga lawang,cengkih pelaga dan kulit kayu manis.Biar sampai layu dan berbau  harum pastu masukkan bahan2 kisar.Biarkan sampai naik minyak.
-Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam sedikit kecut, masukkan nangka,lengkuas diketuk dan asam keping, gaul lagi.Ambil santan(agak2lah..kalau suka kuah lebih isi banyak sikit..kalau suka pekat,kurangkan santan) masukkan.
-Last sekali,masukkan kerisik, gula, garam dan serbuk perasa.Biarkan mendidih jap pastu boleh tutup api.Lupa nak bagitau..selepas masukkan santan..kacau sentiasa sebab takut nanti 'berkepala'...kari jadi tak cantik.
 

Jumaat, 3 Jun 2011

LIGHT CHEESE CAKE

Minggu memerap didalam rumah.Abang masih terpaksa bekerja walaupun hari cuti kerana projek masih belum siap.tak kisahla..Nak merayap mana sangat qatar ni.Negara Qatar ni kecil je..tambah2 musim panas ni.Baik duduk dalam rumah  lagi best sebab ada aircond.Mungkin malam esok keluar jap cari barang2 dapur.Masa usha blog Hasue..aku terskodeng resepi cheese cake ni.Apa lagi..terus mulakan projek.Aku ngan anak2 memang hantu cheese cake tapi kalau abang..hmmm.Tak payahla hulur apa2 kek,muffin dan apam pada dia.Sebelah mata pun tak pandang.Betul kata Hasue..sedappp dan cara2 nak buat pun senang je.Sama macam buat slice cheese cake..

LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar).*Aku bakar cara kek biasa je
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Sangat sangattttt gebusss

Khamis, 2 Jun 2011

COMEL JERRR..

Blog aku macam bermasalah je..kalau buka,lambat sangat loadingnya pastu keluar sekerat sekerat je.Blog aku yg masalah atau line tenet kat umah ni yang slow?Sesape yang terrrbuka blog aku ni..boleh tak bagitau samaada masa korang buka, laju atau slow?Pastu keluar penuh atau cuma entry je semata mata (yg sebelah kanan jadi kosong).Tolong bagitau ye..tima kasih banyak2.Comel kan gambar kat bawah ni..nilah tong gas di qatar.Mula2 nampak aku macam pelik jugalah sebab di rumah ni aku guna dapur elektrik.Sekali tengok ada di hypermarket Kabayan letak tong gas ni di luar..terus aku ambil gambar sebab rasa cunnn la pulak tong gas ni.
Ni yang saiz besar..diorang letak di rak bawah
Haaa..ini yang saiz kecil.Rak atas.Comell kan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...