Selasa, 31 Mei 2011

HOMEMADE KUEY TEOW

Projek yang lama nak buat tapi asyik tangguh je..semalam aku nekad nak buat juga.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Di Qatar kuey teow yang kering ada dijual tapi made in thailand dengan filipina..jadi macam tak berapa syokkk nak makan.Rupa2nya taklah susah mana nak buat kuey teow ni tapi takler secantik yang kat malaysia tu.Diorang buat putih bersih dan berkilat semacam je(tambah2 yang bukan melayu punya).Korang apa kata rajin2lah buat sendiri sebab sekarang ni banyak sangat benda2 yang tak berapa 'elok' dalam makanan2 yang dijual.Buat sendiri puas hati dan terjamin kebersihannya...tapi bergantung kepada masa dan kerajinan lah kan.Oklah,kali ni aku cuba resipi dari umi e myresipi.Jom sama2 skodeng keyyy..

KUEY TEOW
Bahan-bahan ( satu kilo )
350 tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telor
200 ml air
tepung ubi secukupnya
minyak secukupnya
air untuk merebus
garam secukupnya

Cara-cara
1. Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)

2. Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih

3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)

4. Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)

5. Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis

6. Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)

7. Terus memotong sehingga adunan habis

8. Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)

9. Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan .Prosesnya sama macam buat mee kuning.

10. Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)

11. Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan

Rabu, 25 Mei 2011

BILA TUKANG MASAK SAKIT...

Pening2 lalat pulak arini.Nak masak memang tak berdaya sangat untuk berdiri lama2..so alternatifnya,order je untuk lunch arini.Kalau fastfood ni..apalagi,pizza jelah sebab mengenyangkan.Mamat yang hantar pizza tadi siap bagi 2 mainan sebab dia kata regular customer.Macam peerrrli je sebab rajin mengorder..he..he..Tapi mamat delivery tu memang kalau hantar pizza je mesti bagi mainan kat anak2 aku.Sekali bagi mesti dua sebab dia tau aku ada dua hero.


Budak kecik yang tak mandi lagi.Rajin betul dia berposing sekarang.


along belum balik sekolah..pizza aku yg punya

ONDE-ONDE / KUIH BOM KELEDEK

sumber : kak besah myresipi
INTI KELAPA:
2 biji kelapa parut - ambil putih saja, kalau dpt yg agk muda lg bagus
4 ketul gula kabung @ 250 gula merah
gula pasir secukup rasa
3 helai daun pandan, dicarik & disimpul
1/2 sudu teh garam
ADUNAN KULIT:
1 kg ubi keledek - direbus empuk, dibuang kulit
3 cawan tepung pulut
2 cawan @ lebih tepung gandum. ikut kelembapan keledek
1 sudu teh mumbung garam halus
bijan & minyak utk menggoreng secukupnya
Cara-cara
1.masak gula kabung @ gula merah dgn secawan air hingga larut. then tapiskn ke dalam kuali. campurkan kelapa parut, garam & daun pandan. tambah gula pasir hingga cukup kemanisannya. kacau atas api hingga kering.
2.bila inti tlh sejuk, bulat2 kn dgn cara menggenggamnya dgn kuat supaya padat- ketepikan.
3.lenyek keledek & garam menggunakn pnekan burger/senduk hingga hancur.
4.campurkan kedua2 jenis tepung ke dalamnya & diuli hingga menjadi doh yg kental. tambah tepung gandum jika perlu.
5.ambil segenggam doh,leperkan & masukkan inti. kelim kemas2 lalu digolek2kn di atas bijan. buat hingga habis
6.masukkan minyak yg banyak ke dalam kuali & aturkan onde2 kedalamnya. setelah itu baru lh nyalakan api dapur. tujuannya supaya bijan x tertanggal dari kuih. seterusnya goreng lah hingga masak.

Isnin, 23 Mei 2011

BILA SANDSTORM MELANDA....

Sakitnya mataku memandang balkoni.Kalau sandstorm melanda..pagi2 terpaksalah bersilat di balkoni.Kadang2 malas rasa nak membasuh sebab basuh bersih2 pastu tak sampai sejam mesti berdebu balik.Adoiii..kalau tak basuh pulak,semak mata memandang.Pagi semalam baru je basuh dan bangun pagi ni...

Cukup tebal debu pagi ni..sibbaik semalam letak kain bawah pintu.Kalau tidak,habis masuk rumah.



Dekat dengan tingkap pun tebal semacam.Sibbaik tingkap diorang pasang penapis debu.Kalau tidak..habislah.

Sabtu, 21 Mei 2011

AYAM MASAK SOS

12.42 pagi.Mata aku tak mengantuk lagi.Pehal entah aku ni..susah betul nak tidur.Hari2 macamni..paling2 awal aku tidur ,dalam pukul 12.oo.Oleh sebab tak boleh nak tido..aku masukkan dulu satu entry..tapi masakan ringkas2 je lah.sesuai untuk bebudak sebab tak pedas.

BAHAN2
ayam-potong kecil2
tepung jagung
lada sulah
2 ulas bawang putih-dadu halus
1 biji bawang besar-dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
nanas,lobak dan sayuran(ikut suka masing2)
garam,gula dan perasa

CARA2
-Gaulkan ayam dengan lada sulah dan tepung jagung (agak2 lah ye).Biar sampai bersalut.Panaskan minyak dalam kuali,goreng ayam yang dah bersalut.Jangan terlalu garing..
-Dalam kuali yang sama..tapi buang sedikit minyak gorengan tadi.Tinggalkan minyak dalam anggaran 1-2 sudu besar.Panaskan minyak pastu masukkan bawang besar dan bawang putih..biar sampai layu pastu masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram dan sos ikan (kalau suka berkuah,masukkan air sikit)biar mendidih jap..masukkan sayur sayuran,ayam yg dah digoreng tadi,garam,gula dan perasa.Biar sebati dan sayuran masak..tutup api dan bolehla dihidangkan.


Ni gambar selingan.Pagi2 dah bermasam muka.Puncanya???adik nak tengok kartun spongebob tapi abang tutup tv sebab dah lewat nak pergi sekolah.Masing2 pandang arah lain sementara nak tunggu bas sekolah.Tapi bila masuk rumah je..adik bising cari along.Ha..ha..tau rinduuuu

Jumaat, 20 Mei 2011

SOTONG GORENG KUNYIT BERLADA

Alhamdulillah abang dah kurang sibuk.Harini dengan esok cuti.Kebiasaannya arini kitorang lepak dirumah je sebab kekangan masa.Di qatar,arini..kedai2 dan pasaraya ditutup dari jam 12 tengah hari sampailah pukul 4 petang.Tak berapa best sangat nak merayap.Esok..macam biasa..Aktiviti merayap dan mengabiskan duit.Musim2 panas ni,biasanya pergi pasaraya je lah kot.Tak kuasa nak jalan2 kat luar..panas wooo.Hmmm layan resepi dari kak Azlina terminal hijarah ni.Tapi yang akak azlina buat lagi best sebab ada petai.Aku kat sini petai ada dijual di satu kedai ni..tapi agak jauh dari rumah.Kadang2 je lah adanyapun.Harganya...mahal gilerrr.Tak kisahlah harganya tapi yang sebenarnya aku nak bagitau..kitorang laki bini tak makan petai.Anak2 aku lagilah tak sentuh.Tempoyak pun kitorang takleh masuk.Mak ngan abah aku cukup marah sebab dalam keluarga,aku sorang je tak makan petai ngan tempoyak.Buat malu keturunan perak diorang kata..he..he..

sumber:kak azlina
SOTONG GORENG KUNYIT BERLADA
BAHAN BAHAN
1 kg sotong putih
2 papan petai (diambil isinya)-aku tak isi
3 biji ubi kentang dikupas & dihiris nipis
3 biji tomato dibelah 4 setiap satu
2 biji cili merah dihiris memanjang
1 labu bawang besar dihiris bulat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar gula
Garam (jika perlu)
BAHAN YANG PERLU DIKISAR
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
10 biji cili padi

CARA MEMBUATNYA
-Sotong dibersihkan seperti biasa & ditoskan terlebih dahulu.Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit secukupnya & serbuk lada sulah dan ketepikan dulu
-Panaskan minyak anggaran 2 senduk besar dalam kuali dan goreng ubi kentang sehingga empuk, angkat & ketepikan dulu
-Goreng pula sotong dengan api yang kuat sehingga masak dan terus angkat sotong, jgn goreng lama sangat
-Dengan lebihan minyak yang ada, tumiskan bahan kisar sehingga naik aromanya, masukkan sos tiram & sos ikan dan gaul sebati
-Masukkan tomato, cili merah & bawang besar diikuti isi petai dan kacaukan sebentar
-Terakhir baru masukkan sotong goreng tadi, kacau sekejap & masukkan ubi kentang, gula & garam secukup rasa, kacau2kan lagi biar rata.Apabila sudah bergaul rata, boleh la ditutup api & sedia untuk dihidangkan

Warna kurang menarik sebab kunyit sini,isi banyak pun tetap pucat je kuningnya.Sedih betull

Isnin, 16 Mei 2011

AYAM 3 RASA

Selesema kembali menyerang..cuaca pulak bertambah tambah panas.Tengah hari dah cecah 48 celcius.Memasak pun dah mula kena buka aircond dalam dapur.Yang kat ruang tamu..24 jam aircond terpasang..mana taknya,rumah aku betul2 mengadap matahari terbit.Pukul 5 pagi dah cerah..6 pagi pulak dah terasa bahang kepanasan.Takleh nak menceceh panjang harini sebab nak kena masak dan kemas rumah awal sikit harini kerana jap lagi ada maintainance nak datang.Arini projek nak buat sate untuk makan petang..

AYAM 3 RASA
sumber:Kakasma

Bahan2:
Isi ayam...potong kecil
1/2 biji lada bengala warna merah,kuning...(kalau tak de lada merah /hijau pun ok)
1biji bawang besar-potong bulat
3 biji bawang merah tumbuk halus
3 ulas bawang putih(cincang halus)
1/2 inci halia hiris halus
1 btg serai dititik
3 sudu cili kisar
cili padi-aku tambah
1/2 biji nenas hiris kecil2
1/2 btg lobak merah juga dihiris
3 biji putik jagung
bunga kobis dan tomato
daun limau purut
1 sudu sos tomato,sos cili,sos tiram,sos ikan dan sedikit kicap
garam dan sedikit perasa dan gula
tepung jagung sebagai pemekat

caranya:
-ayam yang telah dihiris nipis tadi,lumurkan dengan sedikit lada sulah dan tepung jagung.
panaskan minyak dan goreng sebentar ayam tadi.tos dan ketepikan.
-dalam kuali lain panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang ,bawang putih,halia hingga layu.masukkan cili kisar dan serai.kacau lagi ,kemudian masukkan kesemua sos dan kicap,garam dan perasa serta sedikit gula.
-masukkan ayam,cili padi dan sayur sayur, dan tepung jagung.kacau sebentar,masukkan daun limau purut. matikan api dan bolehlah dihidang...

Rabu, 11 Mei 2011

AYAM MADU NASI KANDAR

Matahari dah terik walaupun baru pukul 6 pagi di Qatar.Semalam tengah hari dah cecah 45 celcius.Baru2 ni kawan aku ada buat kenduri aqiqah pastu salah satu menu kat umah dia adalah ayam madu nasi kandar.Menu ni bukan tuan rumah yang masak tapi member aku yang lain..biasalah bila kenduri masing2 tolong bawa masakan sorang sikit.Kena la pulak dengan tekak aku..so dengan tak malunya aku minta resepi.Tapi resepi dia bagi main agak2 je sebab yang masak ni suami dia.Member aku ni orang johor..suami orang penang.Disini aku kongsikan resepi tu.Aku dah masukkan sukatan sikit2..bolehla sape2 nak cuba.Apa2pun tima kasih kat kawan aku nora dengan kimi..

AYAM MADU NASI KANDAR
BAHAN PERAP
bwg besar-1biji utk sekor ayam(aku guna ayam 800 gram)
bwg putih-4 ulas
halia-1 inci
garam
gula
-Bahan2 diatas kisar dan perap dgn ayam at least 4 jam sblm menggoreng, warnakan ayam dgn pewarna merah oren(aku letak pewarna kuning campur merah sikit) gaulkan dgn tepung jagung dan goreng.... (make sure kuali x lekat ya..kalau x nanti hasil gorengan x cantik) .Angkat..tos dan ketepikan

BAHAN TUMIS
serai-dalam 2 batang(ketuk2 sikit)
daun kari-3 pelepah(lagi banyak lagi wangi)
daun pandan-xde stok so aku letak esen pandan sikit
bawang besar-1-2 biji(hiris bulat)
cili api-ikut pedas masing2(potong kecil2)
cili hijau-potong serong atau dadu panjang
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
BAHAN2 LAIN
sos tomato-1 sudu besar
sos cili-1 sudu besar
garam
gula
madu-dalam 3-4 sudu besar
- Masukkan minyak(dalam 2 sudu besar) dalam kuali pastu tumis bahan2 tumis sampai layu dan naik bau..
-masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula .Setelah nampak mendidih sikit.. masukkan ayam dan gaul sebati.Kalau suka berkuah,masukkan sedikit air.
-Last sekali ,matikan api dan biarkan ayam agak2 suam2 kuku barulah dijirus dgn madu dan gaul lah biar rata.. Madu tu pandai2 agak.Sape kurang suka manis bolehla kurangkan penggunaan madu


Sedia untuk di ngappp....
Masih dalam kuali





Isnin, 9 Mei 2011

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES

Aduhhhaiii..makin bertambah panas sekarang ni.Pukul 7 pagi pun dah terasa kepanasannya.Selepas hantar anak sekolah,cepat2 masuk rumah.Musim panas ni memang asyik dalam rumah jelah.Tak sanggup rasanya menahan terik matahari diluar.Ini baru panas dunia..dah tak tahan.Kalau panas akhirat???Dah masuk musim panas ni,anak2 kerap demam.Adam sekarang tengah demam..tapi alhamdulillah anak2 aku jenis tak manja.Demam atau sakit diorang tak merengek rengek sangat..lasak semacam je.Oklah..banyak pulak aku menceceh..layan kek kukus yang sangat besttt ni.Bila lagilah agaknya aku dapat buat sebab stok hawflakes dah habis.Kena tunggu balik malaysia untuk dapatkan stok baru.Aku buat separuh dari resipi...takut tak habis.Tapi rupa2nya hero2 ni suka la pulak.

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES


sumber:myresipi


Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
1 sk rata baking powder*
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara


1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.


2.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.


3.***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. Guna hawflakes yg kecil2 tu pastu stok pun tak banyak...jadi susunan berterabur sikit

Sudah masak je bebudak ni merengek rengek nak makan.Terpaksalah potong walaupun masih panas.Kan dah tak lawa..bergerigi je potongan kek tu :(

Jumaat, 6 Mei 2011

KENTANG PUTAR

Bahan-bahan
5 biji kentang di buang kulit dan di potong
1 sk lada hitam-tumbuk halus
sedikit fresh milk
1 sudu kecil butter
Cara-cara
1.Rebus kentang .Setelah empuk toskan air,lenyek sampai hancur sambil masukkan semua bahan2 lain.Sape2 nak cepat tu,lenyek sikit2 pastu guna hand mixer putar hingga kentang jadi halus...dalam proses putar tu,masukkan bahan2 lain sampai dapat texture yang diingini.Susu tu agak2lah..jangan terlalu banyak nanti lembik pulak

SOS KENTANG PUTAR
sumber :myresipi
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam-aku tak isi sebab stok ayam dah masin

Cara-cara
1.Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3.Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5.Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

SARDIN PUN SOOOODAPPP.....

Dah jumpa balik cuti hujung minggu.Aku minggu ni masih terperuk dalam rumah sebab abang masih sibuk dengan shutdown.Ikut perancangan minggu depan last sibuk..wahhh tak sabar rasanya nak tunggu minggu depan.Bila abang dah tak sibuk..ini bermakna masa untuk kitorang merayap dan bershopping.Sape tak suka shoppingggg..tipulah kan.Dalam kepala ni dah ada perancangan nak menghabiskan duit..sabar..sabar..seminggu je lagi.Hmmm..umah aku ni banyak betul stok ayam dalam peti sebab abang dengan anak2 kurang makan ikan.Kalau beli ikan..aku sorang jelah makannya..sedihnyalah.Along makan ikan tapi memilih..ikan yang mahal2 dan banyak isi sikit macam siakap,kerapu,ikan merah dan ikan bawal hitam.Semalam dek kerana jemu dan kepala otak aku dah beku tak tahu nak masak apa lagi ayam...last2 aku belasah sardin.Sedap juga sesekali belasah sardin ni.Along dengan adik taknak makan nasi semalam..so aku buat pizza dengan kentang putar untuk diorang.Layan menu sardin jelah hari ni ye..pssstttt walaupun sardin tapi abang siap menambah nasi..he..he..aku???masih proses diet,so tak makan nasi.

BAHAN2
sardin
2 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
sediki halia-tumbuk
cili api-ikut kepedasan masing2
air asam jawa
1 biji bawang besar-potong bulat
ubi kentang-potong sederhana tebal
air-sape suka berkuah
garam dan perasa

CARA2
-Panaskan minyak..goreng sekejap ubi kentang sampai agak garing/empuk yg dalamnya tu.Angkat dan ketepikan dulu.
-Dalam kuali dan menggunakan minyak yang sama,masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai berbau harum pastu masukkan air asam jawa.Masukkan sardin..sape suka berkuah,masukkan air sikit.Last masukkan kentang,bawang besar,garam dan perasa.Biar kejap..pastu boleh tutup api.Makan ngan nasi pun sooodapp


Haa..ini fresh dari kebun balkoni aku.Senang..rasa nak makan sayur je..cabut sikit.Pastu masak.Masih banyak lagi dalam pasu..esok2 la pulak aku pikir nak buat apa dengan sayur tu.Kucai dengan bendi pun dah banyak.Esok kena petik juga bendi tu sebab kalau tua keras la pulak nanti.


Buat sup sayur bodo je semalam.Isi ayam sikit untuk aku makan camtu je tanpa nasi.

Khamis, 5 Mei 2011

AYAM KICAP AROMA

Banyak hari tak masukkan entry..biasalah masa untuk melepak dan bersantai santai depan komputer ni agak terhad apabila anak2 meragam.Along demam..biasalah musim2 panas ni.Si adam pulak,entah apahal la sehari dua ni meragam betul.Manja dan teramat amat kuat mengamuk..sabarrr jelah.Resepi ayam ni aku jumpa masa skodeng dapur kak Ann periuk tanah.Tengok bahan2 pun dah terliur..apa lagi,terus jalankan projek sebab kebetulan bahan2nya pun mudah dan ada dalam peti aku.Beku pulak idea nak menulis arini..mana taknya menaip sambil si adam ni atas riba.Layan resepi yang besttt dan sedap ni,,,

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 ekor ayam anggaran 1 kg- potong kecil
sedikit garam dan kunyit
minyak untuk menggoreng ayam
5 ulas bawang putih dihiris atau diketuk sedikit sahaja
1 inci halia- hiris halus
2 batang serai- diketuk atau dipotong serong panjang 1 inci
1-2 sudu besar sos tiram
sedikit lada sulah
3 sudu besar kicap manis- ikut citarasa
2 labu bawang besar dihiris ikut citarasa- banyak lagi sedap
10 helai daun limau purut dihiris halus- banyak lagi sedap
2 biji cili api-potong kecil2(aku tambah)
1 sudu makan cili kisar (aku tambah)

Cara membuatnya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kuyit. Goreng separa garing dalam minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.

2. Masukkan 5 sudu besar minyak gorengan tadi ke dalam kuali lain. Tumis bawang putih,cili kisar dan halia hingga wangi. Masukkan serai, kicap manis,lada sulah dan sos tiram. Tambah sedikit air dan didihkan.

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan bawang besar yang dihiris,cili api dan daun limau purut. Gaul rata dan tambah garam jika belum cukup masin. Sedia dihidang bersama nasi panas..... Aku masukkan air lebih sikit sebab nak berkuah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...