Selasa, 29 Mac 2011

CREAM PUFF/PASTRI CHOUX



ADUNAN PASTRI CHOUX
Sumber : Chef Noraini Sidek



BAHAN-BAHAN:

250ml air 125gm tepung gandum

secubit garam

100gm mentega

3 biji telur

1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:

1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.

3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.

4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.

5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.

6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.

7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.

8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai. Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.


CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:

1 tbs tepung gandum

1 tbs tepung jagung

3 tbs gula castor

1 cup susu segar

1 biji telur gred A

1 tbs mentega

CARA-CARA:

1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.

2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.

3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.

4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.

5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

Isnin, 28 Mac 2011

SELAMAT DATANG...MUSIM PANAS

Masuk sahaja musim panas..pokok di atas tu akan mula berbunga.Rasa2 korang pokok apa ni yee??? yuppp betullll.....pokok kurma.Tak lama lagi berlambak lambaklah kurma disepanjang jalan.Dalam community sekitar rumah aku ni pun banyak.Itulah yang herannya..bila dah duduk negara arab ni..tak teringinlah pulak nak menjamah buah kurma muda dan fresh. Sedangkan kurma tu boleh ambil free je.Dah selalu sangat jumpa kot
Ni gambar dekat sikit..macam inilah rupanya bila pokok kurma mula berbunga.Yang ini pokok kurma spesies bantut he..he...Rendah giler pokoknya..budak2 pun boleh capai ambil.Gambar ni aku ambil depan umah kawan (umah pok za).

LABU MASAK LEMAK CILI API

Masakan yang cukup ringkas dan senang je.Semua main lebur je dalam periuk.Labu ni kalau sesape yang banyak angin dan sakit urat tu...boleh pandang je lah kot.Macam aku ni..memang takde apa2 pantang.Semua main belasah je makan..alhamdulillah takde apa2.Sesape yang 'alah' dengan labu ni tapi teringin nak makan..cubalah isi lada hitam sikit. LABU MASAK LEMAK CILI API

BAHAN2

Labu-1/2 biji (potong kecil)

cili api-6 biji-tumbuk

santan

serbuk kunyit

3 biji bawang merah-tumbuk

1 sudu teh lada hitam-tumbuk

serai-x isi pun ok (ketuk)

sedikit ikan bilis

garam dan perasa

sedikit air/santan cair

CARA2

-masukkan air/santan cair,labu,serai,serbuk kunyit dan bahan2 yang ditumbuk kedalam periuk.Panaskan api dan biar kejap sampai labu agak empuk (jangan sampai lembik..nanti labu hancur)


-Nampak je labu tu agak empuk..masukkan santan,ikan bilis,garam dan perasa.Perlahankan api supaya santan tak 'berkepala'..biar mendidih kejap.Nampak labu tu empuk je..tutup api.siappp

Jumaat, 25 Mac 2011

IKAN KERAPU SOS LIMAU PURUT

sumber : Dr Liana
bahan2:
1 ekor ikan siakap/kerapu
bawang putih - cincang halus
bawang besar - chopped
halia seinci - hiris halus
4 sudu makan cili boh/cili kisar
4 sudu sos ikan Namphla
3 sudu sos tiram
daun limau purut 4 helai - hiris halus
4 sudu jus limau kasturi
tepung jagung utk goreng ikan, dan utk buat sos
1/2 cawan air
garam n gula secukup rasa
kiub ikan bilis maggi secukupnya-aku isi 1 kiub
cili padi 6 batang - hiris halus

cara2:
cuci ikan dgn air asam jawa hingga bersih utk hilangkan hanyir ikan
lumur ikan dgn garam dan tepung jagung seckupnya
goreng dlm minyak panas hingga garing . ketepikan.

utk sos:
-tumis bawang putih, bawang besar, halia hingga naik bau
-masukkan cili boh/cili kisar - tumis smpai garing
-masukkan daun limau purut, jus limau, sos ikan namphla & sos tiram - kacau sebati
-masukkan cili padi yg dihiris
-perasakan dgn garam, gula, kiub ikan bilis maggi
-masukkan air
-lastly masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sikit air
-bila kuah pekat, boleh angkat dan tuang atas ikan yg dah digoreng.

Khamis, 24 Mac 2011

KEK ALUNAN KASIH

Usha :k nor secubit garam

Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta/250gbutter -ikut knor letak 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko
Cara2:
-Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
-Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
-Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
-Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna kuning…
-Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
-ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
-Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
-Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…
Pengalaman sendiri :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik
**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
adunan kuning + vanila
adunan merah + paste strawberry

Rabu, 23 Mac 2011

CIANNN ADAM...

Anak sapelah muka sedih sangat ni...mama nak memasak terpaksalah angkut tilam dan bantal kedapur untuk adam.Dah banyak hari adam demam,selesema dan batuk.Alahai..turun habis berat badan.Sama dengan along..kalau tak sihat,kena panas atau kena marah..pipi merah semacam je.Semoga anak mama cepat2 sembuh..Dalam masa adam tak sihat ni pun..mama sempat jalankan satu projek masak...apa projeknya????tunggu entry jap lagi :)

Selasa, 22 Mac 2011

TELUR SEPARUH MASAK

Usha dari blog hana.Senang dan insyaallah memang struktur telur cantik.

Panaskan air sehingga betul2 mendidih.Matikan api


Masukkan telur dan biar terendam selama 10 minit.Setkan masa..jangan terlalu lama nanti terlebih masak.

Cukup masa,keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk/minimum 10 minit.Dalam gambar dah tak nampak ais kiub sebab aku lambat ambil gambar..
Pecahkan telur..dan ini hasilnya.

Ni peberet aku..isi kicap dan dicampur dengan lada sulah..yummmy

Isnin, 21 Mac 2011

SESEKALI BEST JUGAKKKK...

Lunch harini belasah maggi tomyam..sesekali best juga pekena maggi ni.Asyik2 nasi,bosan juga kan.Ha..ha..alasan je tu.Sebenarnya kat rumah ni dah kehabisan stok lauk.Malam nanti baru merayap cari barang2 dapur..jom makannnn

GULAI IKAN PANTAI TIMUR

BAHAN2
3 ekor ikan kembong-tenggiri pun boleh
santan-1 biji kelapa/1 tin
sedikit lengkuas-dalam 1cm
serbuk kunyit/kunyit hidup
3 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb cili kisar-optional untuk sape2 suka pedas
1 keping asam gelugur
1 biji timun (aku guna timun sayur/cina)
cili api-untuk sape tak suka pedas gantikan cili hijau/merah

CARA2
-Siang dan bersihkan ikan..ketepikan dulu
-Tumbuk lengkuas,kunyit,bawang merah dan bawang putih hingga lumat (kalau malas..blend je) Kemudian masukkan bahan2 tumbuk/blend kedalam periuk.Masukkan juga santan,asam gelugur dan cili kisar..Masak sampai santan mendidih.
-Dah mendidih...masukkan ikan,garam dan perasa.Biar jap ikan tu masak.
-Last sekali masukkan timun yang telah dipotong dan juga cili api atau cili hijau/cili merah.Masakkan lagi beberapa minit Kemudian padamkan api

*gulai ni banyak dijual di pantai2 timur..so aku tak pasti asalnya dari negeri kelantan..terengganu atau pahang.
*api jangan kuat..kuah tak berapa cantik nanti.Mak aku kata santan naik kepala.
*aku masukkan timun sayur..jadi masukkan awal sikit.Aku masukkan sekali dengan ikan sebab timun sayur ni keras sikit.
*sape tak suka berlemak...boleh kurangkan kuantiti santan.

Ahad, 20 Mac 2011

BENDI GORENG

Resepi simple je..tapi aku masukkan juga untuk mempelbagaikan lagi menu2 dalam blog ini.Bendi ataupun kalau bahasa family aku kacang lendiaq ni memang peberettttlah.Tak makan dengan nasipun..laju je.Dulu2 aku memang tak pernah sentuh bendi ni..tak masuk langsung dek tekak aku..tapi lepas kahwin tetiba suka la pulak.Perubahan hormon kot..ha..ha..ha..

BENDI GORENG
BAHAN2
Bendi-cuci..potong serong(jgn terlalu tebal)
2 biji bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 cili merah -tumbuk
telur-sebiji
sedikit ikan bilis-tumbuk manja2 (bagi pecah2 sikit je)
garam,gula dan perasa
minyak masak

CARA2
-Panaskan minyak.Tumiskan bahan2 tumbuk hingga berbau wangi.Pastu masukkan ikan bilis dan bendi.
-Masukkan garam,gula dan perasa.Bendi layu sikit je (jangan terlalu masak..nanti lembik..tak sedap) terus masukkan telur.Kacau kejap..boleh angkat dan hidang.

Sabtu, 19 Mac 2011

IKAN BAKAR

BAHAN2
3 ekor ikan kembong-apa2 ikan yg sesuai
air asam jawa-dalam 1 sudu besar
1/2 cawan santan
daun kunyit-aku x isi.takde stok
garam,gula dan perasa
bahan2 kisar
cili kering-agak2 le kepedasan masing2
4 biji bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
lengkuas-dalam 1 cm
kunyit hidup/serbuk
1 batang serai
belacan-dalam besar ibu jari

CARA2
-Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bahan2 kisar hingga berbau wangi dan pecah minyak.Masukkan garam,gula dan perasa serta air asam jawa.Kacau2 sekejap pastu masukkan santan.Boleh ketepikan..lebihan perapan ni boleh simpan dalam peti..lain kali nak masak,isi je atas ikan.
-Ambil ikan dan gaulkan dengan bahan perapan.Letak sedikit daun kunyit..Perap dalam 1/2 jam sebelum bakar.Aku bakar dalam oven je...siappp.Boleh cicah dengan air asam

*nak tayang juga daun pisang tu he..he....sini daun pisang susah jumpa dan mahal wooo...
AIR ASAM
air asam jawa
bawang besar-dadu kecil
1 biji buah tomato-dadu kecil
hirisan cili api-aku tumbuk
belacan bakar
garam dan gula
perahan air limau nipis/lemon

Khamis, 17 Mac 2011

PEMANDANGAN DARI RUMAH

Langit bertukar warna..cahaya mula kelihatan
indah pemandangan di pagi hari

Matahari dah mula menampakkan diri

Suasana semakin cantik

SELAMAT PAGI SEMUA...

*Gambar tak terlalu cantik sebab hanya menggunakan handphone je...

RINGKAS..BERKHASIAT

Sarapan yang cukup simple..roti dan telur separuh masak digabungkan.Senang je nak buat ni..ambil roti,buang kerak di tepi.Ambil sekeping roti,sapu butter/mentega/planta di permukaan roti.Pastu tabur lada hitam/lada sulah.Ambil sekeping lagi roti..potong di bahagian tengah roti.Sapukan sedikit butter/mentega/planta pastu tangkupkan pada roti yang diisi lada hitam/sulah tadi.Pecahkan telur(hati2 jangan sampai kuning telur pecah) dalam roti yang dilubangkan.Masukkan dalam oven..bakar.Nampak telur putih agak pekat(separuh masak)..keluarkan.Siappppp sarapan

Rabu, 16 Mac 2011

NASI KERABU...BELI

Tengah hari ni santap nasi kerabu.Aku beli dari kawan..siti mariam.Setakat ini bagi tekak aku..nasi kerabu terbaeeekkk yang aku pernah rasa di Qatar.Harga pun kira murah QR20 dalam ringgit antara RM16-17 kot.Lengkap dengan set nasi kerabu..yang tak tahan semestinya budu.Ada daging bakar,ikan celup tepung,telur masin,lada solok dan ulam ulaman.Cuma ulam2 taklah semeriah malaysia..sini mana nak cari.Errrkkkk..dah kenyangpun.Memang mabelesss...tak yah banyak cerita..layan gambar





Tak sabar2..habis ditonggeng tonggengnya nasi kerabu.Sibbaik tak terburai.
Budak kecik yang tak sabar nak melantak..tak nyempat nyempat mama nak ambil pinggan.

BENGKANG TUMIS

Pertengahan bulan 3 tetapi di qatar masih sejuk.Kebiasaannya tahun2 sebelum ni..penghujung bulan 2 dah muncul musim panas..oklah tu,tahun ni lama sikit sejuknya.Sehari dua ni angin dan debu teruk sangat2.Balkoni pagi sapu..tak sampai 2 jam..tebal seinci balik dengan debu.Oleh kerana itulah aku biar je balkoni tu..males nak basuh lagi.Tunggulah sandstorm ni berkurangan sikit.Bengkang tumis ni memang salah satu kuih wajib aku suruh mak buatkan bila balik kampung,Kalau yang mak buat..fuhhh tak sedar makan banyak.Sedappp sangat sangat bagi tekak aku.Aku buat taklah sesedap mak..tapi sape2 yang takut dengan lemak2 dan tengah diet..takyahla makan.Penuh dengan lemak dan berminyak..tapi bagi aku yang lemak2 ni lah sedap.Ha..ha..ha..itulah penyebabnya badan payah benar nak turun.Kali ni bengkang aku kurang cantik sikit sebab kuih belum sejuk aku dah potong pastu bawang tak berapa naik atas sebab aku guna api terkuat sikit.Puncanya adam meragam ..aku terlambat bakar kuih ni.Tengok jam abang dah nak balik kerja..apa lagi,kelam kabut naikkan suhu oven dan nampak suam sikit je..potong terus.

BAHAN2
10-15 biji bawang merah-hiris nipis2
1-2 sudu besar minyak masak
10 helai daun pandan(diblender dgn 1 cawan air..tapis)
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
secubit garam
pewarna hijau-optional.Aku tak isi
CARA2
-Campurkan semua bahan kecuali bawang merah dan minyak masak.Kisar dengan blender sampai sebati.Tapi kalau rajin macam aku..he..he..masukkan semua bahan kecuali bawang merah dan minyak dalam bekas pastu gaul dengan tangan sampai sebati dan hilang ketul2.Ni cara orang dulu2..ketepikan.
-panaskan minyak..goreng bawang sampai kekuningan tapi jangan terlalu garing.Tutup api pastu tuangkan bawang goreng beserta minyak kedalam loyang.
-Ambil adunan tepung tadi..tapiskan.Masukkan adunan dalam loyang berisi minyak dan bawang goreng.Bakar dalam oven 150 celcius sampai adunan nampak perang/garing.
*Adunan ni memang cair sikit..mak aku kata biar lekat ditangan je.Bengkang ni lembut dan lebih berlemak daripada kuih bakar.Pastikan betul2 sejuk baru potong
*Api oven jangan terlalu kuat sebab nanti bawang goreng tak naik keatas keseluruhannya.

APAM BALIK


sumber:myresipi
BAHAN2
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh soda bikabornat
1 sudu teh baking powder
sedikit pewarna kuning-optional
sedikit mentega/planta untuk mengoles
bahan tabur-kacang tanah tumbuk dan jagung(krim)
CARA2
-Pukul gula bersama telur hingga kembang.
-Masukkan air,telur,soda bikabornat,baking powder,pewarna kuning dan tepung gandum.Pukul sampai sebati.Kalau nak senang..masuk je semua dalam blender..mesin je sampai sebati.
-Oleskan mentega dipermukaan kuali dan masukkan 1 senduk adunan tadi..nipiskan
-biarkan kejap sampai setengah masak..pastu tabur kacang tanah dan jagung.Aku tutup dengan tudung periuk supaya yg bahagian atas betul2 masak.
-Bila dah masak..lipat dua dan angkat.Nak nampak berkilat..sapukan sedikit mentega,baru potong

Selasa, 15 Mac 2011

BINGKA ROTI BERLAUK

Usha : mat gebu
BAHAN2 BINGKA ROTI
10-12 keping roti putih
800 ml santan
3 cb tepung gandum
3 cb mentega-dicairkan
3 biji telur
secubit garam
BAHAN2 LAUK
400 gm daging cincang/ayam
2 biji bawang besar-cincang
1 biji kentang-kupas dan dadu kecil
1 biji lobak merah-dadu kecil
2 ulas bawang putih-tumbuk halus
1/2 inci halia-tumbuk halus
3 cb rempah kari daging
3 cb sos tomato
3 cb sos cili
500 ml air
serbuk lada hitam-optional
garam
BAHAN2 HIASAN
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
bawang goreng

CARA2
UNTUK BINGKA
-Panaskan oven pada suhu 190c.Lengser tin berukuran 10x10 inci..ketepikan.Roti disiat2 kecil dan rendam dgn santan hingga kembang..kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam dan kacau hingga sebati.Perasakan dgn sedikit garam..tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
UNTUK LAUK
-Panaskan sikit minyak dalam kuali,tum is bawang besar dan bahan2 tumbuk hingga harum.Masukkan rempah kari,sos tomato dan sos cili.Kacau rata dan masukkan daging/ayam,kentang dan lobak merah.Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut...tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.Kalau suka tambahkan lada hitam.Angkat dan sejukkan.
UNTUK BINGKA BERLAUK
-Keluarkan bingka dari oven tadi.Tabur bahan lauk atas bingka dan ratakan.Jangan masukkan baki minyak dari bahan lauk.Sambung membakar selama 30-35 minit lagi.Bila masak..sejukkan sepenuhnya.Tabur dengan bahan hiasan dan boleh dipotong.

CUACA...

Di Qatar cuaca tak menentu betul sekarang ni.Kebiasaannya masa sekarang ni dah masuk musim panas tapi 2-3 harini tetiba je angin kuat bertiup.Sejuk pulak tu..arini pun masih sama.Terpaksalah pagi2 masa hantar along ke sekolah kitorang anak beranak kena pakai baju sejuk semula.Tapi semalam memang paling teruk angin bertiup..dengan debu yang teruk dan cuaca yang sejuk.Seram juga dengar bunyi angin pastu mata aku tak lepas lepas dari pandang laut.Bukanlah meminta tapi sekrang ni macam2 bencana..takut juga.

Pandangan dari balkoni rumah.Laut hilang terus diselaputi debu yang ala ala kabus pun ada.Gambar ni diambil pukul 1.30 tengah hari semalam.

Isnin, 14 Mac 2011

SOSEJ MASAM MANIS

Masukkan dulu entry ni sementara tunggu along balik sekolah.Jap lagi nak buat kek gulung kasih kak dayangjack.Tengok je gambar kat entry kak dayang tadi..terus jatuh cinta.Hero 2 orang tu pulak memang hantu kek.Harap2 menjadilah..layan resepi ringkas ni.Kadang2 buntu tak tahu nak masak apa terutamanya untuk along.dia cerewet sangat2.Banyak yang tak makan dari makan.Ikan susah sangat nak sentuh..setakat ni yang dimakannya ikan merah dengan kerapu je.Harap2 besar nanti dia berubah..kalau tidak susahla along nak masuk asrama.Oh ya..hari ni cuaca di alkhor,qatar macam pelik sikit.Sepatutnya dah masuk musim panas tapi tetiba harini angin kuat dan sejuk.Cuaca pun macam mendung...Berdebar juga sebab teringatkan banyak bencana sekarang ni.Rumah aku betul2 tepi laut ni.Harap2 dijauhkanlah dari segala malapetaka.Insyaallah.

SOSEJ MASAM MANIS
BAHAN2
3-4 sosej-rebus kejap,toskan dan potong 3
nanas-hiris dadu
lobak merah-potong memanjang
lada benggala/lada merah/lada hijau
limau nipis/lemon-perah ambil jus
1/2 biji bawang besar-potong dadu/cincang
2 ulas bawang putih-cincang halus
sedikit halia-hiris memanjang halus
1 kiub ayam
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
2 sb sos tomato

CARA2
-Panaskan sedikit minyak.Tumis halia,bawang putih dan bawang besar sampai layu dan berbau harum.
-Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram...kalau nak berkuah boleh tambahkan sedikit airKacau rata dan masukkan pula kiub ayam, nanas,lobak merah dan lada benggala.Akhir sekali..masukkan sosej yang telah direbus tadi dan jus limau nipis/lemon.Kacau rata.Rasa..kalau kurang masin tambahkan garam.Siap..ringkas dan mudah.

TEPUNG GOMAK/KUIH HABUK HABUK

Salah satu kuih peberet aku dari kecik2 lagi.Dari dulu..kini..dan selamanya memang menjadi pujaanku.Kuih ni aku gentel2 malam tadi...pastu pagi aku rebus je dan golekkan dalam tepung kacang hijau.Ikutkan hati malas nak buat sebab abang tak makan..pelik bagi dia kot sebab tak pernah jumpa di sabah.Entah kenapa,dua tiga hari ni..teringin sangat nak makan tepung gomak ni.Malam tadi tahap keinginan dah tak boleh tahan..terpaksalah buat juga.Melampaukan nafsu makan ni.Kuih ni mak aku panggil kuih habuk2.Teringat masa kecik2 dulu ..aku panggil kuih ni suci dalam debu sebab masa tu lagu kumpulan iklim tengah popular.Kalau korang usha di blog2..kuih ni banyak versi intinya.Tapi aku dari kecik dah biasa jumpa inti kelapa je..so inti2 lain memang aku tak layan.Tak kena dengan selera aku...
TEPUNG GOMAK/HABUK HABUK
BAHAN2
2 cawan tepung pulut
secubit garam
air-secukupnya
tepung kacang hijau secukupnya-untuk menggolek
INTI
1 biji kelapa parut
1 keping gula melaka/3 sb gula merah
1-2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil tepung gandum
*gula tu boleh agak2 kemanisannya.Saper tak suka manis boleh kurangkan sukatan gulanya.
-Masak gula merah/melaka dan putih sehingga gula larut.Masukkan kelapa parut..kacau sebati.Nampak macam kering2 sikit..masukkan tepung gandum.Kacau sekejap sampai kering(jangan kering sangat..biar nampak lembap2 sikit baru sedap).Angkat dan sejukkan.

CARA2
-Campurkan/gaul tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang boleh dibentuk..jangan terlalu lembik.Sama macam aduanan nak buat buah melaka/onde2.
-Ambil sedikit adunan..bulatkan dan kemudian leperkan.Masukkan inti dan dibulatkan serta ditekan leper sedikit.Ulang proses yang sama sehingga habis.
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan yang telah siap dibentuk tadi.Apabila timbul..angkat dan toskan (macam proses buat buah melaka/onde2).Golekkan dalam tepung kacang hijau..siap dimakan.

Ahad, 13 Mac 2011

CORNFLAKES MADU..mudah dan cepat

BAHAN2
250 gram cornflakes
125 gram butter
2 senduk besar madu
sedikit bijan
manik warna warni-optional

CARA2
-Cairkan butter (guna api perlahan).Setelah butter cair,masukkan madu dan kacau rata.
-Masukkan cornflakes dan bijan..kacau sampai rata/sebati.
-Masukkan dalam papercup..taburkan manik warna warni dan bakar selama 10-15 minit atau sampai nampak kuning keemasan (bakar kejap je..)Aku guna api 150 celcius.Keluarkan dari oven..biar sejuk pastu bolehla simpan dalam bekas kedap udara

KAYA/SERIKAYA

sumber:myresipi
BAHAN2
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 ringgit santan pekat-500gm (aku guna santan dalam tin 450gm)
5 biji kuning telur
2 cb tepung kastard(bancuh dgn sedikit air)
1 helai daun pandan

CARA2
-Campur gula dan air dalam periuk..jadikan gula hangus (jangan sampai terlalu hitam/hangus..nanti pahit.Biar nampak kuning keemasan..dah ok).
-Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga gula betul2 larut.
Biarkan sehingga sejuk.
-Bila campuran santan dan gula hangus tadi dah sejuk,masukkan kuning telur,tepung kastad dan daun pandan.Kacau diatas api yang sederhana hingga mendidih..tak terlalu pekat pun takpe sebab bila dah sejuk,kaya ni akan pekat sendiri

ATAS DAPUR


SIAP....

Jumaat, 11 Mac 2011

AYAM GORENG KUNYIT

sumber sini

BAHAN2
300 gm isi ayam
1 ct serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 ct sos ikan
1 ct tepung jagung
1/2 ct garam
4 batang kacang panjang/1/2 batang carrot
1 cawan minyak masak

CARA2
-Isi ayam dipotong dadu/kecil.Perap isi ayam bersama sama sos ikan,serbuk kunyit,garam dan tepung jagung.
-Potong kacang panjang sepanjang 1 inci(sama juga dgn carrot).Bawang besar dihiris tebal2.Lada merah dihiris memanjang tebal.
-Masukkan minyak,ketuk bawang putih dan tumis sebentar sahaja.
-Masukkan ayam yang telah diperap.Kacau goreng dengan api yang besar selama 10-15 saat sehingga ayam garing.
-Kecilkan api,masukkan bawang besar,lada merah,kacang panjang/carrot.Kacau gaul lagi sekejap.Toskan minyak..sedia untuk dihidang
*Tujuan menggoreng ayam menggunakan api yang besar adalah supaya ayam garing diluar tetapi lembut dan berjus didalam.

Khamis, 10 Mac 2011

TAU SAR PIAH

Yeeeeesssssss...berjaya juga akhirnya.Asyik bertangguh je nak buat kuih kegemaran aku ni..semalam walaupun adam meragam,aku tak kira..nak buat juga.Air liur dah meleleh tengok gambar kat blog kak madiha.Buat tau sar piah ni taklah terlalu susah tapi disebabkan halangan2 tertentu..mengambil masa hampir satu hari menyiapkannya.Pagi2 buat inti..masa tu lah adam merengek rengek minta dukung..aku pun sebelah tangan dukung pastu sebelah lagi mengacau inti (udahlah badan dia berat..adoiii)Dah siap inti dia mengamuk ajak tengok tv...ingatkan pastu oklah.Tinggal jap adam tengok tv..akupun pergilah uli doh.Sedang uli doh..adam terkedek kedek datang dapur nak uli sama..hu..hu..habis banyak juga adunan aku dia kerjakan.Takpe..aku kan penyabar..he..he..Baru siap adunan doh air,adam mengamuk nak tidur.Alhamdulillah lepas dia tidur..sempatlah aku nguli doh minyak pulak.Tengok2 jam dah lewat..masak makan tengah hari dulu.Pastu turun jemput along balik sekolah..masuk rumah je,adam dah bangun tidur.Lepas selesaikan makan tengah hari bebudak ni..aku sambung balik buat tau sar piah.Tengah asyik menggelek doh..bebudak ni bergaduh berebut mainan la pulak.Macam biasa,along yang menangis sebab adik pukul dia dengan kereta.Si kecik tu memang brutal..abang pulak kuat mengalah dan manja.Ini betul2 menguji kesabaran.Terpaksalah berenti jap buat kuih..pastu sibuk pulak buat makan petang.Hu..hu..last2 lepas maghrib baru siap membakar.Nasib baik menjadi..kalau tak mesti aku yang menangis sebab kuciwaaa.Walaupun lama proses..tapi doh takdelah keras sebab aku letak tuala lembab kat atas doh tu..ha..ha..sorrylah banyak pulak membebel kali ni.Nak tengok langkah demi langkah boleh usha kat blog kak madiha..akak saya dah tolong bahasa melayukan secara ringkas..tima kasih resepi yang best ni.

Sumber:usha blog kak madiha

TAU SAR PIAH
A)Doh minyak
250 gm tepung gandum
70 gm shortening
70 gm minyak masak
B)Doh air
500 gm tepung gandum
130 gm minyak
130 gm shortening
1 sudu teh gula
200 gm air
1 sudu teh jus lemon(optional)-aku tak isi
*adunan agak lembik..aku tambah tepung
INTI
200gm minyak
18 biji bawang merah-hiris nipis,goreng dan hancurkan
330 gm gula
3 1/2 sudu teh garam
3 sudu teh lada sulah
600 gm kacang hijau tanpa kulit
1 sudu teh kulit lemon-parut/cincang halus(aku tambah)
LAIN2
3 sudu makan bijan panggang-aku guna bijan biasa je
1 biji kuning telur
CARA2
-Rendam kacang hijau semalaman.Kukus hingga lembut dan lenyek sampai hancur atau kukus pastu kisar kacang sampai hancur.
-Masukkan gula,garam,lada sulah dan parutan kulit lemon dalam kacang yang telah dihancurkan tadi.
-Panaskan minyak,goreng bawang sampai garing dan ramas(jangan terlalu hancur).Keluarkan bawang dan ketepikan
-Masukkan Adunan kacang tadi kedalam kuali dan masak/goreng sampai agak kering(boleh buat bebola)Matikan api dan masukkan bawang goreng tadi dan gaul rata.Setelah inti sejuk,bulat2kan inti kepada 16 gm sebiji sebanyak 100 biji
-Campurkan semua bahan2 untuk doh A dan rehatkan 20 minit (aku tutup doh dengan kain lembap).Bahagikan doh kepada 100 biji
-Adunkan doh B hingga sebati,rehat 20 minit dan bulatkan kepada 100 biji bebola kecil.
-Ambil sebiji doh B,leperkan dan letak sebiji doh A ditengah tengah.Balut doh A dengan doh B untuk satukan kedua dua doh.Gelek hingga leper..kemudian gulung dan buat proses yang sama sebanyak 3 kali
-Akhir sekali gelekkan sampai leper dan masukkan inti..bulatkan.Buat proses yang sama hingga habis semua doh.Langkah demi langkah boleh tengok disini.
-Sapukan kuning telur dan tabur dengan bijan.Bakar 20 minit atau hingga kuning keemasan dengan kepanasan 180 celcius

Isnin, 7 Mac 2011

MEE UDANG

Sumber :myresipi

BAHAN2
1 kg mee
300 gm udang bersaiz L
4 sudu besar cili kisar
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sudu besar udang kering
*1/2 inci halia
1 sudu besar petis (aku gantikan dgn 1 kiub ikan bilis)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
keledek/kentang yg telah direbus dan lenyek-optional(aku guna keledek)
gula dan garam
tauge dan sawi
daun bawang dan bawang goreng
-bertanda*-dikisar

CARA2
-Rebus udang hingga masak..tapis keluar udang dan asingkan airnya.Air rebusan udang simpan
-Tumis cili kisar hingga garing..kemudian masukkan bahan2 yang telah dikisar.Tumis hingga garing dan naik bau
-Masukkan air rebusan udang..biar kuah mendidih.Masukkan sos tomato,sos cili dan petis/kiub ikan bilis.Renehkan kuah.
-Masukkan garam dan gula.Letakkan kentang/keledek yang telah dilenyek untuk memekatkan kuah..kalau suka kuah cair,jangan isi.Aku isi keledek..selain memekatkan,kuah juga lebih manis dan sedap.Akhirnya aku masukkan telur dan biarkan masak dalam bentuk sebiji...dalam resepi asal takde tapi aku saja tambah.
#Cara hidang-Celur mee,tauge dan sawi.Masukkan udang yg telah direbus..tuang kuah dan tabur daun bawang serta bawang goreng.

KARI IKAN

Masakan yang agak ringkas harini..kari ikan dan sambal belacan.Petangnya aku terajin sikit..mee udang yang mendapat pujian dari abang.Sedappp katanya.Resepi mee udang aku masukkan kemudian.Kari ni..aku main agak2 je sebab dari kecik dah biasa buat pastu masakpun main campak2 je.Ye lah..mak aku ajar masak2 takdenya dia bagi sukatan.Tengok je dia masak pastu kita agak2 jelah banyak mana bahan2 nak isi.Itulah rahsia orang dulu2..tapi walaupun campak2 tanpa sukatan..masakan orang tua kita memang sedappp.

KARI IKAN

BAHAN2
3 ekor ikan kembong/apa2 jenis ikan lain
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
sedikit halba campuran
daun kari-takde stok
rempah kari ikan-campur dgn sedikit air
asam jawa-ramas dengan sedikit air
1 sudu cili kisar-optional
garam dan perasa
santan
1 biji tomato-belah 4
bendi/timun sayur
minyak masak

CARA2
-Panaskan minyak pastu tumis bawang merah,bawang putih dan halba campuran.Biar sampai berbau harum pastu masukkan setangkai daun kari dan cili kisar(untuk sape suka pedas macam family aku).
-masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air.Tumis sampai rempah agak garing dan wangi ..bolehlah dimasukkan air asam jawa.Renehkan dengan api perlahan.Biar sampai pecah minyak .Nampak je dah pecah minyak.. masukkan santan.Masukkan juga ikan,bendi/timun sayur,garam dan perasa.
-Bila kuah dah agak mendidih dan ikan pun dah masak,masukkan tomato.Biar jap..bolehla tutup api.Kalau nak kari bertahan lama,rempah pastikan betul2 masak.


Yang ni pulak saja selingan.Anak2 aku suka sangat tengok keretapi candy ni.Macam2 jenis gula2 dia jual..Cantikkan keretapi ni..menarik perhatian pelanggan.Kreatif betul

BAKLAVA CASHEWS

Satu lagi manisan yang terdapat disini.Sudah semestinya manis tapi aku suka sebab ditengah tengahnya ada kacang.Yang bahagian kacang kurang manis.Cuma lapisan atas dan bawah tu...rasa2nya siapa yang ada penyakit2 berkaitan gula,lebih baik lupakan hajat untuk makan.Tapi aku rasa sebenarnya nak kurangkan manis pun takde masalah.Buat sendiri baklava ni pastu kurangkan penggunaan 'sirap'(campuran air gula yang orang arab selalu guna untuk buat kuih atau manisan).Terpulang pada tekak masing2..macam aku ni,manis pun aku belasah semacam je sebab orang lain tekanan darah mudah naik tapi aku terbalik pulak.Makanlah apa2pun..tekanan darah rendah selalu...cammana tu.

IKAN KEROPOK

Inilah rupanya ikan keropok.Orang sabah mesti kenal sangatlah kannnn..ikan keropok ni salah satu buah tangan yang kebiasaannya mesti orang beli kalau pergi melawat sabah.Macam aku ni..memang tiap2 tahun balik sabah sebab suami orang sana.Sedap sangat ikan ni..bila digoreng,memang betul2 rasa macam makan keropok.Aku belasah makan camtu je..takdenya makan dengan nasi.Krap krup..krap krup je bunyi bila kita gigit.Rangup sangat termasuklah tulang temulangnya.Sesape yang pergi sabah..jangan lupa beli ..dijamin jatuh cinta..he..he..he..

Jumaat, 4 Mac 2011

MEE KARI

BAHAN2
1 peket mee kuning
2 sudu besar rempah kari
250 ml santan
1 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah-tumbuk/kisar
2 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
sedikit halia-tumbuk/kisar
sehiris lengkuas-ketuk
kulit kayu manis
bunga lawang
sotong/udang/kerang
sedikit isi ayam
bebola
1 keping asam keping
air secukupnya
garam,gula dan perasa
minyak masak

CARA2
-Panaskan minyak,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang dan bahan2 tumbuk/kisar sehingga bau wangi.Pastu masukkan rempah kari dan cili kisar.Tumis sebentar sampai pecah minyak
-kemudian masukkan santan,asam keping dan lengkuas.Masukkan sedikit air..pastu masukkan ayam,sotong/udang/kerang.Kalau ada..masukkan juga bebola.
-Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.Kacau rata hingga mendidih.Bila dah masak,bolehlah dihidangkan bersama mee.Masukkanlah bahan2 hiasan seperti cili potong,bawang goreng,daun bawang,tahu dan telur rebus.

*fishball aku buat sendiri je..dah pernahkan masukkan entry.boleh usha kat sini

DAGING KESUMA

usha di sini : kak madiha

BAHAN2
500 gm daging lembu-hiris nipis
1 senduk kecil minyak masak
2 cawan santan pekat
1/2 sb asam jawa + 1 cwn air-diramas
1 sudu teh lada putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 st serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
2 batang serai-diketuk
2 labu bawang besar-dihiris
1 inci halia-hiris halus memanjang
3 biji cili hidup merah/hijau-belah 2 tapi jangan putus
garam dan perasa

CARA2
-Gaul daging bersama sama serbuk ketumbar,serbuk lada putih,serbuk jintan manis dan putih.perapkan dalam 15 minit.
-Panaskan minyak lalu masukkan daging yang diperap.Masak hingga daging mengeluarkan air dan agak kering.Masukkan serai,bawang dan halia...masak hingga bawang layu.
-Masukkan santan,air asam jawa,garam,perasa dan gula(jika suka).Lalu masak hingga kuahnya pekat.Last sekali masukkan cili hidup merah/hijau dan kacau2 sebentar.Boleh dihidangkan.

*kalau korang perasan..semua pinggan aku takde yg kaca..sebabnya asyik hancur dihempas anak2.So..jalan selamat,pakai yang tak mudah pecah selagi bebudak ni belum besar dan cerdik..he..he..

Khamis, 3 Mac 2011

TERINGAT ARUAH ABANG...

Aku baru terbaca entry dari mizwa tentang kehilangan ibu tersayang.Ya Allah menitis tetiba air mata ini mengingatkan sesorang.Aku betul2 rindukan abang tersayang.Dia satu2nya abang yang aku ada..insan yang teramat rapat dengan aku.Sejak dari kecil aku satu2nya adik yang amat manja dan terlalu rapat dengan dia berbanding yang lain.Segala masalah dan rahsia aku curahkan pada dia kerana dia pendengar yang amat setia.Apabila aku bercerita dia akan diam khusyuk mendengar sampai habis tanpa mencelah sedikitpun.Bila aku sedang bercerita dia akan hanya memandang wajahku.Setelah aku habis bercerita baru dia akan bagi nasihat atau meluahkan pandangan.Rahsia???jangan risau kerana dia takkan pecahkan walupun kepada mak abah dan isterinya.Selepas habis belajar aku tinggal dengan abang di pandan jaya.Dengan menaiki motor awal2 pagi dia sanggup hantar aku bekerja di Pos Besar Shah Alam dan selepas itu dia berpatah balik ke tempat kerjanya di Kelana Jaya.Petangnya ambil aku..itulah rutin harian dia hari2.Sedikitpun dia tak pernah merungut..Banyak kenangan sewaktu kami tinggal di KL.Sama2 basah ditimpa hujan..motor buat hal..panas terik..biasalah kan sebab kami tinggal di kl dan aku jauh bekerja di Shah Alam.Abang sanggup bersusah payah dari membiarkan adik kesayangannya ini menaiki kenderaan awam sorang2.Sampai akhir hayat aku akan kenang pengorbanan dan jasa baik aruah.Masa aku kahwin..dialah orang paling kelam kabut.Terima kasih abang.Teringat sebelum abang meninggal dunia...2 minggu sebelum kematiannya tiba2 aku bermimpi ada jenazah diusung masuk kedalam rumah di kampung.Bangun tidur tetiba aku berdebar debar.Ya Allah..takut aku memikirkan jenazah siapa kerana mimpi aku sering menjadi kenyataan.Aku cuba lupakan mimpi tu.Pada hari kematian aruah..aku baru sampai dipejabat (masa ni aku bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan dikuantan).Baru je aku duduk dikerusi tetiba adik call dengan suara tersekat sekat macam tengah menangis. "Hello kak li..abang lah eksiden..dia dah takdak" ..aku masih mampu ketawa "ishhh hang ni caah..jangan buat lawak pagi2 ni..malam tadi kak dengaq sora dia" tetiba esakan adik aku makin kuat "betui kak li..demi Allah ceq tak main2.abg lah meniggal pagi tadi..mayat ada kat hospital bentong lagi" Ya Tuhan..dugaan apakah ini.Mata aku rasa gelap dan tanpa sepatah kata aku terus minta izin untuk cuti.Kawan2 bertanya tapi aku tak mampu lagi nak bercakap.Terus aku drive keta pergi taska ambil along dan balik kampung.Pada waktu tu suami aku berapa di qatar dan aku seorang diri tinggal diKuantan.Syukur aku masih ada kekuatan untuk memandu keta.Dalam perjalanan aku tepon suami di qatar dan bagitau apa terjadi..dia pun terkejut sangat2 dan suruh aku hati2 memandu ..Hati2???masa memandu fikiran aku entah kemana..air mata mengalir laju dan bayangkanlah biasanya hampir 4 jam baru sampai kampung..aritu 2 jam aku dah ada kat kampung.Masuk rumah jenazah belum sampai..dalam sejam pastu barulah van yang membawa jenazah sampai.Lembik lutut aku..masa jenazah dimandikan aku hanya mampu membaca yassin.Selepas selesai..ahli keluarga dibenarkan melihat jenazah.Hilang tiba2 tangisan aku melihat wajah aruah..tersenyum seprti sedang tidur.Semua orang yang melihat terkejut..Subhanallah betul2 senyuman macam dia masih hidup.Abang periang dan kaki lawak orangnya.Dia suka sangat membantu orang tua..dia memang kuat ketawa.Kalau ada kematian..dialah orang pertama membantu gali kubur.Alhamdulillah masa pengkebumia dia..berebut rebut orang sambut jenazah dia sampai imam suruh separuh keluar dari kubur sebab ramai sangat.Teringat mak cerita..abang sebelum kematiannya sempat tolong gali kubur untuk jiran kitorang..dia bagitau kubur yang dia gali tu luas sangat.Mak kata mengarutlah..padahal rupa2nya yang luas itu adalah untuk dia.Memang banyak perubahan abag..kerap terlupa..kadang2 pakai baju terbalik..mula menyendiri dan tetiba jadi pendiam.Susah nak bercakap dengan dia..rupa2nya itu petanda dia nak pergi.Kalau lihat luaran memang takde kecederaan tapi abang meninggal sebab tulang rusuk dia patah dan tulang tu menyucuk organ dalaman dia.Sebulan selepas kematian dia,aku datang ke Qatar.Abah selepas kematian abang tiba2 jatuh sakit dan sehingga sekarang tak mampu berjalan sangat.Itulah satu2nya anak lelaki abah.4 tahun berlalu..abah masih tak mampu pergi kubur aruah.Aku redha dengan kematian dia tapi amat rinduuu....Al fatihah untuk abang..

BINGKA ROTI BERLAUK

Usha dari blog : kak ummi kuantan

BAHAN2 BINGKA ROTI
10-12 keping roti putih
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega-dicairkan
3 biji telur
garam
BAHAN2 LAUK
400 gm daging cincang/ayam
2 biji bawang besar-cincang
1 biji kentang-kupas dan dadu kecil
1 biji lobak merah-dadu kecil
2 ulas bawang putih-tumbuk halus
1/2 inci halia-tumbuk halus
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
serbuk lada hitam-optional(aku tak isi)
garam dan perasa
BAHAN2 HIASAN (aku tak isi)
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili merah
bawang goreng

CARA2
1.UNTUK BINGKA ROTI
-Panaskan oven pada suhu 190c dan lengser tin berukuran 10x10 inci.Ketepikan.
-Roti disiat siat kecil dan rendam dengan santan hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam dan kacau hingga sebati.Perasakan dengan sedikit garam dan tuang dalam tin yang telah dilengser tadi.Bakar dalam 30 minit.
2.LAUK
-Panaskan sikit minyak dalam kuali..tumis bawang besar dan bahan tumbuk hingga harum.Masukkan rempah kari,sos tomato dan sos cili.Kacau rata dan masukkan daging/ayam,kentang dan lobak merah
-Masukkan air dan masak hingga kentang serta lobak lembut.Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering.Kalau suka tambah lada hitam.Angkat dan sejukkan.
3.UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK
-Keluarkan bingka dari oven tadi.Tabur bahan lauk diatas bingka dan ratakan.Kalau boleh,baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan.Sambung membakar selama 30-35 minit lagi.Bila masak sejukkan sepenuhnya.Taburkan dengan bahan hiasan dan boleh dipotong
*aku buat untuk sarapan pagi.Tak sempat sejukkan sepenuhnya..terus je potong.Itu yang tak berapa comel bila potong.Minya dari bahan lauk dah cuba tapis tapi bila bakar kali ke2..ada juga sikit2 minyak keluar.

Selasa, 1 Mac 2011

DAH SAMPAI..

Selepas 4 bulan menanti..alhamdulillah sampai juga.Aku ingatkan barang2 ni dah innalillah..sibbaik ada rezeki lagi.Paling penting dalam ni ada rempah kari.Hu..hu..siksa rasa tekak ni lama tak makan gulai...almaklumlah tekak utara.Apapun tima kasih kat mak abah sebab tolong pos....Arini rempah kari telah dirasmikan..
Walaupun 4 bulan..kotak ni masih elok lagi.Takde koyak2 ngan kemek2 sangat..sibbaik..Jauh belayar ni.

CEKODOK MAGGI MAT GEBU

Sumber : mat gebu

BAHAN2
1 peket maggi perisa ayam-asingkan perisanya
1 biji bawang holland-didadu
1 cawan isi ayam-didadu
daging burger-aku tambah
udang-aku tambah
1 biji cili merah-buang biji dan dadu kecil (aku tak isi)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air(kurang lebih)
1 camca besar baking powder
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 pokok daun sup-hiris (x isi sebab takde)
lobak merah-dadu (aku tambah)
daun bawang-potong halus(aku tambah)

CARA2
-Celur maggi hingga lembut,tos dan sejukkan...kerat sedikit kemudian masukkan dalam bekas bersama sama semua bahan2 diatas termasuk perencah sedia ada.Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
-Tambah sedikit garam jika perlu.Sudu atau jemputkan dengan hujung jari adunan kedalam minyak yang sederhana panas.Biar hingga kuning keemasan..angkat dan toskan.
-Hidang bersama sos kegemaran masing2.cili sos pun sooodapppp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...