Isnin, 28 Februari 2011

DAGING MERAH

BAHAN2
1/2 Kg daging(rebus sampai empuk dengan sedikit pewarna merah)
3 ulas bawang putih-ketuk
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar cili kisar
cili padi-optional
sedikit sos tiram
sedikit sos ikan
sedikit sos tomat0
sedikit sos cili
minyak untuk menumis
garam dan gula
daun sup/bawang untuk hiasan
lobak dan bunga kobis-optional

CARA2
-Daging yang dah direbus tu potong nipis2
-Panaskan sedikit minyak,goreng daging sampai kuning2 sikit..jangan garing.Ketepikan
-Tumis bawang putih sampai naik bau,masukkan cili kisar.Biar sampai agak garing..masukkan pula sos tiram,sos ikan,sos tomato dan sos cili.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris...cili padi..lobak dan bunga kobis.Kacau2 dan tambahkan garam serta gula.
-Kalau nak nampak berkuah..boleh tambahkan sedikit air

KERAPU..MURAHNYA

Comelnya ikan kerapu ni tergolek atas sinki.Semalam pergi pasar ikan..rasa macam nak borong semua jenis ikan sebab geram tengok segar2 belaka.Last2 untuk mengelakkan pembaziran aku beli ketam 3 kg(bergerak gerak hidup lagi) harganya mula2 8 rial sekilo(RM5)..Last2 dia bagi 20 rial 3 kg ,duit malaysia dalam RM15-16.Murah tak???he..he..Pastu dia offer pulak ikan kerapu sekilo 15 rial.Fuhhh gila apa kalau tak beli..Kalau kat malaysia maknanya harga ikan ni dalam RM10..dahla ikan freshhhh pastu siap bagi lebih lagi.Kat sini pasar ikan takde masalah tentang komunikasi sebab rata2 pekerjanya boleh berbahasa melayu.Pekerja2 nya dari india.Diorang ni banyak yang dah biasa merantau kerja di malaysia pastu sini pulak ramai malaysia ngan indonesia.So sesape pergi pasar janganlah nak ngutuk diorang sebab boleh faham bahasa kita..he..he..

Sabtu, 26 Februari 2011

ALAA..RUGINYAAA

Ruginyalah aku takleh join.Mesti best dapat jumpa cikgu2 sekolah rendah dulu dan kawan2 lama.Banyak kenangan terindah..pahit dan masam.Kalau duduk kat malaysia memang aku pergi punya..nak buat camnerrr..tunggu tengok gambar jelah.Majlis ni dipengerusikan anak peneroka Felda Sebertak yang telah mendapat anugerah Dato'.Tumpang bangga aku sebab dia muda2 lagi dah dapat dato'

INTERNATIONAL DAY-LAST PART

Baru balik dari memborong barang2 dapur.Macam biasa barang2 untuk seminggu.Malam ni aku tak masak sebab dah alang2 keluar tu..baik makan kat luar jelah kan.sesekali nak rehat jap(rehat malam je lah..siang tadi masak gak).Macam biasalah makan kat tempat peberet abang dengan anak2..HARDEES.Aku??belasah jelah..ni last entry tentang international day.Sebenarnya kalau nak masukkan gambar dan cerita,rasanya 10 entry pun tak habis2 lagi.Oklah last part aku citer tentang persembahan dan gambar pengunjung2 yang menarik perhatian aku.Gambar taklah cantik sangat sebab guna kamera cikai je..he..he..layan jelah ye..
Macam2 rupa dan ragam.Nampak tak budak pompuan yang pakai mahkota ular tu..comelll sangatttt.Kalaulah aku ada anak pompuan..bestnyalah dapat solek dan pakaikan baju gaun...
Persembahan student2 indonesia.Siap berdangdut tu..diorang gelek juga tapi gelek ala2 sopan la.Sayang sebab aku tak sempat tengok persembahan budak2 malaysia .Nak buat macam mana..takde rezeki.
Fuhh..punyalah ramai orang yang tengok persembahan.Aku nak menyelit pun payah.Tempat persembahan ni jauh sikit dari booth2 makanan.Happeningggg gilerrr

Yang ini aku tak ingat student dari negara mana yang buat persembahan.Aku sampai agak lewat pastu orang punyalah ramai.Nak ke tepi pentas memang masalah besar sebab adam dalam keta tolak.Sibbaik aku ni tinggi lampai,dapat gak ambil gambar..comel2 kan bebudak ni.kalau buat menantu..mesti comel cucu2 aku . Ha..ha..ha..berangan.Anak baru 7 tahun dah berangan nak bercucu
Ni student2 yang jaga salah satu booth.Bagus budak2 ni sebab penerangan tentang negara dia memang cukup terperinci.Benda2 kat meja tu tak jual..cuma sebagai pameran dan untuk pengetahuan pengunjung2 je

Persembahan tarian dari student2 palestin.Best sangat..ketua dia yang ada pegang rotan ala2 cota tu.Sekali tengok macam orang nak berperang dia menari

Jumaat, 25 Februari 2011

GETOK UBI KAYU

Tak berapa lawa kaler getok aku kali ni.Lepas bancuh adunan batter tu..cari punya cari tak jumpa jumpa pewarna kuning.Ni kes lupa lagilah yang bahawasanya pewarna kat umah ni semuanya dah takde dalam stok.Ohhh adakah aku semakin tua kerana kerap bebenor lupa sekarang ni...hu..hu..hu..Tak kisahla walaupun warnanya pucat..janji rasanya tetap mabeless.Oklah layan je bahan2 buat getok ni..resepi tradisi yang cukup simple tetapi besttt.Kalau mak mentua aku (orang sabah) dia takde goreng2.Cuma campur semua bahan2 getok pastu makan je camtu.Tapi mak aku pulak..haaa macam gambar kat atas...Resepi main agak2 ye..senang dan simple je..

BAHAN2 GETOK
Ubi kayu-rebus sampai empuk
gula-ikut tahap kemanisan masing2
kelapa parut
secubit garam
*Kelapa parut biasa aku isi separuh dari ubi kayu.Contohnya ubi kayu rebus 2 cawan..kelapa parut aku isi 1 cawan.
CARA2
-Tumbuk ubi kayu yang dah direbus sampai empuk pastu campurkan dengan semua bahan2 diatas.Kepal2kan pastu buat bentuk bulat kecil2.Ikut sukalah nak besar mana.Bulat2 kan sampai habis.Panaskan minyak dalam kuali..bila minyak dah panas,ambil getok yang dah dibulat bulatkan pastu celup dalam adunan batter.Goreng sampai nampak kuning keemasan(macam goreng pisang)
BAHAN2 SALUT GETOK/BATTER
sumber hasue myresipi-roti goreng rangup
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam dan gula
sedikit pewarna kuning
-bancuh semua bahan sampai sebati.

ni cara mak aku pulak tapi takde sukatan.main agak2 je
tepung gandum
sikit tepung beras
secubit garam
air
kunyit/pewarna kuning
-bancuh semua bahan dan sebatikan.

TAHU ISI. ..BELI JE

Baru2 ni masa aku pergi Qatando (kedai indonesia disini) ternampaklah dalam bekas benda alah ni.Mula2 ingatkan kuih apa bendalah.Disebabkan nampak macam best je..aku pun belilah satu bekas.Kalau dilihat dekat bekas dia tulis nama benda alah ni TAHU ISI.Yang cili kat atas tu macam biasalah..indonesia diorang memang apa2 makanan mesti ada letak cili sejibid sejibid macamni.Takdenyalah aku makan cili tu..aku asing letak tepi.Kat kedai indonesia ni macam2 barang ada dijual..orang malaysia memang ramai pergi.Aku kadang2 jelah sebab jauh dari rumah..selalunya kalau pergi aku cari sekaya,taucu dan beberapa barang lagi.Itulah kalau kedai malaysia ada kan bagus..tapi mungkin mustahil kot sebab duit malaysia sekarang nak dibandingkan dengan sini...adoi sakit kepala kitorang.Indonesia lain sebab duit dia murah..so diorang boleh import barang2 dari sana.Baru2 ni member aku tukar duit 2000 rial..cuma dapat RM1600.Itu tukar kat money changer..kalau transfer masuk bank..boleh menangis sebab lagi banyak dia potong.Maybank lagilah banyak makan duit sebab dia punya charge.Kalau 10 ribu rial..kurang2 RM 2 ribu lebih mesti melayang.Adoiiii bilalah currency nak ok ni...sibbaiklah gaji kat sini masih tahap berbaloi,kalau tak dah lama kitorang semua buat rombongan balik malaysia.Apa lah aku melalut ni.Padahal nak cerita benda alah kat bawah ni je..he..he..sorry terbebel jap
Haaa..nilah rupanya TAHU ISI.Sekali tengok macam cekodok je..kalau mengikut bahan2 yang dia tulis kat bekas ni..mudah je.
BAHAN2
Tofu (tahu)
minyak masak
sayuran
tepung..tak tulis pulak tepung apa tapi aku rasa tepung gandum
perasa
garam

Ni pulak bila dah dikoyakkan isinya..laa..camni je.dalam tu dia isi tahu yang digoreng terlebih dahulu.Tahu tu belah sikit(macam tahu sumbat) pastu dia isi sayur yang dah digoreng.Hasil siasatan aku dia tumis bawang sikit pastu isi lobak dengan kobis..letak perasa dengan garam secukup rasa.Dah siap buat tahu sumbat tu dia celupkan dalam adunan tepung gandum pastu goreng (adunan tepung biar pekat sikit).Sempoi gilerr..pasni aku buat sendiri jelah.Sedap cicah dengan sos..kalau korang tahan pedas..makanlah tahu tu dengan cili api sejibid sejibid macam orang indonesia.

Khamis, 24 Februari 2011

APAM SNOW WHITE

sumber :myresipi
BAHAN2
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 peket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
-1/2 biji kelapa parut putih dan garam

CARA2
-Masukkan semua bahan2 diatas kecuali nasi dan air dalam bekas.Gaul rata dan ketepikan
-Kisar nasi dengan air hingga betul2 hancur
-Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan
-Perap adunan sejam(aku perap 2 jam lebih)Tutup bekas adunan dengan kain bersih
-Panaskan periuk kukus.Sapu sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus.Kukus kejap dalam 3-5 minit
-Angkat bekas kukusan yang ada acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan.Kukus 10-15 minit dengan api sederhana

*acuan disapu minyak dan kukus sekejap bertujuan untuk mengelakkan apam melekat pada acuan.
*sesapa suka makan dengan kelapa..ambil kelapa parut putih dan gaulkan dengan sedikit garam.

INTERNATIONAL DAY-PART 3

Hajat dihati nak buat tau sar piah yang aku usha dekat blog kak madiha tapi sikecik meragam betul sehari dua ni.Terpaksalah tangguh dulu.Haaa kan aku dah bagitau..banyak betul part pasal international day ni.Aritu aku dah citer pasal makan..kali ni aku cerita tentang perarakan pulak.Jauh jugalah bebudak ni berarak tapi takdenya diorang penat sebab ramai2.Happy je aku tengok bebudak ni.Mak bapak kebanyakkannya tunggu dekat penghujung perarakan iaitu dekat padang sekolah.Anak aku sampai sudah aku tak nampak dia..tu lah kurus keding sangat.Sah2 terselit la tu disebalik budak2 berbadan besar dari dia.Meriah rasa dengan bunyi2 muzik dan jeritan bebudak ni.Masing2 jerit nama negara diorang..he..he..patriotik jap aku masa ni bila budak mesia lalu depan.. diorang jerit MALAYSIA BOLEH.Bebudak negara lain mesti ternganga tak paham..

Ini yang dihadapan sekali dalam perarakan.Aku pun tak tahu ini melambangkan apa.Sekali tengok macam tarian naga Cina tapi kat sini mana ada budak dari negara China.Tak kisahla..ada la tu melambangkan apa2.Aku pun tak sempat tanya teacher sekolah tu.


Ketukan yang menggamatkan suasana.Syok pulak dengar

Pilih pilih..nak awek yang gelap..cerah..berkebaya dan agak pelik pakaian.Ini bolehla iklan astro jap "MACAM MACAM ADA"

Yang ni group jalan ala2 santai.Penat dah kot pusing jauh.Tapi aku suka budak lelaki berjubah dua orang tu.Dah penat tapi suara kuat lagi jerit ALGERIA..ALGERIA.. fuhh patriotik sungguh
Ni dah habis perarakan diorang berkumpul di padang.Amacam...nampak tak bendera malaysia yang besar tu..kelassss kan.Bendera orang lain ciputtt je kecik2

Macam2 warna kulit,rupa dan negara..tapi mampu bersatu.

Rabu, 23 Februari 2011

AYAM BLACKPEPPER

Sumber :k nor secubitgaram

BAHAN2
1/2 ekor ayam-dipotong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar-potong
3 ulas bawang putih-cincang
1/2 inchi halia-hiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1 st serbuk lada hitam-aku lebihkan
bunga kobis
lobak
2 biji cili hijau-potong serong
minyak

CARA2
-Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit pastu goreng hingga masak tapi tak perlu garing.Ketepikan
-Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi
-Masukkan bawang besar dan goreng hingga hampir layu
-Masukkan sos blackpepper,sos tiram dan serbuk lada hitam.
-Kacau hingga wangi dan masukkan bunga kobis serta lobak.Masukkan juga ayam.Kacau rata (boleh masukkan sedikit air jika kuah terlalu kering)
-Tutup kuali sekejap untuk melembutkan sayuran.
-Masukkan cili hijau dan kacau rata rata.boleh dihidangkan

BAUMKUCHEN

sumber: hanamemories

BAHAN2
*80 gram tepung gandum
*20 gram tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
3 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
3 biji putih telur (sejuk dari peti ais)
80 gram gula
140 ml susu segar
50 gram butter-cairkan
1 sudu besar madu
-bahan bertanda * diayak

CARA2
-Pukul kuning telur dan esen vanila hingga berkrim.Masukkan bahan2 diayak berselang seli dengan susu segar.Ketepikan
-Cairkan butter kemudian masukkan madu.Sejukkan
-Mangkuk lain,pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sikit2 dan pukul sampai meringue.
-Ambil setengah adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur..kaup balik sebati.Pastu tuangkan perlahan lahan kedalam baki adunan putih telur dan kaup balik lagi perlahan lahan.Akhir sekali masukkan campuran butter dan madu.Sebatikan
-Panaskan kuali non stick,lengser dengan sedikit butter/minyak.Gunakan api kecil je.Tuang 1-2 senduk adunan kedalam kuali..ratakan (jangan terlalu nipis nanti pecah masa nak gulung dan jangan terlalu tebal sebab lambat masak dan susah gulung)
-Tutup kuali dengan penutup.Biar kek masak hingga permukaan atas agak kering dan bahagian bawah keperangan.Buka penutup dan gulung kek tadi.Angkat dan ketepikan
-Sapu butter lagi keatas kuali dan tuang adunan.Buat seperti tadi.Apabila dah masak,ambil gulungan kek yang dah siap tadi kemudian letak atas kek yang baru masak dan gulung lagi.Ulang langkah memasak hingga habis.Kebesaran kek ikut suka masing2
-Bila dah siap,wrapkan kek dengan plastik wrap dan simpan kejap dalam peti sejuk supaya lapisan melekat dan tak terburai.Potong setiap 2cm dan hidangkan.

Sedapnya mamam sampai tak sempat nak mandi.



Isnin, 21 Februari 2011

HAPPY BIRTHDAY

Genap harini usia aku 30 tahun.Macam tak percaya je..sekejap je masa berlalu.Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia aku.Hidup aku sekarang terasa lengkap dengan adanya 2 hero yang semakin membesar dan suami yang cukup penyayang.Anak2 aku alhamdulillah jenis mendengar kata dan along semakin hari semakin matang dan pandai menjaga diri dan adiknya.Along juga dikurniakan otak yang bijak dan cepat menangkap apa yang diajar.Tahun ni beberapa kali dia mendapat awarded daripada sekolah..terima kasih padamu Ya Allah.Adam juga semakin bijak dan mudah menerima apa yang kita ajarkan.Semoga dia dapat mengikut jejak langkah abangnya.Semoga kehidupan yang akan mendatang kebahagiaan akan terus menjelma dan kami sekeluarga kekal bersama hingga ke akhir hayat..aminnn.Untuk suami tersayang..ucapan darimu sudah cukup membahagiakan.Aku tak perlukan apa2 hadiah lagi kerana apa yang kau berikan selama ini lebih daripada mencukupi.Terima kasih kerana mencintaiku sepenuh hatimu dan berkorban apa saja untuk keluarga.Maafkan ku kerana kadang2 terlalu mengharapkan kesempurnaan daripadamu sehingga aku terlupa yang manusia ini tidak ada yang sempurna.Maafkan diri ini.

INTERNATIONAL DAY-PART 2

Bersambung semula tentang entry makan2 di international day sekolah along.Banyak booth yang aku tak sempat ambil disebabkan 2 perkara.Pertama..orang terlalu ramai so malas nak berasak asak dan keduanya kerana susah nak buat dua perkara iaitu jaga adam dan menangkap gambar.Jadilah kot gambar2 yang ada ni.
Ini di booth Sri Lanka.Makanannya tak berapa banyak mungkin sebab tak ramai rakyat negara diorang disini.Adalah beberapa orang je student dari sri lanka tapi oklah juga daripada takde kan???

Ini kuih dari booth Qatar.Namanya gulap jamun.Dalam dia rasa macam cucuq kembong kita je tapi diluar diorang salut dengan air gula.Biasalah arab tak boleh lari dari manis.Sini ada jual yang segera.Beli je sekotak pastu balik bancuh kat rumah..goreng sendiri.Nanti aku masukkan gambar yang dalam kotak tu.Lebih kurang macam cucur ikan bilis adabi tu jelah.bancuh..goreng..tak payah cari2 resepi dah.senangkan.


Comelkan yang jaga booth ni.Macam biasa arab ni banyak manisan.Sorrylah aku takleh tangkap gambar tepat ke makanan sebab masa ni orang ramai.Adam pulak dalam keta tolak dia tu..tinggal kang tak pasal2 hilang hero kecik tu.


Ini pulak rasanya makanan di booth south africa.Banyak biskut tapi aku tak jamah.Risau juga takut dimasukkan bahan2 yang meragukan.

Haaa nilah orang yang jaga booth south africa.Bebudak lagi..so jangan salah faham..nama je africa kat belakang tapi bebudaknya putih2 belaka.

Kesian diorang sebab booth di kawasan berpasir.So aku takleh nak ambil gambar dekat sebab susah nak tolak adam.Tapi apapun aku suka yang pakai gaun tu..kiutttt

Egypt pun kesian dapat booth kawasan berpasir.Angin pulak tengah kuat tapi jangan risau sebab makanan diorang tutup.Ada nasi dan manisan2

Ni pulak booth yang duduk paling hujung sekali.Sebelah booth nepal.Sawa dikap..booth thailang.Tak banyak makanan juga sebab student diorang sikit.Adalah beberapa kerat je..diorang sediakan tomyam..ayam kari hijau,somtam dan nasi goreng.Tomyam dia memang sedapppp.Ok habis cerita pasal makanan ..nanti bersambung lagi..berkaitan apa???/tunggu jelah.

INTERNATIONAL SCHOOL DAY-PART 1

Minggu ni aku kurang mengupdate sebab kesihatan yang kurang mengizinkan.Alhamdulillah hari ni dah ok sikit.Dalam keaadaan kurang sihat aku tetap juga menggagahkan diri pergi sekolah along.kesian pula dia kalau aku tak pergi..mesti tercari cari mama.Minggu ni ada dua aktiviti di sekolah along.Hari selasa sports day (aku tak sempat upload gambar lagi) dan hari khamis baru2 ni ada international day.Syok gilerrr international day..sangat2 happening dengan makanan,pakaian,ragam dan pelbagai rupa dari macam2 negara.Dari info yang diberi,terdapat pelajar dari 43 negara di sekolah along.Fuhhh banyak tuuu..Booth banyak dibuka sempena international day yang mewakili negara masing2.Lenguh jugaklah kaki ni nak berjalan.Di setiap booth ada disediakan makanan tradisi dan segala yang berkaitan negara masing2..yang bestnya semua makanan free,melantaklah puas2.Tapi aku tak makan disemua booth sebab takut ada yang tak halal.Kali ni aku cuma nak cerita pasal makanan..tapi rasanya sampai part 2 ada cerita pasal makanan ni sebab banyak sangat.



Ini makanan di booth filipina.Banyak juga makanan tradisi diorang tapi aku kurang berani sentuh sebab bukan muslim.Walaupun diorang kata halal..aku tetap was was.

Makanan di booth indonesia.Ada nasi ambeng,kek lapis dan pelbagai jenis kuih.Cup cake pun ada juga


Yang ini booth paling happening..booth malaysia.memanjang penuh dengan orang sebab terlalu banyak makanan dan yang melayannya ramah mesra belaka.Roti jala..kuih bakar..mee goreng..nasi goreng..nasi lemak


Lagi makanan malaysia..peberet anak aku..kek lapis sarawak.Ada juga kacang kuda,tose dan pelbagai makanan tradisi india


Fuhh kan aku dah cakap..booth malaysia banyak makanan.Karipap pusing..karipap biasa..lemang..rendang..taufu fah..kuih lapis..cakoi..keropok lekor dan macam2 lagilah.Tak tersebut satu2 rasanya.



Jangan tak percaya..rojak buah pun adaaaa.Yang dalam bekas kukusan kayu yg comel tu kuih pau.Oklah nanti sambung lagi pasal makanan ni..jumpa entry seterusnya

Sabtu, 19 Februari 2011

ROTI POKET

Sumber :khairiah resepi.net
tapi aku usha dari kak madiha



BAHAN2 POKET
Roti gardenia (ikut suka la kalau nak guna brand lain )
Serbuk roti
telur

BAHAN2 INTI
mayonis
cream cheese
lada sulah/lada hitam
ayam (potong dadu kecil)
bawang besar-aku dadu kecil/halus
cili benggala-potong dadu
daun salad-tak isi
*timun-potong dadu
*carrot-potong dadu
bertanda *aku tambah

Cara2 buat poket
-Lapiskan 2 keping roti.Gelekkan dengan kayu penggelek sampai nipis
-Gunakan acuan bulat untuk memotong roti.Contohnya aku guna cawan je..letak mulut cawan tu atas roti pastu guna pisau potong je ikut bentuk cawan tu.
-Celupkan dalam telur pastu golek golekkan atas serbuk roti.Goreng hingga kuning keemasan.Roti akan mengelembung.toskan (masa nak goreng pastikan minyak betul2 panas..kalau tak nanti minyak menyerap dalam roti..ini pengalaman aku la..)

INTI (boleh pelbagaikan ikut citarasa)
-Tumiskan bawang sampai agak2 layu..masuk cili benggala.pastu masukkan pula ayam,carrot dan lada sulah.Ayam tu nampak dah hampir2 nak masak..masukkan timun.Dah nampak kering dan masak..tutupkan api.Gaulkan cream cheese dan mayonis dalam inti.kacau sebati
CARA HIDANG-potong dua roti (nak comel guna gunting) pastu masukkan inti

ROTI GORENG RANGUP

Sumber :myresepi

Bahan2
8 keping roti
serikaya @ apa2 jem
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
sedikit pewarna kuning

CARA2
-Di dalam bekas satukan tepung gandum,marjerin,garam dan gula.Bancuhkan dengan air dan masukkan sedikit pewarna kuning.Ketepikan
-Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya pastu potong ikut suka
-Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng
-Celupkan roti tadi dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.Proses ni kena cepat sikit sebab roti tu mudah menyerap adunan tepung.Luar rangup tapi didalam tetap lembut.


Jumaat, 11 Februari 2011

NAMOURA

Sesape yang pernah ke negara arab pasti dah biasa dengan diorang punya kuih dan manisan yang boleh dikategorikan 'teramat' manis...Walaupun manis tapi aku suka giler sebab sedap.Setakat ni aku tak pernah cuba lagi buat desert2 arab ni..kalau nak aku beli je.Melambak lambak ada kat pasaraya.Nantilah..akan aku cuba juga buat nanti.Ini salah satu yang aku suka..namanya Namoura.Manis dan kaya dengan rasa kacang.Aku ada search resepi dan ni antaranya..korang boleh usha kat sini.Dia siap ajar step by step dan bergambar.Nanti ada semangat rajin..aku akan buat dan letakkan gambar hasil air tangan aku pulak.Kali ni aku letak gambar kuih yang dah siap dimasak..aku ambik pastu bayaq je.




CUCUQ NASI IKAN BILIS

sumber:yati
BAHAN2
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis-optional
daun sup/bawang-dihiris halus
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

CARA2
-Blend nasi bersama air,masukkan sekali ikan bilis,bawang putih dan bawang besar..kisar sebati/halus
-Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi..gaulkan sebati.
-Campurkan semua bahan2 hirisan,garam dan gaul sebati.
-Panaskan minyak dan goreng adunan cucuq hingga masak.Insyaallah cucuq ni kekal lembut walaupun sejuk.

ROTI CANAI

sumber:myresipi

Bahan2
#550gram tepung gandum
#250 gram air
#1 biji telur
#3 tbsp susu pekat manis-60 gram
#1tsp garam-6 gram
#1tsp butter/marjerin-15 gram
*1-2 tbsp tepung gandum-untuk ditambah kalau terlebih lembik masa menguli

CARA2
-Masukkan bahan bertanda # kedalam bekas.kacau hingga sebati.Masukkan bancuhan kedalam tepung.Uli hingga jadi doh.
-Rehat doh selama 10 minit.
-Uli lagi selama 5 minit.
-Ulang step ke 2 dan 3 sebanyak 3 kali.Lepas kali ke 3 proses uli dan rehat..doh bertambah kenyal dan tak melekat,so jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat ditangan.Kalau rasa lembik selepas second time ulidan rehat..tambah sedikit tepung gandum.

-Bentuk bulat2,buat dalam 12-16 biji bergantung saiz dikehendaki.Perap selama 3 jam atau lebih dan boleh dikibar/tarik2 (aku perap semalaman).Lepas dibulat bulatkan sapu dengan marjerin+minyak pastu baru simpan.Masa nak tebar..penyek2 dulu sebesar tapak tangan dan rehatkan 10 minit.Boleh la buat banyak2 pastu barulah dipenyekkan besar2 untuk proses tebar.Aku tak pandai tebar..belasah main tarik2 je.Alhamdulillah doh ni tak mudah koyak.

Dah tebar/tarik2..bolehla dimasak atas kuali.Taaraaa..inilah rotinya.

Rabu, 9 Februari 2011

MADU..RM1000?

Kali ni nak cerita pasal madu..bukan madu yang menyebabkan aku menderita dan kurus kering sebab makan hati (kalau bermadu tu..ada periuk belanga terbang kat umah ni) tapi madu untuk kesihatan.Madu ni macam wajib lah ada kat rumah aku..tapi yang betul2 makan madu laki aku sorang je.Aku kadang2 je..anak2 langsung tak pandang.Hairan juga aku kenapa budak2 ni tak suka..padahal manis bukanmain madu ni.Madu ni banyak khasiatnya..untuk kesihatan dan untuk orang dah kawin,supaya lebih power.Power apa?sendiri mau ingatlah...Harga madu ni..hu..hu..aku boleh beli baju berpuluh puluh pasang rasanya.Harganya 1 kg QR900..kalau RM lebih kurang dalam RM 800 lebih sikit.Yang laki aku selalu beli madu 1 kg campur dengan royal jelly.Harga dalam seribu lebih tapi disebabkan laki aku selalu beli dengan dia..dapatlah seribu.Tahanlah madu ni dalam dua bulan.Kesihatan punya pasal..pejam mata jelah bayar seribu kat mamat arab tu...


inilah rupa madu tu..ada berani nak beli?kat sini majoriti memang ramai makan madu jenis ni..Ada madu yg cecah harga lima ribu.Rasanya mamat tu cakap bagus untuk kanser dan penyakit kronik.Warna madu tu putih.Nanti aku letakkan gambarnya...

RISOLES

BAHAN2 KULIT
150 Gram tepung gandum
500 ml susu segar
1/2 ketul kiub ayam
garam
1 biji telur

BAHAN2 SALUT
2 biji telur-pukul dengan garfu
serbuk roti

*INTI -aku guna inti karipap je...

-Blend/pukul bahan2 kulit.Perap dalam 15 minit
-Panaskan kuali.Sapu sikit minyak.Senduk dan dadarkan adunan (macam buat kuih ketayap)
-Letak inti dan gulung
-Celupkan dalam telur pastu golek atas serbuk roti
-Panaskan minyak dalam kuali pastu goreng..nampak perang2..angkat dan toskan.boleh makan macamtu atau cicah ngan apa2 sos..


TART TELUR

SUMBER : KAK MADIHA

BAHAN2 PASTRI
125 Gram butter
60 gram gula aising
1/2 biji putih telur
1 biji telur kuning
220 gram tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

-Semua bahan di atas diadun sehingga menjadi doh.Gelek setebal lebih kurang dalam 5mm
-susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yang digelek tadi diatasnya.Tekan atas acuan untuk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
-cucuk2 dengan garfu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175 celcius.

Inilah rupa pastri yang dah dibakar separuh masak dan betul2 masak(aku buat lebih..yg betul2 masak aku simpan pastu esoknya buat tart buah buahan)
BAHAN2 KASTARD TELUR
280 gram susu segar
160 gram gula
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
CARA2
-masak susu segar dan gula hingga gula larut..tutup api
-Masukkan telur dan esen vanila..dengan menggunakan whisker,kacau perlahan lahan pastu tapiskan.
-Masukkan dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu lebih kurang 175 celcius
Ni lah rupanya yg dah siap..taklah comel sangat tapi yg penting rasanya..mabelesss.thank's kak madiha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...