Isnin, 30 Ogos 2010

APAM GANDUM


APAM GANDUM
sumber : mat gebu

BAHAN2
500 gram tepung gandum
3/4 cawan brown sugar/gula merah
2 cawan air
11 gram yis + 1/2 cawan air - larutkan
kelapa parut + sedikit garam

CARA2
1.Gaul rata tepung dan brown sugar hingga rata.Tuang bancuhan yis..kacau.Tambah air sikit2 sambil gaul rata dan tidak berbinti bintil.
2.Lengser loyang dengan sedikit minyak.Tuang no 1 dalam loyang dan biar dalam 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang.
3.Kukus atas air mendidih selama 40-45 minit.Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong pastu boleh hidang dengan kelapa parut yang dah dicampur garam.

Ahad, 29 Ogos 2010

DAGING GORENG JINTAN


DAGING GORENG JINTAN
sumber : kak nor

BAHAN2 A
Daging potong nipis
1 sudu teh jintan manis - tumbuk
1/2 sudu teh Lada hitam - tumbuk
1 sudu teh jintan putih - tumbuk
1 sudu teh ketumbar - tumbuk
kunyit
air

BAHAN2 B
3 tangkai cili api - potong
1 tangkai cili merah - potong
sedikit cuka dan kicap
1 biji bawang besar - potong bulat
1 tangkai daun sup
1 daun bawang

CARA2
1.Daging gaulkan dengan bahan2 A.Masukkan dalam kuali/periuk dan rebus empuk hingga air kering.Ketepikan
2.Dalam kuali yang sama ,masukkan minyak,tumis bawang besar,cili api dan cili merah,daun sup dan daun bawang.Masukkan garam dan perasa.Akhir sekali masukkan cuka dan kicap.Boleh hidang

SAMBAL SOTONG KICAP



SAMBAL SOTONG KICAP
Sumber : Dayang Jack
BAHAN2
7-8 ekor sotong (gaul dgn kunyit,tpg jagung dan garam)
1 labu bawang besar - mayang
1 sudu makan sos tiram
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu makan air asam jawa
sedikit hirisan cili merah dan daun sup
2 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ikan bilis
BAHAN2 KISAR
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA2
1.Panas minyak.goreng sotong 30-40 saat.Toskan
2.Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau
3.Masuk cili kisar.Masak hingga pecah minyak.Masuk pati ikan bilis,sos tiram dan kicap manis.
4.Masukkan sotong,cili merah dan bawang besar.Masukkan garam,sedikit gula dan perasa.
5.Akhir sekali masukkan air asam jawa.Hiaskan dengan daun sup.

Yang dibawah ni saja nak enterprem gambar nasi yang abang beli masa baru balik dari kerja (oncall).Abang sampai rumah dalam 2 pagi..so ngam2 la nasi ni untuk bersahur.Banyak giler sampai akhirnya tong sampah yang kenyang.Sini nasi sebungkus dia seolah olah untuk 3 orang makan :) (bagi perut orang kitalah).Sedappp tapi macam biasalah yang tak bestnya sini nasinya tak berkuah...

NASI BUKHARI KAMBING


NASI BUKHARI AYAM

Jumaat, 13 Ogos 2010

DAGING BLACKPEPPER

Kali ni entry masakan daging yang su ambil dari blog dayang jack


DAGING BLACKPEPPER

BAHAN2
-Hirisan daging rebus
-Lada hitam (ditumbuk kasar)
-1 sb kicap pekat
-2 ulas bawang putih (cincang)
-1 labu bawang besar (mayang)
-2 sudu makan kicap manis
-1 sb sos tiram
-5 biji cilipadi (diketuk)
-hirisan daun ketumbar (su tak isi)
-hirisan capcicum
-1 sb jus lemon
-tepung jagung (bancuh dgn sikit air)

CARA2
-Perapkan daging + 1/2 sb kicap pekat +lada hitam selama lebih kurang 10 minit.
-Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang.Masuk sos tiram dan sedikit air.Kacau hingga mendidih..masukkan daging dan baki kicap pekat.Kacau sebati.
-Masuk capcicum,cili padi,kicap manis dan jus lemon.
-Masukkan garam dan perasa..akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar.Kacau hingga kuah agak pekat.Sedia untuk dimakan.

KUIH PAUNG PULUT/BOM

KUIH PAUNG PULUT/BOM

BAHAN2
1 Cawan tepung pulut
1 sb tepung gandum
secubit garam
sedikit gula(untuk elak kuih meletup)
air secukupnya
Bijan
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti
Kacang Hijau
gula secukupnya
sedikit tepung gandum
air

CARA2
-Masukkan tepung pulut,tepung gandum,garam dan gula di dalam bekas.Masukkan air sikit2 sambil menguli hingga menjadi doh yang tak melekit di tangan.Ambil sedikit doh buat bebola kecil.Buat sampai habis semua doh.Ambil doh yang dah dibulatkan tu...leperkan masuk inti di tengah tengahnya pastu tutup doh dan jadikan bentuk bulat macam bebola semula...golekkan atas bijan .Buat sampai habis semua adunan doh.
-Goreng dalam minyak yang terendam dan api yang kecil untuk elakkan kuih ni meletup letup.Greng hingga perang pastu boleh angkat.

Untuk Inti:
Rendam kacang hijau dalam dua jam pastu basuh.Kacang hijau masukkan dalam periuk,rebus sampai empuk/lembut (jangan lupa isi air pulak).Dah nampak kacang tu pecah2/lembut..masukkan gula.Kacau sampai agak kering..masukkan pula sedikit tepung gandum.Dah nampak kering angkat biarkan sejuk.Buatkan bentuk bebola kecil..masukkan dalam doh.
*Boleh juga gunakan inti kelapa.Tapi su lebih suka kacang hijau.

KUIH YANG BELUM DIGORENG

Khamis, 12 Ogos 2010

IKAN KERAPU 3 RASA

Along pertama kali berpuasa.Alhamdulillah dia bertahan sampai waktu berbuka..insyaallah harap2 dia boleh berpuasa sebulan.Masa tak berapa nak ada untuk berceloteh so su masukkan jelah menu berbuka hari pertama..simple tapi???along bertambah 3 kali..he..he..mama?takleh tambah sebab nanti tak pasal2 berat naik semula.Resepi ni su ambil dari DayangJack.Sapa2 nak cari resepi yang best2 pi lah kat situ.

IKAN KERAPU 3 RASA

Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
1 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut (su potong halus)
5 biji cilipadi-ikut kepedasan (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala

Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,serai,bawang putih,bawang merah,cili padi,daun limau purut dan halia hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.su tak isi sebab sos2 tu dah membuatkan kuah nampak pekat.
-Masukkan ikan.Boleh hidang untuk ngap..

Masak Lemak Jantung Pisang

Member untuk temankan lauk ikan kat atas.Resepi sempoi je tapi...mabelesss.Thank's mak bagi resepi ni kat ceq.Tapi takleh lawan mak masak.Rindu masakan makkk...hu..hu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...