Khamis, 29 Julai 2010

CAKOI TANPA ALUM

Tak boleh nak cerita panjang sebab laptop su ni tengah biul sikit.Jap jap mampus sendiri..sakit hati betul.Nak guna laptop abang malas la pulak sebab takde mouse.Nak bodek abanglah suruh beli yang lain..bagus punya bini kan,terutamanya bab2 menghabiskan duit laki...ha..ha..ha..lantaklah duit laki aku juga.Oklah kali ni resepi su rampok dari fp Kak Madiha.Sesape nak tengok yang original punya boleh pi sini

CAKOI TANPA ALUM

Bahan bahan
400 gm tpg gandum
4 gm yis segera
1/2 sdb shortening
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil gula
1 sudu besar susu pekat/ gula (su guna susu pekat)
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air
cara cara
1. Cairkan marjerin & sejukkan. Campurkan telur dlm marjerin cair & kacau rata.
2. Masukkan yis & gula dalam air dan biar hingga yis kembang.
3. Satukan tepung, garam, shortening & susu pekat. Digaul sebati.
4. Masukkan campuran marjerin + telur tadi dan juga campuran yis & air tadi.
5. Uli hingga betul2 rata. Adunan biarkan agak lembik sedikit (melekat2 pd tangan).
6. Perapkan adunan sehingga lebih kurang 3 - 4 jam.
7. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas yang byk.
*Cara membentuk cakoi: Pastikan taburkan tepung gandum secukupnya di atas papan canai anda. Sapukan juga tepung pada tangan anda secukupnya. Ambil 1/4 bahagian adunan dan letak di atas papan canai. Tabur tepung atas adunan td & canai memanjang setebal >< ½ inci. Gunakan pisau yg sesuai untuk memotong adunan yg dicanai tadi selebar >< 1 inci. Ambil lidi atau chopstik dan celup dalam air bersih (dlm gelas) kemudian basahkan hirisan tepung tadi. Tangkupkan tepung tadi menjadi sepasang biar melekat (fungsi air tu sebagai gam). Bila minyak dah panas.. tarikkan sedikit hirisan yg dah dilekatkan tu sebelum dimasukkan dlm minyak panas yg banyak. Gorenglah spt biasa. Cakoi sedap dihidang bersama kuah kari ataupun kuah santan yg manis.Kali ni su buatkan kuah sardin.


Rabu, 21 Julai 2010

CHILLI CRAB

Banyak hari juga su tak mengupdate..bukan apa,masa agak terhad sekarang.Sibuk sikit dengan anak2.Ni nak menaip pun terganggu sebab sikecik mengacau.Suka betul dia tarik2 wayar pastu nangis2 nak main mouse.Fuhh kalau tengok dia pegang mouse..macam teror je..ha..ha..ha..Oklah sebelum meja komputer ni patah dikerjakan adam baik su terus pada resepi dibawah.Macam biasa masakan ni khas untuk along sebab dia memang hantu ketam..resepi ni su cilok kat sini

Chilli Crab


CHILLI CRAB
Bahan-bahannya
5 ekor ketam, dibersihkan dan dibelah 2
6 sudu makan sos tomato
1 biji telur, dipukul dengan 1/3 cawan air
1/2 cawan air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
Bahan untuk Dikisar
15 tangkai cili kering, direndam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Bila rempah telah garing masukkan air, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
2. Masak rempah sehingga ia mendidih kemudian masukkan ketam. Dibalik-balikkan sehingga ketam masak. Rasakan kuahnya, jika ada yang kurang tambah gula dan garamnya.
3. Telur yang telah dipukul bersama sedikit air dituang dan gaul rata. Angkat dan boleh hidangkan.
*Nota: Telur dicampur air supaya ia tidak bergentel bila digaulkan dalam rempah dan ia juga dapat memekatkan kuahnya

Masak Lemak Labu


Ni pulak geng untuk makan dengan chilli crab.Masak lemak labu.Kalau cara su kena isi lada hitam sikit untuk mengelakkan angin.Tapi alhamdulillah perut su ni tahan lasak.Makan labu takde apapun..adam pun ok je tak kembung(adam masih menyusu badan)..biasalah anak mak..tolak kayu dengan batu je..ha..ha..ha..

Isnin, 12 Julai 2010

ROTI KENTANG

Piala dunia dah berakhir.Penangan bola punya pasal..hari ni mata berat je nak tertutup.Bajet semalam taklah lewat sangat habis..last last tambah masa.Tapi apa pun tak kisah lah sebab spain menang..yahuuu.Harini masak simple je..singgang ikan aya/tongkol,rebus telur masin,goreng ikan kembung 3 ekor dengan sambal belacan.Yang kat bawah ni minggu lepas su buat..siap tayang FaceBook.Resepi ni su ambil dari fp Kak Madiha Jom layannnn (uli dengan tangan je tau..hu..hu..hu..)

ROTI KENTANG

Ni gambar sebelum bakar

Baru keluar oven




Bahan-bahan Doh ( dpt dlm 12 bun kecil )
250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)
Bahan-bahan Sos kastard
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula
Cara Menyediakan
1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer ) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHa.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda .
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan



Budak tak sabar nak melantak..he..he..he...

Khamis, 8 Julai 2010

Nak kena sekeh ni....

Adam..adam..aktif betul dia sekarang.Badan pun dah makin kurus sebab banyak sangat aktiviti dibuatnya.Paling dia suka sekarang memanjat.Semua benda yang boleh dipanjat memang pantang dia tengok.Meja makan,kerusi,rak tv dengan katil tu dah jadi mainan.Budak ni kalau kat malaysia agaknya pokok pun dia panjat kot..ha..ha..ha..Tak boleh tinggal kejap..ada je projek.Makan pun mengada ngada nak duduk atas kerusi meja makan..Ish..ish..ish..padahal baru je boleh jalan.Sekarang ni dia tengah 'berkubang' dengan along dalam bilik air.Cuba tengok ni..rilek je duduk atas kerusi...dah marah tapi tak makan saman betul..he..he..he...

Muka slumber je walaupun mama terjerit jerit marah.Along dah tak kuasa melayan sebab dah penat angkat adik turun naik dari kerusi dengan meja.Kesian along..dah la adik tu lebih kurang je berat dengan dia..hik...hik..Tapi yang paling mama tak boleh tahan..bila kita tegur..tengok dia buat muka...tiru manapun tak tahulah.Suka betul dia buat muka macam ni.Kalau suruh je buat muka hodoh..jadilah memek muka camni.Ish..ish..ish..anak sapalah ni..ha..ha..ha..




Dah naik atas kerusi satu hal..siap boleh gegar..gegar kerusi tu.Dia ni jenis tahan sakit sikit.Menangis kejap je..takdenya dia kenal rasa serik/takut.Parut2 tu dah perkara biasa.Kadang2 tak tau pun bila dia terluka sebab kalau sakit sikit2 ni dia buat bodo je..takde nangis2nye.Tau2 mama belek2 ada je kesan luka..





Ni cuba tengok...habis pipi kena bucu rak tv.Adam..adam..Woiiii ada ke dua beradik ni berbogel.Cepattttttttttttt pi pakai baju.Nak kena sekehhhhh betul bebudak ni.

Rabu, 7 Julai 2010

Kuih Ketayap Inti Lempuk/Durian

Salam pagi yang kurang menceriakan kerana perut yang masih ada terasa sakitnya.Entah apa kenalah agaknya su dengan si kecik kena cirit birit.Padahal masak guna air mineral..cuma basuh2 je guna air paip.Mula2 siangnya adam kena..pastu malamnya mama pula terjangkit.Mama siap muntah2 sampai pedih rasa perut ni..risau tetiba gastrik datang balik je.Demam pun tetiba je datang..adoiii umah macam tongkang pecah.Tu lah..kalau kita yang sakit memang masalah besar.Tapi dalam tak sihat tu gagahkan diri juga masak.Harini alhamdulillah dah ok sikit.Mujurlah abang dengan along tak terjangkit sama.Oklah nak cerita panjangpun rasa macam tak berapa berdaya sangat nak ngadap laptop ni..pening nampak tulisan2 ni.Ni resepi sempoi je..kuih tradisi yang cukup senang untuk dibuat.Kali ni su buat intinya dicampur lempuk/durian.Layannnnn......


KUIH KETAYAP/DADAR


KETAYAP
Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih
Gula biasa/ gula melaka secukupnya
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Bahan2 Dadar
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan/susu segar (su guna santan dalam tin)
secubit garam
esen pandan/4 helai daun pandan-mesin dengan sedikit air
pewarna hijau secukupnya
1 biji telur
sedikit minyak

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada isi tepung..nak ganti tepung jagung pun boleh)

Cara Menyediakan Dadar/kulit
1. Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati kalau guna daun pandan.. mesin pastu tapis ambil airnya.
2. Tapiskan bancuhan.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak(kalau guna non stick pan takyah pun takpe) . 4.Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis. 5. Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. Ulang proses no. 4. 6. Sementara nak tunggu dadar ke 2 masak segera masukkan intikan kat dadar/kulit yang pertama td dan gulunglah kuih . Habiskan kesemua bahan2 & lepas tu bolehlah dihidang



LEMPUK


Nilah rupa lempuk yang su guna.Lempuk ni mak yang buat..dari tahun lepas lagi hayatnya.Kalau kena cara masaknya lempuk ni akan tahan setahun lebih tapi kena simpan dalam peti ais la.Yang dalam gambar ni adalah merupakan stok terakhir...bolehlah lepas gian nak makan durian.Sini ada juga jual durian tapi harganya???????kalau tak ngandung dan ngidam rasanya tunggu balik kampung baru beli dan makan puas puas..he..he..he..

Ahad, 4 Julai 2010

Roti Jala

Terajin pulak mengupdate harini..bukan apa,sekarang ni kalau nak update masa agak terhad.Tu yang FP tak update lagi sampai hari ni.Sebab apa masa terhad?Ni ceq nak habaq.Lepas dari pukul 4 petang memang dah takleh buka internet sangat sebab cik abang tengok bola dan yang merupakan penyebab paling utama kerana suamiku main game online..waaaa.Kalau su buka laman web alamatnya merungutlah cik abang sebab game dia jadi tersekat sekat.So kenalah bini berkorban..curi2 masa update siang dan waktu si kecik tidur.Takpelah janji suami tersayang happyyyyy.Kadang2 bini pun join sekali..ha..ha..Semalam suka sangat sebab jerman menang..memang dah jangka tapi tak sangka la pulak argentina kena belasah teruk sangat.Mesti bengang giler penyokong argentina kan.Harap2 jerman dapat pergi sampai final.Takleh nak cerita panjang sebab ni tengah dalam proses buat kuih lapis pisang.Roti jala ni su buat untuk makan petang.Su ambil dari blog kak An.Bolehlah jengah kat situ sebab kak an siap ada video cara2 untuk menjala.Su buat separuh dari resepi.
ROTI JALA

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 10-15 orang- menghasilkan lebih kurang 50 keping)
5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan cair
4 cawan air
1 sudu teh garam
serbuk kunyit secukupnya
minyak dan daun pandan untuk menjala
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati (su guna mixer je). Tapiskan ke dalam mangkuk. Cuba adunan menggunakan acuan. Jika adunan pekat, tambah sedikit air kerana kadangkala jenis tepung gandum berbeza, mempunyai kecairan berbeza
2. Sediakan kuali leper di atas dapur. Panaskan dan sapukan permukaannya dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarik sedikit dan diikat agar roti jala tidak melekat.
3. Cedok adunan menggunakan acuan roti jala, dan mula menjala .
4. Apabila masak, angkat roti jala dan letakkan dalam pinggan. Jangan lipat lagi. teruskan menjala lagi. Sementara menunggu roti jala masak, lipatkan roti jala pertama tadi. Buat begitu berselang-seli hingga habis adunan.
*** roti jala yang baru diangkat masih rangup dan susah untuk dilipat. Biar 1 minit baru roti jala jadi lembut

KARI AYAM

Bahan-bahan Kari Ayam:
400gm ayam dipotong kecil
2 biji kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan 3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ayam/daging dibancuh dengan 1/2 cawan air
2 cawan santan daripada 1/2 biji kelapa
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang, rempah ratus dan daun kari hingga wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam, santan dan kentang. Masak hingga empuk. Masukkan garam secukup rasa. Tambah air jika mahu kuah yang banyak. Didihkan dan tutup api. Hidangkan bersama roti jala

Slice Cheese Cake

Salam hari ahad..di Qatar harini hari pertama kerja.Pagi yang kurang sibuk harini sebab along dah mula bercuti..panjang umur anak mama,baru bangun tidur.Aik...lepak balik atas kusyen?Adam pulak macam biasa..merayap merata rata sejak dah dapat kaki ni.Semalam si kecik kena cirit birit,kesian adam sampai muntah2.Alhamdulillah harini dah ok.Untuk lunch hari ni belum fikir nak masak apa..jap lagilah kot mencari ilham.Lauk banyak dalam peti tu...semalam baru keluar membeli.Ayam ada 3 ekor,udang 2 kilo,ketam 2 kilo,burung puyuh frozen ada 5 ekor lagi pastu ditambah telor satu sarang.Fuhhh macam banyak kan???tapi tu untuk seminggu je..memang habis dimasak..he..he..he..Sini belanja dapur mahal berbanding Malaysia..biasanya seminggu untuk barang dapur saja hampir 400 rial habis(RM dalam 400 lebih sikit)Maknanya sebulan kena bajet 2000 untuk barang dapur saja.Beras kat sini 5 kg pun hampir cecah 40 rial.Ayam pulak 1kg hampir RM 20..kat Malaysia RM7 pun orang dah susah hati,kalaulah harga macam kat sini..mau semua orang bela ayam belakang rumah..hik..hik..hik..Ish..ish..banyak pula su membebel kan?Slice Cheese Cake ni su buat untuk along bawa ke sekolah sempena parti sebelum cuti (hari rabu).Mula2 ingatkan nak buat yg macam kak azlina..letak filling blueberry/strawberry tapi kebetulan takde stok la pulak.Last2 buat kek sempoi jelah.Tapi macam ni pun licin dikerjakan kengkawan along dengan teacher.Balik rumah siap ngadu along tak sempat makan sebab kawan2 habiskan.Nasib baik mama ada simpan sikit..kalau tak ,ada mama kena buat lain untuk along.Ada juga along berbunyi suruh buat lain..tapi mama malas (hilang diet mama sebab mama belasah sekali)..Hari ni mama dah janji nak buat muffin strawberry..jap lagilah mama buat untuk anak2 mama sebab semua bahan dah ada.Resepi kat bawah ni su ambil dari blog kak diana.Su buat 2 kali ganda dari resepi sebab parti sekolah along gabung semua kelas..so kena bawa banyaklah juga.Gambar 'sememeh' sikit sebab masa potong mama nak cepat.Adam meragam..along pulak macam biasa..pagi2 kena pot pet pot pet dulu baru mandi.

Slice Cheese Cake


SLICE CHEESECAKE
Bahan-bahan
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila
1 sudu besar jus lemon-su tambah

Cara-cara
1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
5. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Sabtu, 3 Julai 2010

Mihun Sup Sempoiii...

Abang baru je kena oncall.Kesian..hari cuti kena juga pergi kerja.Nasib baik sempat lunch..Kepala tengah pusing sikit,apasal la entah sehari dua ni kerap pening.Rasanya sebab cuaca panas sangat kot..su ni bukan jenis tahan panas sangat..mulalah migrain tu datang.Buat masa sekarang kalau takde hal baik duduk dalam rumah je..musim sejuk nanti baru boleh ajak abang pergi jalan2 waktu siang.Tak lama dah pun..bulan 10 biasanya habislah musim panas..ganti pulak musim sejuk.Adoiii rasa lain macam badan ni..sah nak kena selesema.Petang2 belasah mihun sup sedap jugakan...ni su buat mihun sup sempoi je..cara orang malas.Meh layan resepi ni...

MIHUN SUP


BAHAN BAHAN
1 Bungkus mihun-su rendam dgn kunyit pastu celur
sedikit daging lembu-hiris pastu rebus kejap
2cm halia-blend
7 ulas bawang putih-blend
5 biji bawang merah-blend
2 kuntum bunga lawang
4 bunga cengkih
kulit kayu manis
air secukupnya
garam dan perasa

CARA CARA
1.Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
2.Masukkan halia,bawang putih dan merah yang dah diblend/kisar.Tumis jap sampai naik bau pastu masukkan air rebusan daging,daging(yg dah direbus),air secukupnya,garam dan perasa.Biar mendidih pastu masukkan daun sup (su tak isipun sebab sini susah jumpa daun sup).Angkat pastu hidangkan dengan mihun yang dah dicelur dengan kunyit...taburkan daun bawang.Jangan lupaaaa...sambal kicap.Baru ada kick....


SAMBAL KICAP


BAHAN2
10 biji cili api - nak lebihkan pun boleh
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
kicap manis
minyak

Cara cara
-Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan cili api(cili belah sikit untuk elakkan meletup masa goreng).nampak perang sikit..angkat pastu biar sejuk.blend/tumbuk bawang putih,cili api dan gula.Pastu masukkan kicap.Dah siap..boleh makan.

*sambal kicap ni nostalgia betul.Teringat zaman belajar dulu ada kawan dari tangkak suka betul bawa balik dari kampung ke hostel.Petang2 beli goreng pisang cicah sambal kicap...fuhhh sedapnyeeee.Sambal kicap ni sebulan pun boleh tahan kalau letak dalam peti.

Khamis, 1 Julai 2010

Telor Masin

Hari ni last day along sekolah.Mulai esok cuti sekolah bermula sampailah 18 september nanti..fuhhh lamanya.19 September nanti along masuk year 1..teacher dia kali ni mrs J.Donaldson kelas Hedgehog.Apalah along nak buat cuti lama2 nanti..kesian juga dia.Kawan2 ramai yang balik kampung..takpelah along kawan ngan adam ye...Sekarang ni tengah memikir apa nak masak sebab stok lauk dah habis..tinggal telur je.Ada silap2 main order je ni..he..he..he..Yang kat bawah ni percubaan su buat telor masin (peberet su ni) Alhamdulillah menjadi.Cara nak buat simple jer tapi su guna telur ayam je lah..sini mana nak cari telur itik.Kalau kat Malaysia tak payah susah2 nak buat..boleh beli je (tapi rasanya dah mahalkan sekarang ni..) kat sini takde pilihan,nak makan kenalah merajinkan diri buat sendiri.Cara2nya su skodeng dari MyResepi (kenapa sekarang myresepi susah nak buka ye??)...su taip berdasarkan apa yang su ingat ye sebab blog myresepi bermasalah untuk dibuka.
TELOR MASIN

Bahan bahan:
Telor Itik/ayam
Garam secukupnya
Air suam
Cara2
Basuh telor bersih2 pastu jemur seharian bawah matahari.(su jemur kejap je sebab sini musim panas).Garam dicampurkan dengan air suam..kacau biar betul2 larut.Garam tu su tak ingat pulak banyak mana tapi agak2 sampai air suam tu nampak pekat keputihan sikit.Telor yang dijemur tadi (pastikan telor betul2 kering) masukkan kedalam campuran air garam.Biar dalam 2-3 minggu.Pastu bolehlah cuba rasa.Su biarkan hampir 3 minggu lebih sebab kulit telor ayam lebih tebal dari telor itik.
LEMAK CILI API TELOR MASIN

Nilah menu hasil dari homemade telor masin..selain rebus boleh juga buat masak lemak.Selamat menjamu selera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...