Isnin, 31 Mei 2010

Kue Teow Kung Fu

Menu makan petang harini..cik abang kata lulus.Menu sempoi tapi sedap..su dah lama tulis resepi ni tapi asyik tangguh je nak buat.Sumber dari myresepi..oklah layan jelah resepi ni sebab nak citer panjang takleh..dah lewat malam..adam nak tido...

KUE TEOW KUNGFU (SUMBER :MYRESEPI)
Bahan-bahan ( 1 orang )
kueh teow
2 biji telur
lada putih
mix seafood
lobak,bunga kobis (ikut suka nak isi sayur apa-bergantung selera masing2)
1 sudu besar tepung jagung (kalau nak kuah lebih tambah tepung dan air lebih )
1 cawan air
1 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
3 biji cili padi (ketuk sikit-jumlah ikut kepedasan masing2))
sos tiram
sedikit lada hitam (tumbuk halus)
Cara-cara
1.Pukul telur bersama garam dan sedikit lada putih di dalam gelas.
2.Masukkan kue teow hingga 3/4 gelas. Tuang dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Ratakan kue teow supaya menjadi sedikit nipis (macam buat telur dadar) balikkan supaya kedua-dua belah masak.
3.Masukkan dalam pinggan .
untuk kuah
1.Tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix (su masukkan udang dgn isi ketam).
2.Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
3.Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
4.Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air) .Sedap makan panas2 sebab nanti kuah diserap kue teow.

Rabu, 26 Mei 2010

STEAK TENGGIRI

Ngantuknya mata bila makan nasi lemak ni..tu lah sapa suruh bekpes makanan berat2.Nak tidoq...takleh..takleh..rumah macam tongkang pecah..balkoni penuh debu sebab sehari dua ni angin kuat.Projek pertama nak basuh balkoni dulu pastu tidoqkan si kecik..masak sambil2 kemas rumah.Petang nanti kena pergi sekolah along sebab ada production.Busynyalah hari ni..Steak tenggiri ni su buat beberapa hari yg lepas...Asal dari buku senangnya memasak bersama Chef Hanieliza tapi su copy dari blog KAK RINN..warna tak cun sangat sebab guna kunyit serbuk.Sini serbuk kunyit tak berapa kuning..nak isi banyak takut lain pulak rasanya nanti...





STIK TENGGIRI Sumber : Senangnya Memasak...Ikan ( Chef Hanieliza)

BAHAN A:
2 bahagian ikan tenggiri (su buat 3)
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar sos lada hitam (su guna HP PEPPER STEAK SAUCE..)

BAHAN B (SAYUR-SAYURAN IKUT SELERA):
Brokoli lobak merah tomato Sos lada hitam

CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan toskan hingga kering.
2. Perapkan ikan dengan semua bahan selama 30 minit.(su perap semalaman)
3. Bakar dengan pemanggang atau masukkan dalam oven hingga garing dan masak.
4. Hidangkan bersama sayur-sayuran dan sos lada hitam.

Selasa, 25 Mei 2010

DONUT

Boleh masuk citer jap sementara adam tidoq..jap lagi nak berkung fu kat dapur.Ni salah satu kuih peberet along..setakat 3 ketul tu dia bedal kejap je..sekarang musim panas..donut terlebih naik la pulak..gebu dan tembam semacam je (ni nak perli tuan yg masaklah kan..sihat macam donat juga..he..he..)Oklah ni salah satu resepi peberet..memang dah jatuh cinta.



DONUT KENTANG
Sumber : Cakcibur dan Kak Madiha

BAHAN BAHAN
1 biji kentang sederhana besar, rebus.. then blend dengan 1 cawan air panas.
500gram tepung gandum
dlm mangkuk besar,
CAMPURKAN ;
1/3 cwn minyak masak (su guna shortening)
1/4 cwn susu pekat manis (su gantikan dgn susu tepung)
1/2 cwn air suam
2 sdb gula
1/2 paket mauripan
sedikit garam

CARA CARA

kentang yg dah di blend tadi masukkan kedalam bahan2 yang dicampurkan ..pastu masukkan 500g tepung, masukkan sikit2...(su macam kak madiha juga..lebihkan sikit tepung sebab tak pandai nak nguli doh yang lembik) biarkan doh naik sekli ganda..pastu bulat2 kan... biar dia naik lagi sekali... buat lubang sebelum digoreng (kalau males guna acuan donat je)... klu doh melekat2 ditgn.. boh la tepung utk elak dia melekat...

Goreng dalam minyak sederhana panas..boleh ngappp

Ahad, 23 Mei 2010

LEPAT PISANG

Makan petang hari ni...





Walaupun daun pisang mahal dan susah nak dapat...nak makan punya pasal,buat jugalah.Dalam loyang boleh juga tapi dia punya 'kick' tak sama yang dalam daun pisang.Ada sikit lagi daun pisang..nak buat pulut panggang ke,, kuih koci..esoklah pulak pikir..tidur dulu..zzzzzzzzzzz




Khamis, 20 Mei 2010

ROTI JOHN

Takut juga bila terbaca berita tentang budak mati sebab tertinggal dalam bas sini....Ya Allah jauhkanlah anakku dari sebarang perkara buruk.Memang benda dah nak jadi tapi driver bus tu cuai sangat..patutnya periksa la dulu samaada semua budak dah turun ke belum..harap2 lepas ni diorang ketatkan sikit kawalan keselamatan untuk budak2 sekolah.Setakat ni untuk AKIS aku tengok pembantu dengan driver dia memang ok..insyaallah.Berbali kat tajuk di atas..ini sarapan kitorang beberapa hari lepas..dah banyak kali buat sebenarnya..kali ni baru nak enterpreme kat sini.Aku guna roti sosej biasa je..jadi takdelah panjang bebenor macam roti john Malaysia..walau apapun rasa tetap...terbaikkkk

ROTI JOHN (sumber: copy dari Kak Madiha(asal dari kak Amal))
Bahan Intinya: -
-Daging Kisar beku - Ramly (Dimasak atas kuali...utk leraikan dagingnye...masak hingga keluar semua airnye...bila dah ada sikit2 minyak daging tu...masukkan sikit garam dan sebuk kari daging..gaul2 sebentar..masukkan dlm bekas....tunggu sekejab..boleh simpan dlm frezzer)
* Nota Kak Amal: daging kisar ni..selalu kmal suka ambil dr frezzer guna utk buat olio spagetti kalau rasa nak guna daging, inti kuih cara berlauk, lauk untk kanji dan mcm lain...tk rugi kalau huat siap2 dan simpan dlm freezer.
*Su guna inti ayam(potong kecil2) cara sama macam daging juga...
Untuk 5 biji roti john
-5 biji Roti John - dibelah 2 jgn putus..sapu marjerin
-5 sudu besar daging kisar spt diatas
-1 biji bawang besar...dadu
-3 helai daun bawang - hiris jgn halus2 sgt..
-1 sudu kecil serbuk lada putih
-1/2 sudu kecil serbuk kari daging
-garam
-telur 4 - 5 biji (ikut besar saiz telur)
-Sayur kegemaran (su guna kobis & lobak merah yang dihiris halus)
*Nota:
Semua bahan di atas kecuali sayur dicampur sekali..pukul2 sikit dan curahkan atas kuali (tengok berapa besar kuali anda.. jangan curahkan semua)... kemudian telungkupkan roti atas telur. Tgk2 sikit bwhnye...untuk pastikan masak atau belum..siap Utk dimakan... letak sikit sos black paper sikit.(step ni tak payah le..kalau nak niaga...kang banyak modal pulak..), letakkan sos cili, sos tomato dan mayonis... Letakkan sayur kesukaan ---siap. dan boleh jual utk niaga..atau makan sendiri.
*Cara su..semua bahan termasuk sayur dicampur sekali sebab su suka sayur tu layu2 sikit.Terpulang pada selera masing2

Rabu, 19 Mei 2010

Aku anak Felda Sebertak...


Petang semalam aku dapat info dari kawan melalui Facebook mengenai salah seorang teman sekampung yang dianugerahkan gelaran Dato.Bangganya aku dengan abg Azizan (dlm gambar dia yg paling rendah)..dia ni muda lagi baru 30 an...sebaya dan geng aruah abang aku.Sebelum ni dia aku kenal sebagai peguam..sekarang...dah jadi setiausaha politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.Dia telah menerima pengurniaan Darjah Kebesaran,Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh KDYMM Sultan Pahang yang membawa gelaran Dato' Azizan bin Che Omar. Berita mengenai nya ada disiarkan di utusan malaysia Sini.Dia ni rajin..tiap2 tahun buat open house untuk orang kampung...harap2 satu hari boleh jadi YB Bera.Bertambah maju bera nanti...
Sapa kata anak felda takleh berjaya...teringat aku masa orientasi dulu(zaman2 belajar dulu) ada sorang mamat senior yg kerek nak mampus...dia sound direct je kat kitorang anak2 felda suruh belajar jangan buat hal sebab segala punca masalah (dadah,bohsia,samseng) datang dari bebudak felda,kurang hajau betul kalau ikut hati nak sekeh2 je kepala dia.Bukan semua anak felda bermasalah la..mentang2 dia anak bandar tapi bila aku dah lama baru tau dialah hantu segala masalah.Kaki pompuan..cakap tak serupa bikin betul.Sesape seangkatan pemikirannya ngan mamat sengal ni..tolonglah..tak semua anak felda bermasalah.oklah..apa apapun AKU BANGGA JADI ANAK FELDA.

Selasa, 18 Mei 2010

Udang masak Rica-Rica

Baru balik dari sekolah along ambil tiket untuk reception Production 26 Mei ni.Panas wehhh kat luar...Balik kelam kabut cari air membasahkan tekak.Kat bawah ni resepi su ceduk dari kak ummi..Rasanya 3 hari lepas kot su buat....Layan jelah resepi ni...



UDANG MASAK RICA-RICA Sumber Resepi: Majalah Sedap
-Copy dari Kak Ummi

Bahan2
500 gm udang jerbung, agak besar (*Su guna Udang Biasa)
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)
1/2 sudu teh gula pasir
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3 biji cili padi merah
1 cmhalia
1 biji tomato merah/masak

Cara Memasak:-
-Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.
-Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
-Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.
-Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
-Masak sehingga matang dan rempah menyerap.
-Tutup api dan hidangkan.



BUBUR CHA CHA

Ni su buat untuk makan petang.Menghabiskan stok tepung bubur cha cha yang su beli masa balik Malaysia tahun lepas.Masih ada sebungkus lagi..sempat la buat bulan puasa ni sebab tarikh luputnya lambat lagi.Tengah masak bubur ternampaklah pisang sebiji (lebihan buat goreng pisang)..daripada membazir,su campaklah pisang tu masuk sekali.Peberet anak2 ni..tambah2 si kecik..laju dia makan.

Adam..adam...


Tengoklah perangai si Adam ni..along tengok tv dia terus datang bermanja.Mengganggu konsentrasi Along..he..he..tapi tulah along walaupun kusyuk tengok tv..tetap peluk rapat adik takut jatuh..Manjanyalah adam ni dengan along.

Ahad, 16 Mei 2010

Nasi Ayam Penyet

Cuaca kat sini makin hari bertambah panas.Pukul 5 pagi matahari dah menampakkan diri..hantar along pukul 6.30 pagi pun dah terasa bahang panas.Adam gelisah je kalau keluar rumah sekarang..lagi suka dia dalam rumah sebab sejuk ada aircond.Along pun nasib baik sekolah ngan bas ada aircond..kalau tak masaklah anak mama.Kulit diapun dah bertambah gelap tapi apapun yang kesian cik abanglah..berpanas kat tempat kerja.Along mujurlah bulan depan last sekolah..1 julai dah mulai cuti untuk penggal persekolah baru bulan 9 nanti.Bolehla ajar dia puasa tahun ni sebab bulan puasa tahun ni ngam2 cuti sekolah.Panjang pulak bercerita..ini menu sekeluarga baru2 ni.Aku letak kat sini untuk rujukan masa akan datang..pasni bolehla buat lagi.Banyak blog ngan FP aku tengok diorang dah cuba..teringin juga.Yang ni aku copy dari FP KAK MADIHA

RESEPI NASI AYAM PENYET





NASI AYAM (cara su)
Bahan Bahan Nasi
3 cawan beras
4 cawan atau lebih sikit air rebusan ayam+1 cawan air biasa (ikut beras yang digunakan-pandai2lah agak )
1 kiub ayam
1 batang serai(diketuk)
daun pandan
garam
3 biji Bawang merah-mesin
2 ulas bawang putih-dimesin
sedikit halia - mesin
marjerin
Buah pelaga

Cara cara
1. Macam biasalah mula2 kena basuh beras pastu tos kejap. Dalam periuk panaskan sedikit marjerin pastu tumis buah pelaga,bahan2 mesin dan serai.
2. Dah nampak garing sikit masukkan air rebusan ayam, garam, kiub ayam dan daun pandan . Pastu masukkan beras.
3. Alihkan periuk kedalam ricecooker..masak macam biasa





SUP
Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.





Untuk Ayam Goreng Penyet

1 ekor ayam – potong 8 bahagian (MaDiHaA potong 4 je), rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam 2 keping tauhu 1 keping tempe (su x isi sebab takde)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras

CARA CARA
1. Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus. Masa nak perap.. campurkan dengan sikit air & barulah perapkan ayam, tempe & tauhu
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. (su perap dalam 3 jam je.. kena perap ayam dulu pastu baru prepare bahan2 lain.. last sekali barulah ayam perapan ni digoreng)
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu dan sedikit(dalam satu sudu besar utk kremes)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu ikut step yg sama spt goreng ayam tadi.
6. Semasa menghidang.. ayam hendaklah diPENYET (diketuk) terlebih dulu sebelum dipotong ke bahagian kecil.



Untuk Sambal (su buat separuh dari resepi)



* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ Cuci bersih & patah2kan
* 10 biji Cili padi (MaDiHaA tambah lagi 10 biji)
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis
* 3 sudu gula merah/secukup rasa
CARA CARA
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.




Tambahan....Kremes Renyah(Serdak)

1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 sudu besar bahan perapan ayam
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya

Gaul semua bahan....ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet


dalam banyak2 yang paling bestttt samballlllll...

Sabtu, 15 Mei 2010

Gaduh...

Fuhhhh tegang betul suasana bila adik ngan abang bergaduh.Abang berpeluk tubuh sebab merajuk manakala si adik pulak sedang marahkan abang.Dalam 'pergaduhan' ini..adik menang sebab dia garang dan susah nangis.Kesudahannya abang menangis..adik mama angkut bawa masuk tidur.Puncanya????berebut mainan..he..he..bebudak nilah...sekeh juga kepala sesorang ni..

Jumaat, 14 Mei 2010

KUIH LAPIS

Malam ni ada perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dgn Indonesia di padang berdekatan Al Khor International School.Macam biasa cik abang antara salah seorang pemainnya.Mula2 ingat nak pergi menonton juga tapi badan rasa semacam je..anak2 pun selesema dan ngantuk.Setahu aku ada dua perlawanan hari ini..di Al khor Malaysia lawan indonesia manakala di Doha pula diadakan perlawanan antara Al Jazeera dengan Malaysia.Abang pilih yg di Al Khor sebab siang tadi kerja,jadi malas campur letih nak pergi Doha.Berbalik kepada tajuk di atas..nilah menu makan petang hari ni..kuih lapis.Hajat nak buat kuih lapis kacang merah macam kak Madiha tapi pes kacang merah takde la pulak.Kuih lapis biasa pun jadilah dari takde..Resepi ni ambil dari FP Kak Rinn






KUIH LAPIS (sumber:copy dari kak rinnchan)

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..(su isi 1 cawan)
3 cwn santan..tambah jika perlu (su guna santan dalam tin..setin)
1 camca teh garam
Pewarna merah
1/2 camca teh esen ros (optional)

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.

KANTOIIII....

Hobi baru adam..main air.Masa kantoi ni..su lupa nak tutup pintu bilik air master bedroom.Sakit betul budak ni.Lepasni takleh cuai dah..selalu pintu dua bilik air kat luar tutup..yang dalam bilik ni jelah yang selalu lupa sikit.Adam..adam...laju macam lipas kudung dia lesap masuk bilik.Nasib baik bunyi air tu kuat..anak bertuah nilah...

KUASA ALLAH..

Pepagi buka je Facebook...su tertarik dengan info yang diberikan oleh teman sekampung su (Aznor Yahya).Kebenarannya tak pastilah tapi kalau dilihat 'kebetulannya' memang menakutkan.Sesiapa boleh cuba ikut arahan ini (mungkin ada yang sudah tahu kerana ini info dari internet)...

- Buka Microsoft word
- taip Q33 NY (no.pesawat yg melanggar World Trade Centre,WTC)
- tukar font 48
- Highlight Q33 NY tukar kpd font Wingdings

anda akan mengetahui sape dalang disebalik kejadiaan itu....Yahudi LaknatulAllah..

Tetapi walau apapun terpulang pada kita untuk percaya atau tidak..wallahhualam.Sesiapa ingin malumat lanjut juga boleh buka youtube..taip THE ARRIVALS (tentang dajjal)

Award lagi...

Makasihlah mizwa sebab sudi bagi award ni..nak kata pandai memasak taklah juga..rajin tu..memang dah wajib memasak lagipun su memang minat memasak.Sorry lambat angkut award ni..comelnyalah apron ni..letak dalam frame jelah..nak pakai sayang..takut kotor..he..he..he..

Khamis, 13 Mei 2010

Pau

Apalah menu nak masak untuk tengahhari ni..kadang2 pening hari2 pikir nak masak..kalau ulang2 menu bosan juga.Nipun sambil2 dok ngusha blog2 masakan..harap2 adalah yang berkenan.Lupa jap pasal menu tengah hari ..ni pau yg su buat aritu..takdelah buat banyak sangat,cukup2 utk kitorang sekeluarga.su buat 2 inti..kari ayam dengan kacang merah.Su kalau buat pau selalu cilok resepi ni..kena ngan selera.Yang inti kari ayam tu terlebih kukus (adam meragam nak tido)..tu yg nampak macam mengerutu sikit.

PAU (SUMBER -Yani myresepi)

Bahan-bahan ( 8 biji )
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur (su guna jenama crisco..insyaallah dijamin halal)

Cara-cara

1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan(letak kain kat penutup supaya air x menitis atas pau)





Adunan yang sama su cuba buat pau goreng (yg dlm gambar pau goreng yg su frozenkan)..alhamdulillah menjadi cuma 'terbesar' sikit.Lain kali kena buat kecil2 sikit.Harini rasa teringin nak buat cream puff..tengoklah kalau adam tak meragam dan takde apa2 halangan


Selasa, 11 Mei 2010

Bestnyerrr makan aiskrim...

Musim2 panas ni yang paling best sekali kalau dapat minum ais ngan makan aiskrim.Tengah2 syok aku melipat baju..tetiba rasa macam gatal2 tangan la pulak nak ambil gambar hero dua orang ni makan aiskrim.Diorang bukan perasan sangat aku ambil gambar sebab aku guna handphone je..ralik je aku tengok diorang makan aiskrim sambil tengok tv.Adik yang laju dari abang makannya walaupun hidung meleleh leleh ngan hingus..ish..ish..ish..sedapnyaaaa...mama nak jugaaaaaa


Isnin, 10 Mei 2010

SATE GORENG...

Sarapan kitorang sekeluarga pagi ni....dah habis pun,takleh nak ajaklah kan..he..he..he..

Kuah Kacang (sumber : Kak Noreen)

Bahan-bahan:
600gm kacang tanah - digoreng dengan sedikit minyak/tanpa minyak
60gm asam jawa
240gm gula pasir
2 batang serai - dititik
sejari lengkuas - dititik
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
30 batang cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
sejari kunyit hidup
40gm belacan
*1 sudu besar rempah sate (su tambah)

cara cara:
- kacang tanah yang telah digoreng tadi dikisar kasar jangan terlalu halus
- asam jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis
- panaskan minyak di dalam kuali
- tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan wangi
- masukkan serai dan lengkuas
- tuangkan air asam jawa dan kacaukan rata
- masukkan pula gula pasir dan garam secukup rasa
- akhir sekali barulah dimasukkan kacang dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana
- kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus.masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan.
enak dimakan setelah disimpan semalaman

*Sate su perap cara simple jer..kisar 1 batang serai,sedikit halia,sebiji bawang besar, dan 2 biji buah keras.Campurkan dengan rempah sate (su beli di pasar besar kuantan)...tambahkan perasa(garam dan gula)Perapkan ayam semalaman.


Ahad, 9 Mei 2010

Apa nak jadi....

Tak habis habis...bila aku baca suratkhabar (online je lah kan) macam2 kes jenayah kat malaysia sekarang.Yang hairan bin ajaib tu orang melayu pulak tu yg banyak terlibat..melayu tu maknanya islam kan???takde akal fikiran ngan pengetahuan agama ke??(tak banyak..takkan asas agama langsung takde ke?)Entahlah...apa nak jadi tak tahulah.Tapi kadang2 bila difikir fikirkan balik oleh aku yang taklah berapa nak pandai sangat...antara masalah jenayah ni berlaku sebab kewangan.Kenapa aku kata kewangan???contohnyalah negara yang aku tinggal sekarang Qatar ...Negara ni kategori kaya dan kecil je.Susah nak dengar berlaku jenayah..ada,tapi jarang2.Mat rempit??? sini takde mat rempit sebab anak orang sini kategori senang2.Motor pun jarang nak jumpa kat jalanraya..yang biasa adapun berkuasa besar je.Ragut????Dah takde mat rempit..ragut lagilah takde.Merompak??rasanya jarang dengar juga..pernah aritu aku tengah jalan2 kat shopping complex,selamba je aku tengok pekerja bank masukkan duit kat mesin.Takde pengawal sorangpun..kalau kat malaysia yang ada pengawal bersenjata pun kena rompak juga kan...Buang anak??memang takdelah...nak jumpa budak2 muda sini melepak lepak kat pasaraya pun susah.Lagipun sini pakai jubah(laki ngan pompuan) so masalah sosial taklah banyak sangat.Malaysia sekarang aku tengok fesyennya dah makin tak cukup kain..takpelah nak buat cammana ,takde duit nak beli kain..tu yang pakai singkat2 ngan ketat tu kan..he..he..jangan marah.Entahlah..bila aku tengok sini susah nak jumpa kes2 jenayah pelik..terpikir juga aku..kan bagus kalau rakyat malaysia semua senang2..barulah masing2 tak payah pikir nak cari duit sampai terdesak nak buat perkara pelik2 dan rumahtangga boleh hancur.Itulah bezanya Qatar ngan Malaysia..sini rakyat ngan pemimpin sama2 dapat kongsi kesenangan..kat malaysia???yang kaya bertambah kaya...yang sebaliknya??pikirlah sendiri..

Jemput makan....

Sarapan pagi tadi..nasi lemak.Bagus ni untuk sesaper yang nak menambahkan berat badan.Cammana aku nak kurus ni..takde selera rasanya tanpa santan.Lagi lemak ..fuhhh lagilah sedapppp.Ni tengah kukus pulut kuning.Pagi esok gaul je ngan santan.Santan lagi..he..he..Tak kisahlah janji kena ngan tekak.Untuk pagi esok aku buatkan sarapan pulut kuning ngan rendang..along pulak bawa bekal burger..Adam???macam mama juga..semua dia boleh makan.ZZZZZ..nak tido..ngantuk dah tengah malam.

Sabtu, 8 Mei 2010

Adam merajuk....



Nilah perangai anak bertuah sorang ni.Suka betul dia main barang2 dapur.Letaklah mainan banyak2 kat tepi dia..adam tetap akan pergi dapur main segala periuk dan pinggan .Kabinet ke..laci..semua dia dah pandai buka.Penatnyalah nak kemas balik..ni maknanya takdelah aku boleh beli pinggan kaca.Kalau beli juga..wassalam.Dia dah pandai sekarang..kalau marah jer mesti menangis sampai selak(menangis sekuat kuatnyalah tu)Tak tahan telinga nak dengar sebab suara dia nyaring..pitching kalah amy search.Cuba tengok gambar budak kena marah ni...ish..ish..ish..kesian la pulak.
Yang tak tahannya kalau along balik sekolah..dia sekali 'join' adik kat dapur.Lagi haru wehhhh..Adam ni selagi tak angkat dia, pastu pujuk..dia akan terus menangis.Tahan lama pula tu.Yang peliknya kalau kita angkat dan pujuk tetiba jer dia senyap terus.Pandai berlakon betul anak mama ni...

Khamis, 6 Mei 2010

Lanun baik..



Tangan masih membengkak tapi oklah sikit..dah boleh buat kerja2 rumah.Arini anak aku si along kena pergi beach club dengan tema pakaian pirate.Macam2 sekolah omputih ni kan.Bebudak year 1 pulak kena pakai baju ala2 pari2 ngan clown.Anak aku pakai baju pirate???macam nak tergelak pun ada sebab muka dia ni jenis muka baik campur manja...aku takdelah make up dia macam pirate sangat.Nak make up dgn apa?celak pun mama dia tak pernah ada..aku ni bukan jenis bersolek..rasanya celak sekali je aku pakai..masa kawin aritu.Aku ni memang sempoiii habis..pakai bedak ngan lipstik je...tu pun kadang2 lipstik pun malessss nak pakai.Sebenarnya,Kostum pirate pun tak sempat cari sebab abah tengah bz..hari2 kerja sampai malam.Last2 macam ni jelah yg mama mampu buat..he..he..Lepas ni tak taulah apa pulak diorang suruh pakai...tapi takpe sebab bebudak ni sukeee bebenorr pakai pelik2 macamni.Sekolah omputih ni tulah yg bestnya diorang pandai tarik perhatian murid2,sebab itulah takde bebudak ponteng sekolah kot kat sini.Anak aku..hari cuti pun merengek nak pergi sekolah...ish..ish..ish ..rajin pergi sekolah pun payah juga kan.

Ni pulak saja letak gambar yg aku ambil semalam masa along baru balik sekolah..berkerut muka menahan panas masa turun dari bas.Kesian anak mama..makin golaplah pulak sejak tinggal kat sini.Takpe lelaki gelap baru machooo kan..he..he..he.

Rabu, 5 Mei 2010

Dapat award....

Macam tak caye jer aku dapat award.Makasih la kat Mizwa sebab sudi hulurkan award ni(betulke ayat ni..cikgu BM suka tegur karangan aku sebab ayat tunggang terbalik..hik..hik..hik..)Ni su dah ambil award cuma takde karpet merah je...kalau tidak..fuhhh kalah artis glemerrrnye.







1) COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD....

- Dah..siap pakai jubah lagi.



2)BERI TAU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI....

- Mizwa.makasihlah bagi walaupun su ni baru lagi dgn dunia blog ni



3)TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5-FIVE...KENA JAWAB 10 SOALAN DAN SETIAP 1, DENGAN 5 JAWAPAN...WOWWW!!!!!)....

- Cuba dengan sebaik mungkin dan ikut kemampuan



4)FIVE NAME THAT PEOPLE CALL YOU....

i ) Kak Li - keluarga ngan anak2 jiran kat kampung

ii) Laili - Mak ngan bapak sedara sebelah abah

iii)sue - kawan keje dulu ngan kawan2 belajar kat kolej

iv)Maklang - anak2 sedara sebelah su

v )MakCik - anak2 sedara sebelah suami



5)FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE....

i ) 21 Februari - mak beranakkan aku

ii) 28 November - Harijadi suami tersayang

iii)19 april - Jadi bini orang

iv)29 september - pertama kali jadi mama

v )20 April - Dapat hero nombor 2



6)FIVE THING YOU DONE YESTERDAY....

i ) pagi2 buat sarapan cik abang ngan bekal along

ii) Hantar along sekolah

iii) Pi rumah member beli cili kering ngan pekasam dari malaysia

iv) Masak Makan t/hari (terajin buat rendang udang)

v ) layan tenet sambil2 lipat baju(last2 lipat baju separuh je..harini sambung balik..inilah keja paling malas nak buat)



7)FIVE WAYS TO BE HAPPY....

i ) tengok gelagat anak2

ii) suami dan anak2 sentiasa happy dan ada bersama su selalu

iii)balik malaysia (kampung )

iv)jumpa family ngan sedara mara pastu sembang2 dan ngumpat2..syokkkk wooo

v )dapat hadiah dari suami (paling best duit 'gaji' tiap2 hujung bulan) best weiii leh shoppinggggg



8)FIVE FAVOURITE MOVIES...

i )Tianic-Banyak kali tengok..meleleh je air mata tambah2 part balak dia dah nak mati tu..

ii)citer kartun chipmunks

iii)Soal Hati- best sebab first time tengok movie melayu ngan pakwe(suami aku la tu)

iv)Adnan sempit- (tengok kat youtube jerr)

v )transformers (aku ni hantu kartun ngan aksi2)



6 FIVE FAVOURITE HOBBIES...

i ) Masak-masak (tak hobi pun memang wajib niiii)

ii) Merayap..tambah2 kalau ke shopping2 complex.

iii) berkebun..walaupun balkoni jer,penuh balkoni ngan sayur2 dan tanaman..he..he..he.

iv)Layan tenet-tambah2 elektrik free apalagi ON memanjang je komputer (Jom layan AdamMaya)

v )membaca dan buat taik mata



7 FIVE FAVOURITE PEOPLE...

i ) Suami tercinta

ii) Hero2 kesayanganku

iii) mak,abah ngan mak ayah mentua

iv) adik beradik ngan sedara mara

v ) kengkawan



8 FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION....

i ) Sama macam Mizwa.. pulau2 kat mesia

ii) kampung terutama kg husband..best woo pi gunung kinabalu

iii) Pantai2..tak kisahlah kat negara mana janji bersih,cantik dan takde jerung.

iv) Tempat shopping..paling best free duty.

v )Tempat2 sejuk..kat sini dah panas..bosan..nak cari tempat sejuk pulak



9 FIVE REASON YOU ANSWER THE SURVEY...

i ) org dah tag..jawab jelah

ii) banyak masa terluang

iii)letrik free..saja duduk depan komputer lama2

iv) kot2 ada orang nak kenal saper aku (kalau adalah..he..he..)

v ) Saja suka2..best macam jawab soalan exam spm pulak..hik..hik..hik..



10 FIVE PERSON TO TAG....

- Nantilah difikirkan sebab su baru lagi dalam dunia blog ni...

Kesian Mama...



Baru sudah goreng ikan pekasam yg aku beli dari Wanie semalam..pastu dikenen kenenkan pulak dengan masak lemak cili api pucuk ubi yg dibeli dari rumah hilda pagi tadi.Tak ingat dunia makan nasi..habis diet.Untuk along mama beli pizza sebab sehari dua ni dia tak selera makan nasi.Ish..ish lari tajuk pulak..sebenarnya ni ayat anak bujang aku baru2 ni.Hari ahad aku 'tereksiden'sikit.Pergelangan tangan kiri terseliuh..balik2 sekolah je along tengok tangan mama berbalut.Kelam kabut dia(ish..terharu mama..sayangnya along pada mama ye) terus je ayat dia keluar.."kesian mama...sape buat mama??abah ke??".Mama sengih jelah..tak pasal2 abah dapat nama padahal mama tetiba gelap mata(seminggu ni kerap betul pening)nasib baik masa jatuh sempat tahan tangan kiri kat lantai(tu yg terkehel tu)..tangan kanan dukung adam(si kecik ni dahlah berat) tapi mujurlah tak terlepas si adam dari pelukan mama.Alhamdulillah hari ni dah ok sikit walaupun masih ada bengkak..tapi masak tetap masak.Kesian laki aku weiii nak makan nasi.Takkan hari2 dia nak belasah nasi beriani ngan fast food.Sape tak sayang laki weiii...


Tangan sakit2 pun sempat lagi aku pi pasar dengan gee..dah habis separuh pun aku masak.Ikan tu bapak besarnya..5kg sekor..last2 aku kongsi ngan gee sorang separuh.Sotong ngan udang aku beli sekilo..sekilo.Dalam peti ayam bersusun tunggu giliran untuk dimasak.Payah tekak orang kampung ni..ari2 nak makan nasi putih.Layan jelah lauk aku beli..tak sampai seminggu dah licin (kuat menketedarah betulkan.he..he..he)

Selasa, 4 Mei 2010

Kak Madiha




Aku tertarik apabila membaca entry birthday dari blog Mizwa tentang kak Madiha.Betul kata Mizwa..Kak madiha memang istimewa,tak boleh nak diterangkan secara terperinci kenapa.Aku juga nak ucapkan terima kasih sebab masa baru buka FP dulu Kak madiha tak pernah jemu melawat dan dia juga antara orang terawal yg sering memberi komen.Bila buka Blogpun..kak Madiha orang yang terawal.Kak madiha tak pernah kedekut dengan ilmu yang dia..serta tak lokek dengan kata peransang yang membina.Terima Kasih banyak2 ya kak..Insyaallah kita akan berjumpa.Tak sabar su nak berrjumpa insan istimewa bernama Ratna Husna/Kak Madiha.Ini bukan bodek tapi sesape kenal Kak Madiha pasti akan cakap perkara yang sama.Ini luahan ikhlas dari hati su...wassalam

Sabtu, 1 Mei 2010

Kurma Ajwa



KURMA AJWA (KECIL) , KURMA AMBAR


Antara kemestian yang dibeli semasa berkunjung ke Madinah adalah kurma..yang paling popularnya ialah kurma ajwa(Nabi)dan Ambar.Kurma ajwa kecil sahaja bentuknya dan agak kering isinya...tetapi harganya yg termahal antara semua kurma.Harga bergantung kepada gred dari SR 120 KE SR 60.Yang su beli(di dalam gambar) baru2 ni sewaktu berkunjung ke Madinah berharga SR 100 sekilo.Perlu berhati hati membeli kurma ini kerana kadangkala yg dijual bukan dari Madinah tetapi dari tempat lain .Di sini serba ringkas su ceritakan sikit tentang kurma yang cukup tinggi nilainya di pasaran(di malaysia su tak pasti berapa harganya).Kurma Ajwa (kurma Nabi) disebut di dalam hadith sebagai kurma pertama yg ditanam sendiri Nabi Muhammad s.a.w. Ia dikurniakan kelebihan oleh Allah S.W.T iaitu Sabda Rasulullah S.A.W. "Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa,maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu", (Hadis Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Su ada terbaca yang menyatakan antara sebab kurma ini dapat menjadi penawar kepada racun dan sihir kerana kandungan yg ada didalamnya serta kurma ini membawa keberkatan bagi yg memakannya disebabkan Rasulullah S.A.W. sendiri yg menanamnya,benih dari kurma ini telah bersentuhan dengan tangan baginda yang mulia.Oleh sebab itulah kurma ini boleh menangkis sihir.


Antara lain, Buah Kurma mengandungi khasiat yang tinggi yang menjadi makanan utama Baginda Rasullullah s.a.w. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, protein, serat, gula, fostorus, sodium, potassium, vitamin A dan C.Saidina Ali r.a meriwayatkan barang siapa yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membunuh kuman dalam badannya. Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada pelbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T. InsyaAllah.




Sabda Rasullullah s.a.w.


من تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتِ عَجْوَةٍ، لم يَضُرَّهُ في ذلك الْيَوْمِ سُمٌّ ولا سِحْرٌ.متفق عليه"Barang siapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji buah kurma ajwa, niscaya pada hari itu ia tidak akan terganggu oleh racun atau sihir." (Muttafaqun 'alaih)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...