Jumaat, 30 April 2010

Pulut Kacau/Wajik

Apahal la dengan aku sejak dua menjak ni..banyak betul benda teringin nak makan..nak kata ngidam tak pulak(harap2 janganlah sikecik baru masuk setahun) nafsu makan kot..he..he..Lepas satu..satu aku rasa nak makan.Masalahnya benda yang aku nak makan tu semua memang takde dijual kat sini..kan susah duduk negara orang.Last2 takleh tahan keinginan nak makan aku ni..terpaksalah merajinkan diri masak sendiri(kesiankan..)Mula2 teringin acar buah..dah selesai dalam perutpun pastu teringin pulak nak makan Pulau Kacau /Wajik.Dulu2 rajin juga tolong mak buat pulut kacau...tapi bahan ingat2 lupa lah pulak.Yelah,dulu nak makan main suruh mak buat atau beli je..melambak lambak ada jual.Ish..ish..macammanalah nak buat ni..nafsu makan meronta ronta nak juga makan pulut kacau ni.Akhirnya macam biasa calling mak tercinta kat malaysia.Resepi yang mak bagi takde sukatan..biasalah orang lama tapi su pun macam mak,,masak2 ni jarang guna sukatan.Bahan2 yg mak bagi su olah2 sikit ikut bahan2 yg ada kat sini.Biasa mak guna gula merah/gula melaka tapi kat sini takde..santan pun belasah santan serbuk je..Inilah cara2 su buat..ringkas je tapi nak mengacau tu...seksa ooo sebab lama.Pasni teringin nak buat dodol tapi mengingatkan lamanya nak guna kudrat tangan utk mengacau..tangguh dulu kot.Kena bina otot2 tangan dulu bagi kuat sikit..he..he..he





Wajik/Pulut Kacau

Bahan2

500 g Beras Pulut
400 g Dark Brown Sugar ( x suka manis blh kurangkan)-masak dgn 1 cwn air
1 kotak coconut milk powder(larutkan dengan 2 cwn air jadikan santan pekat)
1 helai daun pandan
secubit garam

Cara2

-Rendam semalaman pastu kukus pulut.
-Dark brown sugar masak/larutkan biarkan sampai mendidih pastu tapis.Kalau nak guna gula melaka atau gula merah masukkan 300g gula merah atau melaka pastu campur 100g gula pasir.
-Panas balik gula yg dah ditapis pastu masak daun pandan dan garam.
-Nampak dah mendidih masukkan santan.Guna api kecil je(su guna dapur elektrik yg no 2 ) biar merenih sampai nampak gula tu pekat berkilat dan bertali (dekat sejam gak su kacau).Masukkan pulut yg dikukus tadi.Kacau rata sampai agak kering keluarkan daun pandan pastu masukkan dalam loyang.Tunggu sejuk pastu boleh ngap..

*lepas masuk pulut akan nampak macam berair semula tapi takpe terus je kacau sampai kering sikit.guna api kecil.

Insyaallah harap2 pasni dapatlah merajinkan diri buat dodol...

Khamis, 29 April 2010

Mama ni bisinglah..

Pagi2 macam biasa rutin harian sibuk mengemas rumah sambil2 masak.Tengah hari along balik sekolah dia buka kasut letak je kat depan pintu..si adam pergi ambil kasut buat main.Apalagi bertaburanlah keluar pasir dari kasut along..adoiiii habis kotor balik.Dah satu hal..dua beradik tu pergi belasah main barang2 dapur pulak dah.Habis semua bekas dengan periuk bersepah.Ini dah mendatangkan marah ni..pot..pet..pot..pet mama membebel kat diorang tetiba satu je ayat along buat mama diam.."mama ni suka bisinglah...napa mama suka cakap banyak2..along dengarlah.Nanti along kemaslah balik" termalu sekejap mama dengar anak mama yg baru berusia 6 tahun bercakap.Tiba2 aku senyum sendiri..tak jadi nak marah.Teringat kecil2 dulu mak suka berleter terutama bangun pagi nak pergi sekolah.Masatu rasa macam nak ambil bantal tutup telinga malas nak dengar mak berleter.Rupa2nya aku sekarangpun dah macam mak..suka berleter..he..he..he.
Termenung jap nak ingat balik sejak bila aku jadi peleter aka pembebel ni.Kecil2 dulu aku ni pendiam sangat..takde hal penting jangan haraplah nak dengar suara.Pemalu teramat sangat pun iye juga..ada je orang datang rumah mencicit macam lipas kudung aku lari menyorok dalam bilik.Kadang2 kalau tengahhari panas terik aku sampai berpeluh peluh dalam bilik..selagi orang tak balik selagi tulah aku tak keluar.Teruk betul kan???Sekolah menengah aku masih diam sampai ramai orang kata aku sombong tambahan pula aku pengawas.Masuk kolej..aku dah mula bising sebab jumpa kengkawan kepala otak tak berapa betul sikit..tapi masa tu taklah riuh sangat(masatulah kenal cik abang).Dapat pulak pakwe(suami akulahtu) punyalah pendiam..10 patah kita cakap dia baru sepatah(mungkin ni salah satu punca aku banyak cakap kot..hik..hik)pastu keja kat pos shah alam..aku dah makin bising sebab jumpa ramai orang tapi malu tu masih menebal lagi.Pindah pulak keja kat JPA aku dah mula berani bersuara sikit2..lari pulak keja kat kebajikan masyarakat aku mula bertambah berani bersuara sebab kalau tak... hari2 aku kena maki sebab aku keja bahagian bayar duit2 bantuan ni.Lambat sikit je kena maki..cepat tak cakap tima kasih pulak tu..last pindah Jabatan perangkaan aku dah jadi terlebih peramah sebab kena berdepan dengan jabatan lain dan bank2(banyak betul tempat keja..akhirnya pencen awal jugak)Tapi aku rasa paling aku mula rajin membebel sejak si along ni besar pastu tambah pulak ada si tembam tu..
Tak taulah apa puncanya banyak cakap dan membebel ni..rasanya faktor persekitaran sama kot..nasib baiklah aku dapat laki pendiam.Kalau tak rumah boleh pecah woooo.Selain tu kadang2 kerana terlalu letih..yelah penat2 buat keja tetiba kena buat balik saper tak naik angin.Aku ni kuat membebel tapi pukul anak jarang.Mulut je lebih.Aku tertarik dengan kenyataan kawan aku dalam FaceBook.Ni aku copy kat sini....bak kata Nabil..lu pikirlah sendiri
"I am a parent, cook, housekeeper, teacher, nurse, handy man, maid, security, coordinator, supervisor, nutritionist, caretaker, personal assistant, life coach, bookkeeper, laundry maid, taxi driver and a motivational speaker. I don't get holiday pay, sick pay, or days off. I am on call 24 hrs a day, 7 days a week. Now, ......tell me YOUR job is harder than mine."

Rabu, 28 April 2010

Salah siapa?


Sejak dua menjak ni kurang sikit sibuk sebab cik abang balik lewat,maknanya tak payah masak makan petang.Kesian juga tengok abang sebab takde rehat langsung dia..kilang shutdown terpaksalah kerja tiap2 hari takde cuti selama 40 hari.Makin kuruslah cik abang lepasni(tapi poket tebal kan bang..he..he..nak kena bodek lepas habis shutdown ni)
Masa tengah menelek(betul ke ayat ni..lantaklahkan) Harian Metro online terbacalah tajuk utama dia tentang seorang ayah pilu anak tak layan dia.Maaflah kalau ada tak setuju tapi ini pendapat peribadi su,tak semestinya anak tu yang salah atau derhaka..mesti ada sebabnya.Cuba baca betul2..pakcik tu ada 4 isteri(teror pakcik ni) dan dia bagitau dah 20 tahun tak jumpa anak dia.20 Tahun???apa yang pakcik tu buat selama ni sampai 20 tahun tak boleh cari anak dia..Sekarang baru cari???Logik akal kitapun boleh fikir..Tiba2 su teringat kes yang hampir sama terjadi(pernah masuk paper juga) semasa su bekerja dengan satu jabatan kerajaan yang berkaitan kes2 macamni.Seorang pakcik mengadu kat paper anak2 pinggirkan dia..tak pernah jengok dia walaupun duduk berhampiran.Pakcik tu sampai minta bantuan sebab takde sarahidup dan hidup sendirian.Selepas jumpa anak2 dia..su terdiam sendiri.Dari kecil ayah mereka tak pernah pedulikan mereka..kerja ayahnya kahwin..cerai...judi dan macam2 lagi yg takyahlah nak sebut.Makan pakai mereka semua emak yang uruskan..ayah dia entah hilang kemana.Tiba2 sekian lama ayah mereka tetiba muncul menagih simpati(mungkin dah takde orang nak jaga dia kot).Satu pertanyaan yang buat su teringat sehingga kini dan masih tiada jawapan..."derhakakah kami dik kalau orang yg tak pernah kita jumpa sekian lama dan x pernah tanya susah senang kami tiba2 muncul tapi kami tak boleh terima?"Entahlah..memang dia ayah tapi hati yg terluka perlukan masa untuk sembuh....Semoga kita dijauhkan dari perkara sebegini..

Ahad, 25 April 2010

permata hatiku


Anak2 KurniaanNya yang amat bernilai..merekalah cahaya dalam hidupku.Melihat mereka membesar didepan mata..aduh,terasa cepat sangat masa berlalu.Barulah terasa yang aku ni dah makin berusia(bahasa kasarnya tua)Macam2 gelagat..kadang2 rasa nak cubit..cubit je dek kenakalan mereka tapi ada ketikanya ingin kupeluk selalu.Benar kata mak..anak-anak takkan sama perangainya.Baru kini aku terasa betapa besarnya pengorbanan mak abah membesarkan kami 6 beradik dalam kepayahan hidup.Adik dan abang berbeza sungguh perangai mereka.Along manja orangnya..terlalu mudah menangis.Dia tak perlu dipukul..tinggikan suarapun dah menangis.Penakut dan terlalu mudah mengalah tapi dia abang yang amat penyayang.Walaupun baru 6 tahun..cukup pandai menjaga adik.Walau adik pukul dia..along takkan membalas..dia cuma akan merajuk dan menangis.Adik pula agresif orangnya.Kurang bersuara tapi kaki dan tangannya cukup laju.Kegemarannya suka menyakat orang dan dia susah menangis.Tapi satu mama puji..anak2 mama dengar cakap.Alhamdulillah anak anak mama bukan jenis yang meninggikan suara dan suka membantah.Anak anak mama juga jarang meragam..itu yang mama tak kurus kurus kot.Mama sayang anak anak mama...hadir along dan adam menjadikan hidup mama amat bermakna.Semoga anak anak mama berjaya di dunia dan akhirat.Itulah impian mama dan abah.Satu lagi doa mama..semoga hubungan kasih sayang adik beradik takkan putus sampai bila bila.Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu yang teramat bernilai ini...

Halal,Haram Makanan

Topik yang tiada kesudahannya kerana kadangkala kita susah untuk mengenalpasti halal,haram produk/makanan yang dijual.Semoga kita semua berhati hati dalam memilih sesuatu produk kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita sekeluarga.

Hadis riwayat Bukhari: Rasulullah bersabda yang bermaksud "Didalam tubuh manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuh badan dan apabila ia rosak,maka rosaklah seluruh jasad,sesungguhnya ia adalah hati."

Hadis Riwayat Tirmizi : Sabda Rasulullah:"setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram,maka api nerakalah yang layak baginya."

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:Sabda Rasulullah"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas."

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُمۡ إِيَّاهُ تَعۡبُدُونَ (١٧٢)
Firman Allah bermaksud:"wahai orang orang yang beriman!makanlah benda2 yg baik(yg halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah,Jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."(Surah al-Baqarah,ayat 172)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَٱعۡمَلُواْ صَـٰلِحًا‌ۖ إِنِّى بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ۬ (٥١)
Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan(Surah al-Muminun,Ayat 51)

ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلۡأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُ ۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡ‌ۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah al-Araf ayat 157)

Insyaallah semoga kita terhindar dari perkara yang buruk...

Jumaat, 23 April 2010

Abang..aku rindu

Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan umrah kami sekeluarga.Aku selamat kembali ke Qatar dengan pelbagai memori dan pengalaman di Tanah Suci.Insyaallah kami akan datang lagi.Semasa mengerjakan tawaf di pusingangan ke5..Ya Allah tiba tiba aku teringatkan aruah abang..ya Tuhan kenapa tiba2 hati aku jadi tersentuh dan amat rindu pada aruah.Tanpa kusedari air mata bercucuran jatuh sehinggakan tak terdaya mulut ini untuk berkata apa2.Sudah hampir 4 tahun aruah abang pergi akibat kemalangan tapi aku rasa macam baru je dia tiada.Dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga..aku pula adik paling rapat..terlalu rapat.daripada kecil sehingga bekerja aku tinggal bersama dia.Terlalu banyak memori..masih kuingat semasa aku bekerja di Pos Malaysia Selangor(shah alam),abang pula di Pos Kelana Jaya.Semasa itu aku menetap bersama abang sekeluarga di Pandan Jaya...awal2 pagi abang akan hantar aku dengan menaiki motosikal ke Pos Besar Shah Alam dan selepas itu dia akan berpatah balik ke Kelana Jaya..sekalipun dia tak pernah merungut walaupun penat berulang alik.Ya Allah..rindunya aku pada dia..Abang seorang yang ceria,suka buat lawak,mudah menolong terutama orang tua(dia tak pernah membantah apa yang mak abah suruh) dan terlalu lurus sehingga sering orang mengambil kesempatan.Abang pergi secara tiba2 semasa anak keempatnya masih dalam pantang.Masih terngiang ngiang di telinga sewaktu abang telefon beritahu anak keempatnya lahir.."Kak Li abang dapat anak pompuan lagi..takpalah last dah ni.Lepasni takde dah"semasa itu aku tak tahu apa maksudnya..sekarang aku mengerti.Hilang sudah tempat aku bermanja dan mengadu kerana dia satu satunya adik beradik yang amat aku percaya untuk diceritakan segala masalah dan luahan hati...Semoga abang ditempatkan bersama orang yang dikasihiNya..Kak Li amat rindukan AbangLah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...